..................

trying 2bsimsucb4

Monday, December 31, 2012

Aku dan kisah lalu...

Sebenarnya dah lama tak mempunyai rasa seperti ini... Mungkin sebab dah lama tak berlaku hal seperti hari ini... Dan tika ini tiba tiba aku seolah olah tersedar dari lamunan yang panjang...
Rupa rupanya banyak sungguh yang telah aku lalui dan hadap sepanjang tempoh 4 tahun ini... Ia merujuk kepada post pertama di bsuRsicuB4 ni...
Ada cerita aku, aqil, dia, kamu, mereka dan komen komen yang membuatkan aku tersenyum lagi...
Memang bagai tersentak dari lamunan!
Aku tidak menyangka jalan hidup yang aku tinggalkan dan melangkah kini adalah sebuah perjalanan yang aku tak terfikir akan lalui dan aku agak berjaya harungi...
Meskipun bisa kesakitan kisah lampau masih menyengat dan parut dek kelekaan ku menyakiti diri sendiri masih menyengal...biarlah...
Aku punya tujuan yang baru...
Aku ada kamu dan mereka yang perlu aku fikirkan...
Yang berlalu telah pun berlalu...
Walaupun kadang aku harap aku dapat undur semula...tapi...biarlah...mungkin lebih baek begini...kerana apa yang aku ada sekarang adalah yang terbaek pernah aku ada!
Kepada kamu yang sentiasa di situ...
Hanya yang terbaek buat kamu.
Kepada dia yang sentiasa bersamaku...
Semoga Allah membalas segala jasamu.
Kepada mereka yang ada dalam hidupku...

Terima kasih atas segalanya.
Aku doakan semoga rahmat dan keberkatan dari Allah sentiasa bersama kita...kini dan selamanya...aamiiin...

Selamat tinggal 2012...
Selamat datang 2013!

Saturday, December 29, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 5

Dalam merealisasikan kehendak dalam hidup ini adakalanya orang dewasa akan lupa. Lupa situasi yang sedang mereka jalani hasil dari usaha yang mereka kerjakan sebelum ini. Lalu kelupaan itu mendatangkan akibat bukan sahaja kepada diri mereka sendiri malah kepada mereka yang ada di sisi menemani.
Suami kalau dulu kerjanya pergi pagi balik petang mencari rezeki buat mengisi perut dan membayar hutang.
Kini bila beristeri, masih boleh lagi dengan rutin biasa kerana isteri pun bekerja.
Kemudian bila hadirnya anak, rutin berubah sedikit... Pergi pagi balik malam.
Dengan harapan dapat lebih untuk menyuap anak dan memberi lebih kepada isteri. Tambahan pula keadaan ekonomi yang sering dijadikan alasan untuk mengubah corak hidup sekarang.
Ataupun mungkin sebenarnya hanya mahu merasai dan menikmati kepuasan untuk diri sendiri.
Biarlah golongan tak sedar diri itu dengan kelupaan mereka sendiri...
Bagi yang berazam ingin mengubah corak hidup agar menjadi lebih selesa dan lebih baik buat diri dan keluarga, mereka akan mencari jalan dan merebut peluang yang ada.
Mereka akan berusaha dan bekerja demi mendapatkan keselesaan dan kebaikan itu...
Namun,acap kali mereka akan terlupa dan terhanyut dengan keghairahan bekerja itu lalu tersasar dari matlamat pencarian itu. Apa yang mereka kerjakan mungkin sekadar kejarkan keseronokan mencari hingga mengabaikan mereka-mereka yang dikatakan ingin diberi keselesaan itu...
Mungkin mereka menyangka ia hanya untuk satu jangkamasa sahaja dan berharap agar yang lain dapat bersabar...
Tapi mungkin mereka lupa, masa tidak bersabar dan akan tetap berlalu... Dan mungkin bila mereka tersedar, apa yang mereka cari dan kerjakan itu hanya tinggal untuk mereka sahaja.
Sering sudah terjadi dan diperlihatkan bagaimana pencarian sebuah kesenangan hidup menjerumuskan keluarga ke alam pengabaian lalu tercetuslah ketidakpuasan hati yang melahirkan perasaan kurang kasih sayang...
Ayat cliche "semua yang kanda buat ni adalah untuk dinda dan anak2 juga... Dinda bersabarlah,kanda buat kerja bukan berfoya2..."
Mungkin memang benar keluarnya mencari lebih rezeki demi kesenangan diri dan keluarga...tapi pohonnya agar janganlah sampai terabai...

Cepatnya masa berlalu...

Merenung ke wajahnya sambil menggenggam tapak tangannya membuat hati ini jadi sayu... Menitis airmata bila terkenangkan suatu masa dulu dia hanya seorang anak kecil yang merengek tiap kali nak susu.
Menjaganya dari saat dia dilahirkan sangat mudah... Cuma sesekali terasa susah hati kerana dia kerap sakit. Asma, demam hingga masuk wad 4 hari dan patah tangan adalah antara perkara yang agak menyedihkan... Selebihnya setakat ini dia adalah seorang anak yang sangat menyenangkan dan boleh diharap.

Aku tak pasti apa yang ada dalam hatinya? Namun ia kadang tak susah untuk diteka... Cuma perjalanan yang dia lalui bersama aku memang sangat berat dan mungkin dia lansung tidak memahaminya sekarang...
Sakit hati ini tiap kali melihat dia seolah terbeban dengan situasi yang kami jalani sekarang... Ke sana ke mari, dia turuti walaupun kadang dia seolah-olah memenuhi kehendak itu sekadar untuk mengambil hati saja. Entahlah...
Apa yang dia lalui sekarang adalah agak berat... Aku pohon agar dia sentiasa dikasihani oleh Allah agar sesiapa yang mendampinginya dapat memberikan dia perhatian dan sedikit kasih sayang...
Kalian takkan dapat bayangkan dan fahami apa yang dia telah lalui... Dan nyatanya apa yang bakal dia lalui pon bukan mudah!!

Terasa bagai baru je melihat dia bertatih belajar berjalan dan ketawa geli hati sambil menyanyi2...
Rupanya dah besar anak ibu...
Muhammad Aqil Ahnaf sudah masuk darjah 1!!!
Banyak sudah jasanya biarpun baru berusia 7 tahun,2013 ini...
Sangat boleh diharap tambahan pula sejak ada adik ni...
Apa saja yang disuruh pasti akan ditunaikan... Walaupun ada jugak yang dilengah2kan,tapi pasti akan dibuat juga. Tak pon tanpa disuruh dia akan tolong buatkan.
Inisiatifnya untuk membantu sangat menyenangkan dan dia pasti akan berkata, "Ala... Macam mana ibu tahu Aqil nak buat tu?" Terharu sungguh hati ibu ini.
Yang paling buat aku tersenyum ialah tiap kali aku hendak menyelesaikan urusanku dan memintanya menjaga adik, dia akan kata "Ok, ibu"...
Kemudian, bila adik menangis...
"Asfa... Asfa... Asfa..." katanya sambil menepuk lembut adiknya dengan harapan adiknya berhenti menangis... Terharu sangat! Aku pasti akan merindui detik2 ini nanti... Ini adalah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan dan ia sangat berharga!
Dia tak pernah menyusahkan dan sangat berdikari. Pandai mengambil hati dan mendengar kata. Aku sangat berharap agar peribadinya kekal begini hingga dewasa malah bertambah baik.
InsyaAllah bersama waktu yang bakal berlalu dia akan memperbaiki kelemahan dan sikapnya yang kadang membuatkan orang lain menyampah dan menyakiti hatinya. Aku harap dia sabar dan tabah berdepan dengan layanan orang terhadapanya. Mungkin mereka tidak mengenalinya, mungkin mereka mengharapkan terlalu banyak dan kesempurnaan darinya, mungkin mereka tidak peduli perasaannya, mungkin mereka sekadar ingin menyakiti demi memuaskan hati, mungkin mereka kecewa dengan hidup mereka lalu ingin mengecewakan dia, dan mungkin mereka hanya pandai melayan hati mereka tanpa peduli hati dia... Namun begitu, aku yakin di sebalik itu semua nanti bakal mengajar dan mematangkan dia kerana ia mungkin pengajaran yang Allah beri melalui mereka-mereka yang ada di sisinya...

Hari ini hari orientasi darjah satu... Ikut hati, aku mahu berada bersama dia. Aku tak mahu terlepas saat2 seperti ini... Walaupun ia mungkin bukan perkara terbesar dalam hidupnya dan mungkin dia akan lupa pengalaman memasuki darjah 1 sepertimana aku yang dah tak ingat pengalaman darjah 1 aku... Aku berharap ia adalah pengalaman yang menyeronokkan buatnya.

Adeh, siapalah nak tolong ibu jaga adik nanti?

Hmmmm... Dah besar anak ibu.... Ibu sayang Aqil!

Monday, December 17, 2012

Nikmat

Pengalaman melahirkan anak secara normal tidak mungkin akan aku lupakan... Perghhhh... Sakit siot!!!!!! Namun aku bersyukur diberi peluang merasainya dan ternyata di sebalik setiap kesusahan dan kesakitan itu ada hikmahnya.
Nikmat yang akan diberi kepada ibu yang melahirkan anak ialah dosa dibersihkan bagai bayi yang baru lahir... Itu adalah nikmat yang paling hebat dari Allah dan aku bersyukur.
Begitu juga dengan nikmat yang sedang aku rasai kini...
Membuatkan aku rasa bersyukur dapat bersama kamu. Layanan dan perhatian yang kamu beri sangat amat aku hargai dan selepas semua kesakitan ini, ada kamu yang membuatkan aku senyum, bersyukur dan bahagia!
Semoga kasih sayang ini kekal dan bertambah mekar hingga ke syurga... Aamiiiinn...
Seperti yang dijanjikan... Setiap anak yang dilahirkan akan ada bahagian untuknya.
Nyatanya rezeki Asfa Nadha murah dan makin hari makin bertambah,insyaAllah.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kami...
Tiada apa lagi yang aku harapkan selain dari keberkatan rezeki dan nikmat yang berpanjangan dari Maha Pencipta buat kami.
Alhamdulillah.

Friday, December 14, 2012

11.12.2012

Asfa Nadha...
Alhamdulillah proses kelahiran telah selamat dilalui dan kini Asfa Nadha berada di pangkuan...
Sihat dan comey macam ibu dia ;)

Kali ini aku bersalin secara normal... Dan percayalah... Tiada perkara yang lebih dasat dan lebih sakit dari itu pernah aku alami! Subhanallah!
Namun selepas semuanya berlalu dan kini telah masuk ke hari yang ke-3, Asfa Nadha adalah antara perkara terindah pernah berlaku dalam hidup aku...!
Siapa sangka, kini aku bergelar ibu kepada 2 orang anak? Sepasang pulak tu?!

Aku akan sentiasa doakan anak-anakku cemerlang di dunia dan akhirat, aamiiinnn...

Ibu sayang Aqil dan Asfa sangat2!!!!

Friday, December 7, 2012

Minggu minggu akhir ini

Kini dah masuk minggu ke 37... Dan nyatanya perut makin besar dan rasa makin tak larat...
Dua tiga hari ni lagi terasa tak larat sebab betis yang kekejangan masih berbaki sakit dan sengalnya... Susah sungguh nak berjalan dan berdiri...
Ditambah kandungan yang memberat...
Namun, di sebalik semua ini...
Ada satu rasa yang sangat tak tergambar...
Entahlah...
Paling yang tak boleh lupa ialah tiap kali tangan kamu diletakkan di perut aku dan baby bergerak-gerak...
Riak wajah itu yang membuatkan aku sangat bahagia!
Aku tak harap banyak dari kehamilan ini, aku cuma mahu agar kami bahagia hingga ke syurga.
Amin.
Dan... kehamilan kali ini adalah sangat-sangat "surprise!!!"
Bermula dari seawal aku tawu adanya dia, keadaanku yang sangat tak terjangka, alahan yang sangat tak terduga, isu yang timbul pun sangat tak sangka, jantina yang masih tak tertera dan tarikh kelahiran yang hanya melalui jangkaan sahaja...
SURPRISE sungguh, kan??!!
Hahaha...
Semoga kelahirannya dipermudahkan dan membawa lebih banyka rahmat dan kebahagiaan buat aku, kamu dan mereka semua.
Amin.

Tuesday, November 27, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 4

Adakala satu perkara yang tidak kita minta dan duga telah berlaku lalu menimbulkan akibat-akibat serta kesan yang berbeza-beza bergantung kepada situasi dan perasaan semasa kejadian.

Contohnya, suatu hari kita nampak seorang anak kecil sedang membersihkan kasut abah dia.

Mungkin bagi kita...
Bagusnya budak kecik ni, kecik-kecik dah pandai menolong dan buat sesuatu untuk orang tuanya. Mesti bangga ibu dan abah dia,kan?

Mungkin bagi kamu...
Bersihkan? Kenapa pulak? Tu ada la yang dia nak bodek tu... Apa jerla yang dia nak?

Mungkin bagi dia... Ada ke patut suruh anak kecil macam tu bersihkan kasut? Dera ke hapa?!

Mungkin bagi mereka... Apalah sangat nak diharap kudrat budak kecil tu sampai kasut pun nak suruh bersihkan? Teruk betul! Malaslah tu,semua nak harap orang buatkan!

Mungkin bagi makcik tu... Hmm... Eloklah tu dari asik main je...

Mungkin bagi pakcik sebelah rumah... Nanti ko tolong acik bersihkan kasut acik, abang dan akak ko yer... Senang keje aku lepas ni...

Persepsi...

Tapi siapa yang tahu hakikat sebenar di sebalik inisiatif yang anak kecil itu ambil sebenarnya hanya bermula dari niat dan keinginan untuk membantu dan membuat sesuatu untuk abah dia... Tanda dia suka dan sayang kepada abah dia dan mungkin...mungkin anak kecil itu cuma mengharapkan ucapan terima kasih dan usapan serta pelukan mesra tanda menghargai usahanya.

Penghargaan yang diberi oleh ibu dan abah kepada anak adalah perkara yang sangat besar ertinya dan mampu menaikkan tahap keyakinan diri anak tersebut. Tak kisahlah anak itu masih kecil atau telah menjadi abah kepada anak kecil sekalipun- kata pakar lah...

Nyata perbezaan antara anak kecil dengan orang dewasa ialah...

Anak kecil selalunya melakukan sesuatu terus dari hati dan akal yang masih bersih dan naif...

Orang dewasa pula punya banyak agenda dan tanggapan serta mudah dikaburi dengan Corak pemikiran yang dididik dari kecil hingga dewasa juga dari pengalaman silam lalu cenderung membuat kesimpulan negatif biarpun perkara itu positif...

Bagi aku...
Setiap perkara yang dilakukan untuk aku oleh sesiapa pun adalah sangat wajar dihargai...
Biarpun sekadar menyediakan ruang untuk aku berbaring dengan selesa di sisinya.
Kerana kita tak jangka bahawa mungkin itu adalah perkara yang terakhir dilakukan buat kita dan ia adalah yang paling ikhlas dan bermakna dari dia. Walaupun tiada kata yang lahir dari bibirku mengucapkan penghargaan, dalam hatiku sentiasa berdetik agar dia sentiasa menyayangi dan mengasihiku serta aku akan sentiasa menyanyangi dan mengasihi dia hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami hingga ke syurga. Amin.

Thursday, November 22, 2012

Big Hug


Tiap kali hati ini terguris, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku bersedih, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali berasa sunyi, pasti aku mahu kamu...
Dan setiap kali itulah aku harap sangat kamu ada di situ menantikan aku untuk berlari mendapatkan kamu, memeluk kamu dan menangis sepuas-puasnya agar hilang semua kesakitan, kepedihan dan kesunyian ini...
Tanpa kamu perlu berbuat apa-apa...
Tanpa perlu kamu berkata apa-apa...
Tanpa perlu kamu berfikir apa-apa...
Cukuplah sekadar kamu membuatkan aku berasa kamu sentiasa di situ tiap kali aku perlukan kamu. 

Tiap kali aku berasa gembira, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku berasa teruja, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku berasa bahagia, pasti aku mahu kamu...
Dan setiap kali itulah aku harap kamu ada di situ menantikan aku untuk berlari mendapatkan kamu, memeluk kamu dan ketawa sepuas-puasnya agar kamu turut merasakan kegembiraan, keterujaan dan kebahagiaan ini...
Tanpa kamu perlu berbuat apa-apa...
Tanpa perlu kamu berkata apa-apa...
Tanpa perlu kamu berfikir apa-apa...
Cukuplah sekadar kamu membuatkan aku berasa kamu sentiasa di situ tiap kali aku perlukan kamu. 

Aku sangat perlukan kamu saat ini!

Friday, November 9, 2012

Hanya itu...

Jika dulu semasa akalku belum kenal erti perhubungan...belum kenal erti kasih sayang...belum kenal erti bahagia...dan belum kenal erti keluarga...
Aku impikan dia yang punya kerja hebat...
Aku impikan dia yang dikenali ramai...
Aku impikan rutin yang lain dari biasa...
Aku impikan sesuatu yang kompleks dan sofistikated...
Lalu kini...
Selepas tangga rapuh yang menjatuhkan aku...
Selepas cerun licin yang menggelonsorkan aku...
Selepas laluan berduri yang melukakan aku...
Selepas aku bangkit dari kesakitan yang tak pernah hilang...
Kini aku punya pengharapan untuk diri ku..
Aku harap kamu biasa-biasa saja...
Aku harap hidupku biasa-biasa saja...
Aku harap perjalanan seharianku biasa-biasa saja...
Kerana aku hanya mahu yang biasa...
Yang sederhana...
Yang ringkas...
Yang normal...
Aku tak perlukan kamu yang punya dan asyik dengan minat dan aktiviti...
Aku tak perlukan kamu yang berjawatan tinggi dan sering ke luar negara...
Aku tak perlukan kamu yang punya bisnes berjuta...
Aku tak perlukan kamu yang popular dan disukai ramai...
Harian ku biarlah ringkas...
Bangun dari tidur di samping kamu selepas menghabiskan malam yang rutin di minggu kerja...
Makan malam bersama, menonton tv atau bermain permainan video atau membaca buku bersama aku dan anak-anak...
Bersarapan bersama dan keluar ke pejabat untuk tugasan demi rezeki untuk keluarga...
Berhujung minggu dengan perancangan atau tanpa perancangan bersama aku dan anak-anak...
Walaupun mungkin akan ada yang berbeza dari rutin itu, namun tidaklah kerap dan yang paling penting...
Kamu ada di sisi setiap hari dan setiap kali aku memerlukan kamu...
Tanpa perlu aku kisahkan sesuatu yang kamu anggap lebih penting dari aku dan anak-anak...
Tanpa perlu jadual pembahagian masa yang kamu ada setiap minggu...
Tanpa perlu ada keperluan lain untuk kamu penuhi...
Itu saja yang aku mahukan...
Seorang teman yang biasa-biasa saja, dengan rutin harian yang ringkas, tanpa kompromi dan sentiasa aku dan anak-anak diutamakan...
Itu saja...
Dan hanya itu.

Di saat dan situasi ini...

Tiada apa yang aku fikirkan melainkan kamu
Tiada apa yang aku mahukan melainkan kamu
Tiada apa yang aku rindukan melainkan kamu
Sesekali kenangan itu menyinggah dan menyentuh hati ini...
Senyuman berselang dengan seduan menjadi peneman...
Terima kasih untuk kenangan yang diselit dalam kotak ingatanku...
Ia sangat berharga dan bermakna...
Membuatkan hati yang kering kerinduan menjadi segar disiram kenangan kasih sayang...
Berbunga-bunga dan amat indah!
Biarpun kenangan hanyalah kenangan dan kenyataan menjadi kenyataan, ia adalah milik aku!
Cukup sudah ia memadai buat hati ku...
Cukup untuk aku tersenyum...
Cukup untuk aku bermimpi...
Cukup untuk aku menjalani hidup ini...
Semoga hadir pula kenangan yang baru untuk aku buat menjadi peneman hatiku...

Saturday, November 3, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 3

Apa betul kah kehadiran seorang anak bakal mengukuhkan tali ikatan kedua ibu bapanya?
Pada aku itu hanya teori...praktikalnya hanya berjaya jika pasangan itu benar2 menghargai dan mahukan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
Jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha dan mencuba untuk menjadi yang terbaek bagi pasangannya tapi sebelah pihak lagi hanya sibuk mencari kebaikan untuk diri sendiri sahaja...kemungkinan besar, perjalanan hidup sebagai pasangan bakal terbengkalai dan mungkin juga diteruskan tapi dipenuhi onak dan duri hingga kesudahannya adalah mengecewakan juga.
Aku masih skeptikal dengan perkahwinan pada zaman sekarang...
Melihat kegembiraan di ulas senyuman mereka tetapi kedukaan di mata jelas terpancar...
Apa yang boleh diharapkan dari seorang yang telah berikrar untuk menjadi pasangan kita sehidup semati, hingga ke akhir nyawa, hingga ke pintu syurga, hingga menutup mata...hmmm...
Bolehkah diwujudkan harapan jika di saat kita berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang menyentuh hidup kita, kesihatan kita, keluarga kita, anak kita, perasaan kita, keperluan adanya sokongan untuk kita bertahan dari rasa takut dengan sesuatu perkara...akan tetapi kita hanya sendirian mencuba untuk berdepan dengan semua itu tanpa dia yang amat diperlukan?
Nilai setiap orang tidak sama...
Mungkin kesusahan orang lain dianggap kecik berbanding kesenangan kita...
Mungkin kesedihan orang lain dianggap mudah berbanding kegembiraan kita...
Mungkin kesakitan orang lain dianggap remeh berbanding kebahagiaan kita...
Mungkin menyelesaikan tugasan kerja lebih penting berbanding berada di samping pasangan yang ditahan wad dek masalah kesihatan...
Mungkin minat dan cita-cita lebih bermakna dari keluarga yang bergantung harap...
Mungkin diri sendiri lebih penting dari mereka yang dicari dan dikejar untuk dijadikan keluarga.
Lumrah... Kalau tidak masakan boleh ada pepatah melayu...
Sudah dapat gading bertuah tanduk pula dilupakan...(ye ke?)
Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...
Kadang mungkin kita lupa atau tak tahu tujuan kita hidup dan mempunyai keluarga...
Untuk apa?
Apa perlunya semua yang kita cari di dunia ini untuk hidup kita di sana nanti?
Adakah duit setinggi gunung yang dicari untuk bahagiakan keluarga kita berupaya menjamin kebahagiaan kita sekeluarga di akhirat sana?
Adakah pencapaian cita-cita dan minat kita hingga sanggup meninggalkan keluarga bakal menjamin kehidupan kita di dunia dan akhirat?
Adakah mendapatkan penghormatan orang lain hingga tak peduli perasaan keluarga sendiri bakal menjanjikan penghormatan di akhirat nanti?
Apa perlunya usaha kita yang bermacam-macam ini hingga tak kenal batas dan had serta mengabaikan hak mereka yang patut didahulukan?
Hidup bukan selamanya dan keluarga juga ada tempoh masa mereka...
Mungkin tak salah sangat jika silap menghargai... Tapi mungkin menjadi sangat kesal jika tidak sempat menghargai kesempatan yang diberi...

Monday, October 8, 2012

Berlalu sudah...

Akhirnya tamat sudah hari ini...
Hari yang tak mungkin kembali lagi... Dan aku tak harap ia berulang atau berlaku lagi selepas ini.
Aku tak sangka yang semalam,aku telah pun bertambah usia dan makin dekatlah aku dengan mati...(wpun sbnrnya mati tu hanya Allaah je yang tau bila...cuma pada aku makin tua,makin kuatlah panggilan kubur tu...hehehe)
Apa lagi yang aku harap dari hidup ini?
Aku rasa macam masih belum lagi ada anjakan paradigma untuk aku fikirkan satu harapan baru untuk diriku dalam hidup ini. Selepas kekecewaan demi kekecewaan aku hadap dari insan2 yang sangat dekat denganku...
Tapi aku sangat amat berharap agar anak2 ku (Aqil dan baby yang dijangka melihat dunia ujung disember nanti) membesar dengan sihat, menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat,dilindungi dari penyakit dan seksa api neraka... Aamiiinn...
Aku sangat sangat berharap untuk kehidupan yang sangat baek buat keduanya.
Apa yang aku mahu dalam hidup ini?
Kini? Pada masa aku menaip entri ni...
Aku mahu kekal hingga ke syurga bersama suami yang sangat aku sayangi dan benar2 menyayangiku, bahagia dari hari ini hingga saat2 terakhir nyawaku, mendapat keampunan Allaah, mendidik serta melihat perubahan dalam diri anak2 hingga mereka cemerlang di dunia dan akhirat.
Entahlah... Aku tak mencari sesuatu yang istimewa...
Cuma kasih sayang sahaja yang aku perlukan hingga aku mati.
Aku harap aku tabah juga...
Agar tatkala tiba lagi ujian, aku berupaya bangun dan berdiri semula...
Kerana aku sangat PASTI...
Walau ada dia yang sentiasa di sisi aku menemani 24/7...
Walau ada kamu yang mengatakan sayang pada aku 24/7...
Walau ada mereka yang menjadi penguat semangat dan mengekalkan kewarasan aku 24/7...
Akhirnya, pasti nanti aku cuma ada aku.
Cuma ada hati, perasaan, semangat dan akal yang kepunyaan aku selama mana aku masih bernyawa ini.
Tidak dia,tidak kamu dan tidak mereka akan mementingkan aku lebih dari diri mereka, kehendak mereka, keperluan mereka dan hati mereka!
Aku hanya akan bersama aku sahaja untuk hidup ini.
Aku harap aku kuat!
Namun, bila dia, bila kamu dan bila mereka memerlukan aku... Aku TETAP dan PASTI akan bersama... Dan bersedia untuk bersama selama mana aku diperlukan!!

Monday, October 1, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 2

Bila sudah melahirkan anak, pastilah ada tugasan yang menunggu...
Takkan pula nak dibiarkan saja anak itu? Bukannya anak kuda yang boleh terus  berjalan dan hidup mengikut induknya.
Ni anak manusia.
Perlu jagaan rapi, didikan, kasih sayang dan perhatian.
Kalau main hentam keromo je, ikut suka hati nak besarkan anak tu... Untung nasib, hiduplah anak tu...
Kalau tidak, alamatnya ke laut jugaklah nanti.
Aku tidak menyalahkan mana2 bentuk didikan dari ibu dan ayah kepada anak2 mereka.
Ini kerana setiap anak itu berbeza dan hanya ibu dan ayah dia sahaja yang tahu cara nak melayan dan mendidik anak tersebut. Sebab, anak itu lahir dari gen mereka. Bukan setakat mewarisi DNA keluarga malah anak tersebut bakal memiliki tak sedikit banyak perilaku kedua ibu dan ayahnya. Jadi sudah tentulah ibu dan ayahnya saja yang tahu macam mana nak jaga anak tersebut kerana mereka pun begitu...kan?
Jadi, bila ada orang luar yang hanya tahu mengutuk, mengejek dan mengherdik perilaku seorang kanak2... Mereka sebenar tidak sedar yang dipertikaikan itu bukan hak mereka kerana bukan mereka yang membesarkan dan mendidik anak tersebut!
Kadang ada jugak ibu dan ayah yang tak kenal anak sendiri. Mungkin disebabkan tak mahu mengaku kelemahan diri dan cuba menyembunyikanya lalu menyalahkan orang lain... Sedangkan dia tahu, kalau bukan dari dia...takkan pula anak itu nak ikut peel pakcik sebelah umah kut? Lainlah kalau ibunya buat angkara ngan pakcik tu, kan?
Sememangnya kita tak patut nak membandingkan anak orang dengan anak kita. Kalau nak ditegur pun anak orang, kena tengok kecenderungannya dahulu.
Kang kalau tak masuk jiwa, janganlah pula sesuka hati nak herdik anak orang kerana anak kita sendiri tu dah cukup sifat ke perangai dia untuk di terima oleh masyarakat?
Kita ni memang suka je nampak buruk orang...pastu komplen sana komplen sini...
Kain sendiri koyak nak rabak tak pulak nak peduli... Paling perihatin pun komplen saja dan tak peduli nak mendidik supaya elok...hmmmm...

Macam akan sambung lagi nih...

Monday, September 24, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 1

Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan mempunyai anak. Sama ada merancang atau tidak, kalau ada rezeki hadirlah si kecil menjadi permata hati.
Namun, untuk apa adanya anak?
Penyambung keturunan?
Pewaris harta (itupun kalau ada)?
Pelengkap keluarga?
Penghilang sunyi?
Pengikat ikatan (not clinically proven!)?
Sekadar... 'Orang dah kawin kenalah ada anak'... Are you sure?
Tapi kadang jelas, bila ditanya kenapa perlu adanya anak... Tak ramai pasangan yang boleh jawab ataupun hanya memberi jawapan penyedap soalan sahaja.
Mungkin...mungkin kerana itulah ada ayat yang terpacul beserta tindakan yang tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak disebabkan ketidakjelasan perlunya ada anak dalam perhubungan suami dan isteri.
Dalam perhubungan lelaki dan perempuan memang tidak perlu dan amat tidak wajar adanya seorang anak apalagi 2-3 orang anak kerana ia bakal memperbanyakkan kuantiti anak tidak sah taraf dan kes pengguguran dan pembuangan bayi. Macamlah diaorang kisah sangat pun kan? Kadang dah penah buang sekali, macam tak kisah pulak nak buat 2-3 kali. Kata kesal, hingga termimpi2lah, bersedih hingga matilah... Sedangkan, boleh je mengulangi perbuatan tu berkali2?
Entahlah...
Mungkin patut juga ia berlaku sedemikian... Mungkin boleh dijadikan iktibar kepada yang berfikir, mungkin juga untuk memperlihatkan peribadi sipulan yang terlibat, mungkin juga kerana ia telah ditentukan...
Tapi itu kisah anak yang lahir dari lelaki dan perempuan....
Lain pulak bila si kecil itu lahirnya dari suami isteri...
Walaupun ada juga yang dibuang dengan alasan tertentu, tapi itu hal lain... Mungkin diorang fikir tunggulah masa yang sesuai... Tapi nak 'buat' tak pulak kisah masa sesuai atau tidak... Ikut seronok dia je...
Hmmm...

-sambung lagi nanti-

Friday, September 14, 2012

Teruja...??? Hmmm...

Entah kenapa malam ni aseklah terjaga?
Setiap jam pulak tu... Haihhh...
Teruja menanti esok?
Mungkin jugerrr... Ngeeee...
Harap-harap semua ok... Aamiiiinn...

Sehingga hari ini, dah dua kali aku dirujuk ke EPAU... Selasa baru ni semasa pemeriksaan untuk minggu yang ke25, kena lagi sebab saspek ada kebocoran...
Saspen giler aku!
Aku cume cerita sahaja... Tak bajet pun ia akan melibatkan hal seserius itu! Kena marah ngan doktor dan sebakul kena syarah ngan nurse. Lalu selepas selesai di klinik kesihatan, ke hospital pulak la aku....
Petang tu semasa di hospital lama jugak nak menunggu!
Dahla pagi di klinik kesihatan dari jam 8.26 hingga jam 12.30...
Sambung plak di hospital hingga jam 4.30...
Makanya, hari aku abes cenggitu jerla...
Namun begitu...
Alhamdulillah, syukur sangat sebab itu hanya false alarm...
Tapi, letihnya... Hanya DIA yang tahu! Walaupun hanya duduk baring jalan...
Malam tu lepas maghrib aku dah pengsan!
Haaaiihhh....

Mungkin ia untuk menyedarkan aku bahawa kehamilan kali ini perlu perhatian yang lebih...
Ubatnya saja dah lain dan lebih...
Pemeriksaannya pun kerap...
Kondisi badan dan tahap kesihatan aku sendiri pun tak memuaskan...
Ditambah pula dengan situasi sekeliling dan persekitaran yang berubah...
Dan tidak ketinggalan kejadian-kejadian yang telah berlaku...
Aku mengaku aku agak lalai kali ni... Entah kenapa?
Hampir semua jenis makanan aku bedal!
Stress toksah cakaplah...
Salah aku jugak!
Mana ada perkara yang Allah takdurkan berlaku adalah bertujuan untuk menganiaya hambaNYA?
Cuma aku dan mereka2 yang leka serta lalai jer yang selalu aniaya diri sendiri!

Mulai detik itu, aku berjanji akan menjaga diri dan kesihatan. Akan sentiasa makan ubat dan makanan yang berkhasiat, elak makanan yang tak sihat, kurangkan berfikir yang tak best dan bertenang... (Kenapa rasa poyo cam Papa Zola lax ni? Haiihh...)

Aku sentiasa bermohon agar kami diberi petunjuk dan hidayah... Dan redha menerima segala ketentuan Yang Maha Kuasa... Aamiiiinn...

Wednesday, September 12, 2012

Rindu ini...

Sesak kepala ini dengan ingatan bersama kamu...
Penuh hati ini dengan rasa rindu buat kamu...
Jenuh rasa ini dengan sunyi tanpa kamu...
Lemah jiwa ini dilanda resah mengenangkan kamu...

Benci jarak ini!
Benci sepi ini!
Benci ruang ini tanpa kamu!

Monday, September 10, 2012

When the truth revealed

Apabila kebenaran terungkai...

Aku mengaku, adakala aku berselindung juga dengan harapan keadaan dapat diselamatkan... Walaupun sebenarnya aku mahu selamatkan diri sendiri dari isu dan persoalan yang bakal diajukan dek kebenaran yang dipinta...
Pun begitu, akhirnya aku sendiri akan mengaku dan kebenaran itu aku ungkap jua.

Tapi lain pula yang berlaku apabila kebenaran itu disembunyikan dariku.
Tatkala ia terungkap, pasti semuanya akan tersingkap hingga menampak semua yang tersirat.

Balasan? Mungkin juga... Tapi siapa aku nak menentukannya?
Penyerahanku hanya kepada DIA kerana hanya DIA yang tahu segLanya... Hanya Allah yang tahu.

Acap kali mereka yang tidak telus dan selalu mengungkap kata-kata yang sudah ku agak bohongnya, pasti ganjaran akan dibayar jelas. Mereka pasti menerima akibat dari perbuatan yang mereka perlakukan kepadaku. Aku tidak meminta ia berlaku, cuma aku pohon ditunjukkan kebenarannya agar aku jelas dengan apa sebenarnya yang berlaku...

Kebenaran amat menyakitkan... Tapi sudah itu yang tersedia buatku... Aku harap aku redha...

Aku cuma pinta ketelusan dan kejujuran dari setiap jalinan yang tercipta...
Kau tak perlu berkata ingin menjadi kawanku jika kau tidak mahu...
Kau tidak perlu menyatakan yang kau suka padaku jika kau membenciku...
Kau tidak perlu menghampiriku jika mahumu cuma mencari salahku...
Kau tidak sepatutnya mencari salahku jika kau sendiri sedang melakukakan kesalahan...

Janji DIA adalah pasti...
Balasan Dia adalah pasti...
Syurga itu pasti...
Dan neraka juga adalah pasti!!!

Thursday, September 6, 2012

Dugaan hari ini

Setiap yang menimpa kita, sama ada baek atau buruk pasti akan meninggalkan kesan dan menjadi titik tolak dalam sesuatu perkara...bagi yang berfikir.
Sedih, sakit, pedih... Suka, gembira, bahagia... Semuanya kurnia dari yang ESA...
Siapa kita nak mempertikai semua yang DIA beri?
Kekadang kita terleka... Kekadang kita terlupa...
Mungkin ada yang tidak kita sedari telah berlaku dan satu peringatan dihantar kepada kita...
Siapa tahu ada bahagian orang lain yang perlu dipulangkan maka bahagian kita hilang dari genggaman?
Siapa tahu ada bahagian yang lebih besar, lebih indah, lebih membahagiakan tersedia untuk kita maka diambil bahagian kecil itu untuk digantikan?
Tawakaltu'allah...

Ya Allah...
Sesungguhnya ENGKAU maha Mengetahui...
Berilah kami petunjuk dan hidayahMU...
Lalu lembutkanlah hati kami untuk menerima segala ketentuanMU...
Semoga kami sentiasa diberkati dan dirahmati olehMU, YA ALLAH...Amin ya RABB.

Friday, August 31, 2012

Akhir kalam...

Biar aku dengan hidup aku... Dan hiduplah kamu dengan hidup kamu!

Bertukar

Akhirnya hajat nak bertukar tercapai jua walaupun hanya bertukar bahagian...ini pun dah kira bagus, buat masa ni laaaa...
Semalam hari aku lapor diri dan hari terakhir di m.a.c.g.d.i.
Perkenalan pertama dengan SUB baru agak warm... Mungkin cara dia begitu, tak seperti bos besar yang sebelum ni...
Namun, apa yang boley aku jangka ialah menjangkakan yang tak terjangka.
Mendengar cerita orang ni bukanlah perkara yang boley diamalkan, aku lebih suka rasai sendiri. Mungkin situasi mereka berbeza dan aku dalam situasi yang berbeza... Kadang walaupun sama tapi pasti tak serupa. Pucuk pangkal datang dari aku sendiri. Kalau awal lagi aku dah psycho diri sendiri, buat keje macam harem, apa jer yang aku boley dapat kan?
Yang penting sekarang, aku kena positif. Biarlah apa yang orang kata dan apa yang telah berlaku... Aku amik sebagai sempadan dan peringatan.
Satu ayat yang buat aku terusik dengan bos besar baru aku ni ialah...
" kalau kita tak boley menyenangkan orang, janganlah menyusahkan."
Aku dah pernah tulis pasal ni sebelum ni...
Hahaha...irony...
Ada beberapa perkara aku nak kena fikir dan hadap dalam masa terdekat ni...tapi bab kerja aku masih lagi positif ;)
BBASHAAA!!!!

Wednesday, July 25, 2012

Subuh Yang Terakhir... Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang pada insan yang setia berkongsi susah dan senang Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir Tadi subuh yang terakhir Bila berdekatan kadangnya makin kita leka Bila bejauhan barulah merindu didada Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih Andai esok takkan hadir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat Sebelum semua terlewat Lafazkan rasa cinta... andainya sudah ditakdir Tadi subuh yang terakhir ...aku sangat-sangat sayangkan kamu...

Sunday, July 22, 2012

Aqil dan Ramadhan...

Tahun ni Aqil dah 6 tahun... Akan bersekolah tahun depan... Tak sangka dah besar anak ku yang seorang ni... Ramadhan kali ini aku dah berniat nak melatih Aqil berpuasa... Alhamdulillah, hari pertama berjaya diharungi walaupun banyak songeh... Tak apalah... Asalkan dia tahu bagaimana rasanya berpuasa... Semasa berbuka, katanya nak makan sampai 12 kali... Tapi habis sahaja mangkuk bubur lambuk yang ke 4, Aqil dah kekenyangan... Kemudian mengantuk dan tertidur hingga dikejutkan untuk bersahur pagi ni.... Kesian, anak ibu... :) Aku yakin Aqil kuat semangat dan tabah orangnya... InsyaAllah jika datang ujian dan dugaan dalam hidupnya nanti, Aqil akan dapat mengharunginya.... Doa ku agar Aqil menjadi hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin.... Apalagi yang boleh seorang ibu harapkan dari anaknya? Cukuplah dipelihara dan dijauhkan dari godaan syaitan dan azab api neraka... Semoga Allah makbulkan doa ku.... Amin... Untuk diriku... ??? Aku menantikan perjalanan yang bakal ku lalui sedikit masa lagi... Menyahut panggilan -Nya ke Tanah Suci.... Dengan penuh debaran dan penuh pengharapan.... Hanya pada-Nya aku bermohon dan berserah... Kepada insan yang bakal ditinggalkan... InsyaAllah doa untuk kalian akan aku titipkan di sana... Semoga kakiku ini terjejak di sana dan diterima.... Hanya yang terbaek aku doakan buat kalian.... Doakan yang terbaek jua buat ku ye... Ingin sekali pergi tanpa perlu kembali... Kerana aku yakin tanpa aku pun hidup masih akan diteruskan malah mungkin lebih baik, insyaAllah... Namun, jika aku kembali, aku harap ia bersama rahmat dan keberkatan dan mendatangkan kebaikan buat insan yang berada di sisi ku nanti.... Amin.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 1433H

Ramadahan 1433H Kini Bakal Tiba... InsyaAllah Aku Akan Sekali Lagi Melaluinya Dan Kali Ini Bersama Insan Yang Tersayang... Dan Insan Yang Bakal Menyerikan Hidup Kami Lebih Kurang 5 Bulan Lagi... Ada Banyak Perkara Yang Aku Harapkan Dari Kedatangan Ramadhan Kali Ini... Beberapa Perkara Yang Pada Hemat ku, Layak kah Aku Memintanya? Namun, Aku Yakin... Allah Maha Berkuasa, Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang... Semoga Hajat ku Dan Permintaan ku Termakbul... Amin... InsyaAllah, Pada Pertengahan Ramadhan Nanti Aku Akan Ke Sana... Buat Pertama Kalinya... (Berdebar Pulak Tetiba... ;) ) Banyak Hajat Yang Ingin Ku Panjatkan Dan Ada Jugak Hajat Yang Ingin Ku Sampaikan... Semoga Semuanya Termakbul... Pengharapan ku Bagi Ramadhan Kali Ini Ialah... Semoga Amalan ku Diterima Dan Bertambah Keimanan Dan Ketakwaan Kepadanya. Untuk Perjalanan Ku Nanti... Semoga Ia Diiringi Doa, Keberkatan, Rahmat Dan Kekuatan Agar Semuanya Berjalan Lancar Dan Ibadat Ku Diterima Allah... Namun Begitu, Pengharapan Yang Paling Besar Semasa Aku Di Sana Ialah Hajat Yang Digelar Husnul Khotimah... Lalu Kekal Di Sana... Amin... Maafkan Segala Kesalahan Ku Seandainya Tidak Berkesempatan Bertemu Bagi Meluahkannya. Salam Ramadhan... Semoga Jika Ini Ramadhan Yang Terakhir, Ia Adalah Yang Terbaek Dari ku Dan Dari Kita Semua...Amin...

Friday, July 6, 2012

Sayang

Selamat Hari Ulangtahun, Sayang...
Setiap detik yang berlalu antara kita adalah detik yang terindah... Semoga keindahan ini sentiasa bersama kita... Terima kasih atas segalanya... Kasih sayang ini selamanya untuk Sayang Kite...

Wednesday, June 27, 2012

kawan...

Dalam perjalanan sehari hari yang sedang dilalui kini ada pelbagai kisah dan cerita yang melewati masa dan hilang tatkala berganti hari baru... Samada sedar atau tidak, mereka yang ada di sisi kita pun berubah dan berganti... Bak kata mak... Berkawan ni macam bawak baldi tirih, bubuh ayor penuh pon akan kering jugak nanti sebab bocor... Jadi kena selalu isi, sebab baki yang tinggal tu ler patinya... Kawan yang benor benor meneman kite sampai bila bila...ate sampai mati pon jugak... Kadang tu kita ingat kawan yang ada dengan kita sekarang ni akan sentiasa dengan kita, tapi bila tiba suatu masa, kita akan kenal siapa dia dan adakah dia akan sentiasa menjadi kawan kita sampai bila bila??? Selalunya... Kat penghujung hari, hanya tinggal kita... Menung sendirian dan yang kekal bersaam kita hanya memori... Dan yang akan sentiasa menyayangi kita hanya Dia...

Friday, June 22, 2012

Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa Bisa sakit luka karena cinta Dingin sepi kerap menyapa Airmata jatuh lukisan raga Kadang ku kuat setegar karang Kadang ku rapuh lemah liar merana Maafkan aku bila hasratku keliru Sulut ghairah jiwamu Ku yang dosakan cinta kekasih Kekasih hatiku maafkan aku Aku wanita biasa By: Kris Dayanti

Thursday, June 21, 2012

Butterfly...

Ketika waktu mendatangkan cinta Aku putuskan memilih dirimu Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah Bisa ku rasa getar jantungmu Mencintaiku apa lagi aku Jadikanlah aku diriku Pilihan terakhir hatimu Butterfly... Terbanglah tinggi Setinggi anganku untuk meraihmu Memeluk batinmu yang sempat kacau Karna merindu Butterfly... Fly away so high As high as hopes i pray To come and reach for you Rescuing your soul That previous messed up false me and you Jalan ini jauh Namun kita tempuh Bagai bumi ini Hanya milik berdua Biar ku berlebihan Mendekatimu Namun ku tunggu By: Melly Goeslaw

Friday, June 1, 2012

di waktu masa...




Di Waktu Masa Berlalu
Ku Teringat Cerita Lama
Selalu Ku Menjadi Rindu
Sayangnya Masa Tak Pulang Menjelma

Tidak Ku Duga Begini Jadi
Murahnya Cinta Kau Jual Beli
Hati Ku Luka Berdarah Kembali
Hidup Terseksa Tak Siapa Peduli

Sedih Di Hati Tak Dapat Nak Kawal
Niat Ku Suci Hancur Berderai
Kepada Ilahi Aku Bertawakal
Ketemu Ku Nanti Dengan Mu Semula

Sayang Ku Erat Kasih Sejati
Sepanjang Hayat Engkau Ku Nanti
Andai Tak Dapat Hajat Di Hati
Sendiri Rawat Sampailah Ke Mati

Apa Ku Buat Tak Guna Kesali
Mungkin Tersurat Sejak Azali
Puas Ku Ratap Puas Ku Tangisi
Namunnya  Tetap Tak Kembali Lagi


by: Zainuddin Adik Manja

Friday, April 20, 2012

hari ini...20 04 2012...

Memang dah beberapa lama kelesuan ini bertamu... Lalu ku fikir mungkin beban perasaan yang menyumbang kepada keadaan ini... Jadi, biarlah... Namun begitu, siapa sangka? Satu berita cukup membahagiakan disampaikan kepada aku dan kamu. Gembira? Aku tak pasti apa jenis perasaan yang ku alami tika itu. Lalu aku pandang wajah kamu, nyata senyuman yang kamu ulaskan amat bermakna dan tak mungkin akan aku lupakan! Terkejut! Terkesima! Ter...tak percaya! Aku bakal melaluinya lagi! Dan kali ini, ia adalah bersama kamu! Insan yang sangat bermakna dalam hidup ku! Hebat sungguh rasa ini!!! Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat...

Thursday, April 19, 2012

Adanya kamu...


Bila ada kamu, aku yakin...
Bila ada kamu, aku gembira...
Bila ada kamu, aku bahagia...
Pun begitu...
Ada juga kamu buat aku sedih...
Ada juga kamu buat aku bimbang...
Ada juga kamu buat aku resah dan gelisah...
Walaupun ada mereka yang menyayangi aku...
Walaupun ada mereka yang menyukai aku...
Walaupun ada mereka yang mendampingi aku...
 Kamu...
Adalah segala-galanya bagi aku...
Bila ada mereka yang menyakiti aku, aku tahu kamu ada...
Bila ada mereka yang membenci aku, aku tahu kamu ada...
Bila ada mereka yang menjauhi aku, aku tahu kau ada...
Lalu...
Dengan semangat yang kamu titipkan buat aku...
Dengan doa dan harapan yang kamu panjatkan buat aku...
Dengan kegembiraan dan kedukaan yang kamu kongsi bersama aku...
Aku mampu berdiri...
Aku mampu tersenyum...
Aku mampu berasa tenang...
Aku mampu berasa bahagia...
Sememangnya aku bersyukur dengan adanya kamu!
Alhamdulillah.

Tuesday, April 17, 2012

Puasa Nazar

apa yang kamu rasa bila...

                  "...kite bernazar, jika dapat kawin ngan awak...kite akan puasa seminggu berturut2..."

aku?
rasa sangat terharu!


Thursday, April 12, 2012

"Set Fire To The Rain"... Adele

"Set Fire To The Rain"




I let it fall, my heart,

And as it fell you rose to claim it

It was dark and I was over

Until you kissed my lips and you saved me



My hands, they're strong

But my knees were far too weak,

To stand in your arms

Without falling to your feet



But there's a side to you

That I never knew, never knew.

All the things you'd say

They were never true, never true,

And the games you play

You would always win, always win.


But I set fire to the rain,

Watched it pour as I touched your face,

Well, it burned while I cried

'Cause I heard it screaming out your name, your name!



When I lay with you

I could stay there

Close my eyes

Feel you here forever

You and me together

Nothing is better



'Cause there's a side to you

That I never knew, never knew,

All the things you'd say,

They were never true, never true,

And the games you play

You would always win, always win.



But I set fire to the rain,

Watched it pour as I touched your face,

Well, it burned while I cried

'Cause I heard it screaming out your name, your name!



I set fire to the rain

And I threw us into the flames

Where it felt something die

'Cause I knew that that was the last time, the last time!



Sometimes I wake up by the door,

That heart you caught must be waiting for you

Even now when we're already over

I can't help myself from looking for you.



I set fire to the rain,

Watched it pour as I touched your face,

Well, it burned while I cried

'Cause I heard it screaming out your name, your name



I set fire to the rain,

And I threw us into the flames

Where it felt something die

'Cause I knew that that was the last time, the last time, ohhhh!



Oh noooo

Let it burn, oh

Let it burn

Let it burn

bila...bila...bila...

bila apa yang dikatakan sama seperti yang diluahkan kepadaku...
bila had aku adalah lebih dari dia...
bila tiada beza antara aku dan dia...

kamu telah mencabar tahap kesabaran dan kepercayanku!

silakan...

tatkala tiada aku di sini lagi...
kamu masih boleh bersenang hati kerana ada dia!

Monday, April 9, 2012

Wish you were here...Avril Lavigne

"Wish You Were Here"


I can be tough

I can be strong

But with you

It's not like that at all

There's a girl

That gives a shit

Behind this wall

You just walked through it

And I remember all those crazy things you said

You left them running through my head

You're always there, you're everywhere

But right now I wish you were here.

All those crazy things we did

Didn't think about it, just went with it

You're always there, you're everywhere

But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,

What I'd do to have you

Here, here, here

I wish you were here.

Damn, Damn, Damn

What I'd do to have you

Near, near, near

I wish you were here.

I love

The way you are

It's who I am

Don't have to try hard

We always say

Say it like it is

And the truth

Is that I really mi-I-iss

All those crazy things you said (things you said)

You left them running through my head (through my head)

You're always there, you're everywhere

But right now I wish you were here.

All those crazy things we did (things we did)

Didn't think about it, just went with it (went with it)

You're always there, you're everywhere

But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,

What I'd do to have you

Here, here, here

I wish you were here.

Damn, Damn, Damn

What I'd do to have you

Near, near, near

I wish you were here.

No, I don't wanna let go

I just wanna let you know

That I never wanna let go

(Let go let go let go let go)

No, I don't wanna let go

I just wanna let you know

That I never wanna let go

(Let go let go let go let go let go let go let go)

Damn, Damn, Damn,

What I'd do to have you

Here, here, here

I wish you were here (I wish you were here)

Damn, Damn, Damn

What I'd do to have you

Near, near, near

I wish you were here.

Damn, Damn, Damn (Damn)

What I'd do to have you

Here, here, here (Here)

I wish you were here.

Damn, Damn, Damn

What I'd do to have you

Near, near, near

I wish you were here.

Tuesday, April 3, 2012

Pertandingan Dikir Barat Hari Kraf Kebangsaan 2012

Pengalaman berada di kalangan pendikir-pendikir yang menyertai Pertandingan Dikir Barat Hari Kraf Kebangsaan 2012 adalah sangat mengujakan. Latihan yang dijalankan sangat menguji komitmen dan kesabaran. Kehadiran aku semasa latihan banyak memberikan pengalaman baru dan membuka mata mengenai dikir barat dan penglibatan ahli-ahlinya. Hari-hari yang berlalu sangat bermakna! Melihat hasil yang diperolehi selepas latihan selama hampir 3 minggu adalah sangat memberansangkan! Memang gile dikir!
Namun begitu, terdapat sedikit kekecewaan dalam keputusan yang telah diputuskan oleh juri yang 'arif lagi bijaksana'... Bagai ada hanky-panky dan conflict of interest!

Kecewa? Adalah jugak.
Tapi, bersyukur lebih nyata. Sekurang-kurangnya ada tempat dan walaupun hanya di tempat ketiga... Yang pasti platform yang dipijak ini telah membuka mata mereka yang hadir bahawa ada Sulur Kencana a.k.a Sulur Emas dalam dunia dikir Lembah Klang kini.

Tahniah dan terima kasih untuk persembahan hebat dari Sulur Emas!

Friday, March 30, 2012

Dikir... PESISTAR 2012

terima kasih dirakamkan buat PESIBAN atas usaha menjayakan pertandingan Simfoni Seni NRE 2012 yang pertama kali diadakan pada 28 Mac 2012...
siapa sangka, selepas latihan selama 2 minggu kami berjaya dinobatkan sebagai naib johan pertandingan tersebut?!
terima kasih buat cikgu Hailme, Cikgu Suhaimi dan Cikgu Dian atas usaha membantu kami berdikir dan berjaya!
teruja? sangat!!!
pun begitu, tidaklah kami merasakan diri ini hebat. kerana memang jelas dan nyata ada yang lebih hebat dari kami...cuma, mungkin kali ini adalah rezeki kami. alhamdulillah.







PESISTAR
Penggiat Seni Sumber Asli dan Alam Sekitar

Tuesday, February 21, 2012

Doakan aku...

satu kisah pasal doa...

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,
Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:



“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”



MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga bermanfaat post ini. Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.

p/s:petikan dari emel opis...  :)

Friday, February 3, 2012

detik 12 RabiulAwal 1433

dia datang...

i love you like a love song

It’s been said and done


Every beautiful thought’s been already sung

And I guess right now here’s another one

So your melody will play on and on, with best we own

You are beautiful, like a dream come alive, incredible

A center full of miracle, lyrical

You’ve saved my life again

And I want you to know baby



[Chorus]

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



And I keep it in re-pe-pe-peat



I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



And I keep it in re-pe-pe-peat



[Verse 2]

Cursing me, boy you played through my mind like a symphony

There’s no way to describe what you do to me

You just do to me, what you do

And it feels like I’ve been rescued

I’ve been set free

I am hyptonized by your destiny

You are magical, lyrical, beautiful

You are…I want you to know baby



[Chorus]

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



And I keep it in re-pe-pe-peat



I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



And I keep it in re-pe-pe-peat



[Bridge]

No one can pause

You stand alone, to every record I own

Music to my hear that’s what you are

A song that goes on and on



[Chorus]

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



And I keep it in re-pe-pe-peat



I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby

I, I love you like a love song, baby



I love you…like a love song…

-selena gomez-

Monday, January 16, 2012

keberlansungan itu...

kenapa ia seolah-olah tidak pernah berlaku?
dan aku pasti ini adalah yang pertama seumpamanya...
yang di atas kah, atau yang di bawahkah, atau juga yang di kiri, dan mungkin juga yang di kanan...
aku sedang melangkah... aku ingin terus melangkah... sambil menyegarkan dan mengharumkan...
hingga tiba saat itu, aku ingin terus kekal di laluan ini...

M.e and  M.a.i.H.a.N.u.n.Y.a.