..................

trying 2bsimsucb4

Monday, December 27, 2010

disember2010...

Disember 2010 adalah sangat menyebokkan...
hujung minggu ni aku habeskan bersama aqil...
dan berfikir...
dan merenung sekejap ke belakang...
dan aku terperasan....
bulan ini aku sangat sibuk...rupanya...
sibuk dengan hal-hal yang tak lansung aku rancang sebelum ini...
Anugerah Inovasi - SMANRE, konvensyen 5S-dikir, malam apresiasi- zapin, perhimpunan bulanan - pelancaran aplikasi, outstation - johor, balik kampung - perak, sekolah baru aqil - CIC dan Bowling NRE...
aku buat semua tu dalam bulan ni?
patutla aku terasa macam kekurangan tenaga dan sekaligus menimbulkan kekurangan motivasi untuk berfikir...
aku buat ikut dan jer ni ha...
seb baek penang menyelamatkan aku...
memberi aku ruang untuk diri sendiri...
membuatkan masa terhenti seketika dan membiarkan aku menikmati setiap saat yang berlalu untuk diriku...
dan aku di sebalik aku...
gosh...how i need that a long time ago....finally...
dan tika ini...
aku sedang tune balik keadaan yang aku rasa telah terlepas dari pemantauanku...
aku tak mahu mulakan hari esok dengan kekeliruan...
aku mahu semuanya berada di jangkauanku...
biar mudah aku kendalikan diri ini...
senang untukku menyulam semua perkara menjadi satu...
dan tumpuanku tidak lari terlalu jauh...
maka tidaklah aku terkejar-kejar selarikan diri dengan situasi...

i'm on my own...
n the funny part is...i own nothing...hahaha...

jalan

berdiri di sini menghadap tabir...
dengan dibuai sepoian angin...
aku dialun irama sunyi...
keriuhan yang melanda nyata hanya bisu...
meronta-ronta menarik perhatianku...
namun, kekal ia kaku di situ...
tatkala aku mula berpaling dari sepi...
langkahku tercantas dek sapaan keliru...
kanankah atau kirikah?
aku jelas dengan denai yang sedang aku lalui....
duri dan onak silih berganti...
aku terjah jua...
aku sedar simpang yang sepatutnya aku pusing sudah jauh terlepas...
cuma...
aku berharap akan ada belahan jalan yang bakal memanduku ke hujung yang benar...
yang benar sangat...dan tiada yang sebenar-benarnya...
jalan ini...
hujung yang benar aku tuju...
aku harap...

Tuesday, December 21, 2010

penghujung 2010

Hmmm….


Macam ader banyak perkara ingin dicoret di sini…

Namun, tiap kali menjenguk ke sini pasti tumpuan ku dilarikan ntah ke mana ntah…

Tak tawu kenapa?

Sungguhpun begitu…

Banyak sudah yang telah terpampang di sini…

Cuma ada sebahagian sahaja yang masih terselit di fikiran dan sengaja aku biar untuk serabutkan kepala hotak….

Hehehehe…

Tapi ader satu cite yang agak menyentuh hati…

Kisah sahabat yang cukup buat aku teringat kisah dolu dolu….

(Pergh..hampehnya kisah dolu-dolu tuh sampai xleh nak hengat…mencik!!)

Tapi Alhamdulillah isu tu setel…

Cuma aku kadang pelik, bagaimana seorang lelaki yang punya jisim kekuatan sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan pompuan (yang secara stereotaip dikatakan lemah) boleh melayan perasaan sehingga melampaukan tindakan yang diambil? Faham tak? Huhuhuhu…

Macam hilang semua yang pernah dilakukan bersama...semua yang pernah disusahkan bersama atau yang menyusahkan...semua yang manis-manis...semua yang indah-indah...takley ke fikir dulu sebelum bertindak?

Klau aku seorang lelaki... apa aku buat ek? Aku harap aku tak buat perangai tak semenggah yang lelaki-lelaki yang pernah aku kenal/jumpa/ ingat telah buat kat aku atau mereka-mereka di sekeliling ku...nauzubillah...

Mengingatkan aku pada seseorang juga…

Dia menyakiti kerana hati kecilnya (yang diakui tidak sesensitif aku-pompuan) disakiti….

Dengan hal apa nak tawu? Apabila ada seorang mamat mana ntah tegur awex dia (yang takla berapa nak cun macam aku) dan bertanya pasal perkara am jer…

Orang ni punyalah hangen satu badan dan terus dengan kerasionalan yang dia claimed as logic, keluar dating ngan minah mana ntah untuk sakitkan hati awex dia yang tak brapa nak cun tu… adoiyaiiiii…

Cemburu? Mungkin jugak…tapi apa nak buat??? tanpa mereka-mereka ni…maka aku takkan tua dengan bermakna… ader banyak perkara aku belajar dari setiap orang yang aku kenal, kawan-kawan yang aku kawan, keluarga dan sahabat…

Aku yakin, sekiranya aku masih berupaya mengekalkan tahap positif yang macam positif ni, aku masih akan menjadi seorang tua yang punya pengalaman bermakna dan bernilai estetika….ngeeee…

Cite lain?

Aqil la… dia baru masuk tadika baru.. apa yang boleh aku harapkan? Aku dah berusaha untuk cari tempat yang aku rasa antara yang terbaek, oleh yang demikian tawakal dan bantu sikit-sikit mana yang boleh sahaja mampu aku lakukan sekarang…

Aku akan sentiasa doakan dia menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, ameeennn…

Lain?

Hmmm…

Kamu?

Aku rasa biarlah aku barada di garisan neutral… no offense… Cuma sekadar..biarlahhhh…ngeeee…

Aku nak habeskan 2010...dan aku telah habeskan sebahagian masa ujung 1431H... untuk aku memulakan langkah yang lebih baek...lebih bermakna...lebih maneeeessssss....ngeeee...insyaAllah....

Sunday, December 12, 2010

Andai dapat ku undur masa..

Andai dapat ku undur masa..
Macam ada banyak perkara yang ingin aku ubah..
Dengan harapan setiap perkara yang menyakitkan tidak berlaku dan pasti keadaanku bukan begini..
Namun,
Aku tak mahu kehilangan semua yang aku ada sekarang meskipun bukan milikku..
Apa yang aku ada kala ini sangat bernilai dan pastinya untuk berada dalam keadaan ini bukanlah percuma..
Aku tak mungkin berdaya nak membayarnya..
Dan apa yang diberi adalah lebih banyak dari yang diambil..
Semua ini sudah mencukupi.
Lalu,
Jika semua ini bakal diambil kembali tiadalah dayaku menahan..
Begitupun,aku tetap rasa tidak perlu ku undur masa..
Kerana Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku..
Dan tidaklah Dia menganiaya hambaNya kecuali diriku sendiri..


p/s:ada budak kecik ingat aku sebaya dia..pergh! Aku tak mahu kembali ke masa itu. Sungguh!

Tuesday, December 7, 2010

ada sesuatu...

ada sesuatu yang aku rasa aku telah hilang...
sesuatu yang aku sendiri tak berapa nak pasti apa dia???
sesuatu yang buat aku sentiasa terfikir, 'apa lagi ni yer?'...
sesuatu yang punya kesan yang agak mendalam....
tapi apa sesuatu itu???
adakah ini juga bermakna aku bakal kehilangan sesuatu?
sesuatu yang aku mahu, tapi aku sendiri tak tahu apakah sesuatu itu?

yang pasti aku sangat keliru dengan keadaan yang tak berapa nak stabil...
dan seolah-olah semua berlaku di luar jangkaanku...
dan aku masih belum mampu mengawalnya...
fuhh...
ini bakal mendatangkan keletihan!!!

Tuesday, November 16, 2010

Minyak Wangi Untuk Dia

Ini adalah apa yang pernah ku coret dulu….


Pada 5 Julai 2010, bertajuk Batas…

          aku seakan terlupa akan batas dalam persahabatan..

          setelah sekian lama baru aku tersentak...

          aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,

          mereka juga akan sama seperti aku...

          rupanya meleset...

          berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...

          tapi entah kenapa aku seakan leka...

          dan kini...

          sekali lagi aku diingatkan...

          dan aku mula terfikir...

          benarkah dalam erti sebuah persahabatan

          masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?

          berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?

          berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?

          berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?

          berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?

          jika benar ia begitu...

          aku silap kerana menganggap mereka sebagai sahabat...

          aku tersilap lagi....

          namun...

          aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?



Dan kini ia seakan ingin aku ulangi lagi….

Dengan penambahan…

          Telah ku belikan sebotol minyak wangi kecil…

          Harumannya adalah yang pernah dia sebut-sebutkan dulu…

          Sangat harum dan aku sukakannya…

          Dalam hati ku berdetik, ‘ mesti dia suka ni… dah lama kot dia mahukannya…’

          Lalu sekeping Rupiah10,000 ku hulurkan tanda berganti nilai dengan barangan…

          Namun entah kenapa semacam sayu pula bila aku teringat apa yang sudah berlaku…

          Lalu ku ulang lagi puisi yang pernah ku karang itu…

          Aku mungkin tidak sedar dan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya…

          Lalu telah aku taipkan kata maaf…

          Aku mungkin telah terlanjur menganggap dia punya perasaan yang sama seperti ku…

          Mungkin benar apa yang dia taipkan untuk ku…

          Pun begitu, aku telah terlebih awal membawa hati ini jauh dari dia…
         
          Kerana serik tiap kali ingin bersahabat pasti aku diketepikan...

          Sahabatku tidak ramai, kerana aku tak mahu antara isi dengan kuku terselit sekeping kaca halus yang mengalirkan darah merah menjarakkan aku dan sahabatku....

          Dia tak perlu disakiti lagi…

          Dia tidak perlu mencari aku untuk dipersalahkan lagi...

          Dia tidak perlu menghadiahkan kemarahannya pada aku...

          Dia tidak perlu rasa terancam dengan kehadiran ku...

          Dia tidak perlu jadi yang dia tak sepatutnya jadi disebabkan aku...

Oleh yang demikian, dia tidak perlu memperlihatkan lagi bahagian hitam dalam dirinya yang pernah disingkap oleh sikap ku yang sungguh menjengkelkan...

          Kerana aku masih menganggapnya sahabat yang pernah berkongsi saat suka dan duka ...

          Walaupun dari kejauhan…

p/s:semua yang aku cari untuk dia adalah yang terbaik aku rasakan... namun begitu, minyak wangi itu aku pakai sendiri je kerana ia akan membuatkan aku mengingati keharuman budi bahasanya dan melupakan aroma yang tidak enak untuk dihadam oleh benakku. b gud, girl...

Monday, November 8, 2010

huhuhu...

bila kite hanya diperlukan di kala ada kepentingan tertentu sahaja...
mungkin hanya di musim gembira,
mungkin juga di musim duka...

namun yang pasti,
aku diingati hanya semasa diperlukan sahaja....

Sunday, November 7, 2010

Anugerah 2010

0501110...
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Taska Cendekiawan 2010.
Sungguh aku tak menyangka dan sungguh terkejut tatkala terpandang nama Muhammad Aqil Ahnaf di tempat yang pertama bagi Pelajar 4 tahun...
Terkedu seketika...
Saat itu yang ingin aku lakukan ialah memeluk Aqil sekuat hati!!!
Namun apakan daya, Aqil harus bersedia untuk persembahan nasyidnya... lagu Sepohon Kayu... ngeeee...
Lagi sekali aku terkejut kerana, Aqil berdiri di hadapan sekali menjadi iman bersongkok emas...
Waaahhhh!!! Anak ibu!!!
Terharu, sedey dan gembira!!! Perasaan ini sungguh bercampur-campur dan sekaligus melenyapkan semua perasaan yang tak best...
Syukur alhamdulillah.... Terima kasih Allah atas anugerah yang tak terhingga hebatnya....!
Saat menanti nama Aqil dipanggil untuk mengambil hadiah adalah saat yang sangat mendebarkan.
Dah semacam aku yang nak kena naik pentas dan amek hadiah tu.
Aku berdiri betul-betul di depan pentas untuk merakam ganbar dengan perasaan yang sungguh berbunga-bunga...
Hingga kini perasaan ini sangat tak tahu nak digambarkan....
Apa yang ada sekarang adalah sesuatu yang di luar jangkaanku...
Namun ia sangat manis...
Kemanisan setelah kepahitan, kemasaman dan kemasinan ku telan...
Hanya yang terbaik buat anakku, Muhammad Aqil Ahnaf.
Semoga Aqil menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...amin.....
Terima kasih Allah...
Aqil....

Jakarta - Bandung 2010

Melihat dan berada dalam suasana yang cukup berbeza buat aku terfikir...
Apa akan jadi sekiranya aku sememangnya di tempat di sini?
Bagaimanakah keadaan aku?
Siapakah aku sekarang ini?

Jakarta?
Bukanlah tempat pilihan untuk dijadikan kenangan terindah...
Kecuali untuk merasai nikmat membeli belah, di sinilah tempatnya...
Ataupun tempat untuk merasa azabnya kemiskinan, kesesakan, kekotoran dan kepayahan...
Bersyukur sangat aku dilahirkan di Malaysia.
Punya keluarga (no komen), anak (yang sangat comey), kerja (yang macam best), wang belanja (walaupun kadang sangkut), rumah (walaupun orang punyer), kereta (walaupun tak habis bayar), persekitaran yang agak selamat dan masih bersih (jika nak dibanding dengan kota Jakarta) dan keharmonian masyarakat.

Bandung?
Nyaman, agak tenang, agak bersih, agak mesra, pemandangan yang cantik dan udara yang bersih... Jauh berbeza dengan Jakarta... dan keIslamannya juga sangat ketara berbeza dengan kota Jakarta.
Tenang berada di sini.

Shopping adalah agenda utama rombongan kami, jadi tidak hairanlah tempat-tempat yang dikunjungi adalah berstatus pusat perniagaan.
Pening kepala melihat banyak sungguh barang dagangan...
Ditambah suara-suara yang memanggil-manggil "Belanja bu... belanja pa' "
Malahan ada saja mereka-meraka yang memaksa-maksa membeli barangan jualan mereka...
Adoiyaiiii!!!! Ini memang mendatangkan marah!!!

Tapi tabiklah pada mereka kerana mencuba sedaya-upaya untuk menjual dan aku pasti itu adalah untuk mencari rezeki. Sekurang-kurangnya ia adalah halal, walaupun caranya macam harem!!!
Seronok melihat gelagat yang bermacam... budaya yang jelas lain dengan rakyat Malaysia...

Memanglah benar kata orang, jauh berjalan luas pandangan...
Dan pandangan aku setelah pulang ke Malaysia - Aku bangga jadi anak Malaysia!!!

Perasaan

Melihat dia menangis kerana perasaan yang disakiti...
Melihat mereka kepanasan dek perasaan yang dibakar, marah tentang apa??
Melihat engkau merayu minta dibelai perasaan itu...
Melihat kamu dengan perasaan milikmu...

Apa yang ada pada sebuah perasaan?
Seandainya ia berada di tempat yang sepatutnya, wajarlah...
Sekiranya ia adalah sebaliknya, janganlah!

Kasih tertumpah pada dia yang memang wajar disayangi, bagus untuk sebuah persahabatan...
Namun, tatkala ia bertukar menjadi sakit yang dihurungi virus noda, ubatlah segera...

Cinta yang terpalit pada kamu, indah menarikan tarian sayang...
Pun begitu jika menyakitkan, cukuplah....

Kasih antara dia dan engkau patut berada di garis yang betul...
Kerana bagaimana sekalipun ia dipusing, diauta, ditukar dan didalih engkau tak layak untuk perasaan itu...

Lainlah aku...jika ada kamu...
Perasaan itu berada di tempat yang sepatutnya pada kamu yang sangat sesuai dilimpahi dengan perasaan ini...
Biarpun tidak perlu, tapi tidak menjadi salah jika aku masih begitu...
Oleh yang demikian, aku memang harap sangat perasaan ini jatuh di tempat yang sepatutnya dan selayaknya.
Aku tak perlu seperti engkau, melihat pada dia yang entah ke mana akhirnya kerana engkau tahu dari mana dia bermula....

Sengaja merelakan menyakiti diri sendiri, menangisi sepi dan berasa kasihan pada diri sendiri...
Apa yang engkau mahu sebenarnya nih?
Sungguh meloyakan!

Tuesday, October 12, 2010

Hak...berhak ker?

Apabila diuji dengan pelbagai perkara adakah kite pernah terfikir sejenak sebelum bertindak?
Dalam bab menegakkan hak kite sebagaimana yang kite fikir kite berhak, pernah ke kite terfikir sejenak bahawa hak yang kite fikir hak kite tu sebenarnya bukan hak kite?
Betul ke ada hak kite yang sememangnya hak kite tanpa boleh dikaitkan dengan bahagian orang lain?
Baju yang kite pakai memang hak kite, kalau dah kite yang memilihnya dan membelinya dengan duit kite sendiri… tapi apabila ia terkoyak dek perbuatan orang lain, tak terfikir ke kite mungkin ia sebenarnya ada secebis hak orang lain yang secara tak sedar kite terambil? Mungkin ada pakaian orang yang kite terkoyakkan atau terkotor, maka ia dikira sebagai ‘denda’ kepada kesilapan dan kesalahan kite… Atau mungkin ada duit orang lain yang secara tak sedar kite dah tersimpan dan guna untuk beli baju tu?
Boleh ke berfikir begitu?
Jika tuntutan perjalanan kite terkurang atau terlambat atau tak dapat langsung, boleh ke kite fikir begini- mungkin ini adalah bayaran bagi perkara yang aku ‘curi’ semasa kerja. Bahagian yang bukan aku punya…
Boleh ke berfikir begini?
Maka dengan berfikir begitu, sepatutnya hati kite akan lebih tenang dan redha dengan segala yang terjadi.
Tapi, boleh ke hanya redha dengan semua yang berlaku?
Mungkin boleh jika kite telah pun berusaha untuk mendapatkan perkara yang kite rasa hak kite tu, tapi apabila setelah sampai ke satu tahap mungkin adalah lebih wajar kite berhenti seketika dan… redha.
Mungkin ke aku terlalu redha je dengan apa yang berlaku maka semua perkara yang aku rasa macam hak aku tu semua berlalu pergi… menjadi hak orang lain yang aku rasa lebih berhak? Berhak ke mereka?

Hmmm…
Bukan aku yang memutuskan siapa yang berhak atas perkara yang mereka rasa mereka berhak…
Yang aku tahu, aku cuba dan berusaha… Andai ada bahagian untuk ku… Dapatlah aku merasanya… Andai bukan ditakdirkan untuk aku, elok biarkan saja ia pergi…
Tapi takdir ku, aku yang ubah… Maka, persoalannya sekali lagi perlu ke aku sehabis mampu, sedaya upaya dan bermati-matian mendapatkan perkara yang aku rasa hak aku?
Sehingga mungkin menerbitkan simpati dalam hati orang lain atau meloyakan mata yang melihat atau mencebikkan mulut mereka yang mendengar?
Aku risau,…
Jika aku berpuas hati dengan apa yang aku miliki, adakah Allah akan berpuas hati?
Jika aku mendapat apa yang aku rasa aku berhak, mungkin akan ada mereka yang terlepas hak mereka dek kerana aku?

Hmmmm…
Perlu ke aku fikir semua ni?
Boleh ke aku teruskan saja hidup ku, sebagaimana yang aku rasa aku nak dan berhak…
Boleh kot…
Ngeeeee….

Thursday, October 7, 2010

30@071080

Semoga aku lebih tabah dan tenang menghadapi hidup ini...
Dan semoga hidup yang aku cuba lalui ini berhasil...
Lalu menempatkan aku di kalangan hamba-Nya yang solehah...amin...
...

Monday, October 4, 2010

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

Tak Pernah Aku Membayangkannya

Bila Insan Sedang Patah Hati

Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya

Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam

Inikah Yang Dinamakan Patah Hati

Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang

Kumau Kau Tetap Disisiku

Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam


--Afgan--

Dalam setiap bicara terselit perasaan yang sangat indah
Dalam tiap pandangan tersirat cinta yang kian menebal...
Dalam sekuntum senyuman terkandung rindu yang terlalu mendalam...
Kamu yang di situ bukan untukku...
Nyatanya luka ini mengalir darah yang membawa pergi sebuah harapan...
Kamu berlalu...
Biarpun kelihatan,
Namun terlalu sukar digapai...
Ku harap hadirku di sini dirasai...
Biarlah aku di tempatku...
Menatap Kamu...
Merasa wujudnya Kamu...
Pun begitu bukan untuk mengganggu...
Maafkan aku yang akan selalu merindui Kamu...
Dan sentiasa menyayangi Kamu...
Cahaya Hidupku...
Matahariku...

Saturday, September 25, 2010

Aqil |24092010|

Lebih kurang jam 12 tengahari aku mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, rupanya Teacher Ina. Aku terhapuskan nombornya secara tak sengaja 2 mingu lepas.
"Puan, nak maklumkan Aqil ni tadi dia main dengan kawannya. Lepas tu kawannya terjatuh atas tangan dia. Kami nak tukarkan baju pun dia tak mahu. Dia tak nak gerakkan lansung tangannya. Kami risau pulak ni. Elok kalau puan datang tengok."
"Baiklah, cikgu. Kejap lagi saya sampai." kataku...
Sesampai di taska aku lihat Aqil duduk diam di kerusi sambil muka yang semacam. Aku suspek musti sakit sangat ni. Dia jadi sebak bila nampak aku. Aku pujuk dia untuk aku usik lengannya. Dia merengek dan mengatakan dia sakit. Aku dengarlah cerita dari Teacher Ina dan Teacher Idah. Kawannya yang bernama Syakirin jatuh atas tangannya semasa mereka bermain ala Ultraman. Yang pasti saat itu aku tak terdetik pun nak tahu lebih lanjut ceritanya atau nak menyiasat kerana yang elbih penting sekarang ialah merawat kesakitan.
Lalu aku bawa Aqil ke klinik yang berdekatan, Klinik Marissa. Doktor yang merawat mengatakan sikunya telah mula bengkak dan menyediakan surat untuk terus ke Kecemasan di Hospital Putrajaya. Aku terus ke hospital.
Di Bahagian Kecemasan putrajaya aku menunggu sampai rasa macam nak bengkak badan aku... Cuba bayangkan, dari pukul 1 hingga hampir pukul 2 aku dan Aqil menunggu di situ. Kata dah guna sistem untuk pendaftaran pesakit, tapi kenapalah lama sangat kami menunggu untuk diperiksa? Server down or network slow? Adoiyaiiiii... Sabo jelah...
Aqil siap tertido dan hati sapa yang tak sakit melihat anak dalam keadaan macam tu. Nak marah? Nak mengamuk? Kalau aku ni boleh bertukar menjadi hijau dan membesar 8 kali ganda, kompom aku mengamuk!!!! Geram sungguh!
Kemudian Aqil diperiksa dan diminta untuk X-ray... Cuba bayangkan ni pulak....
Nak ke Jabatan Pengimejan ambil masa lebih kurang 2 minit berjalan kaki secara perlahan dengan Aqil. Sesampai di sana, misi kata order untuk X-ray tak masuk lagi... Ha??? Nak pujuk hati  aku assume, memang lembab sistem diaorang ni!!
Proses x-ray pulak memang menyakitkan. Kerana Aqil perlu menggerakkan tangannya mengikut arahan juru x-ray. Macam ni la, macam tu la...adoiyaiiii... sabo je la... ader berapa keping papan yang di alas untuk tujuan itu. Lepas satu-satu... aderla dalam 6 keping... Itu kali pertama x-ray... Kemudian, kami diminta untuk kembali ke bahagian kecemasan untuk berjumpa doktor dan melihat keputusan x-ray. Tunggu lagi.....
Bila berjumpa doktor, doktor memaklumkan kami perlu melakukan pengimejan sekali lagi. Kali ini, perlu melibatkan tangan sebelah kiri juga. Untuk dibuat perbandingan.
Lagi 4 keping papan disediakan untuk tujuan itu. Pun selepas beberapa minit menunggu, sedangkan tiada pesakit lain pun ketika itu. Nasib baik, ader misi yang berinisiatif tinggi membantu memendekkan jangkamasa penungguan kami.
Akhirnya kami telah berjaya mendapat keputusan pemeriksaan pada jam 5 petang... cuba tolong bayangkan... pesakit tak ramai, ader dalam 3 ketul jer..tapi amek masa yang begitu lama... sebab tak cemas sangat ker pasal tu jadi macam ni? huh!
Semasa proses menyimen, doktor minta aku tunggu jauh sedikit kerana risau aku tak tahan melihat Aqil akan kesakitan. Memang nampka menyakitkan kerana tangan diangkat turun dan dipegang tika sakit. Tapi aku masih bertahan...
Selepas disimen, Aqil perlu di x-ray lagi... 2 keping papan menanti.
Akhirnya Jam 6 petang kami bergrak keluar dari Hospital Putrajaya yang dielngkapi dengan sistem yang lembab!
Khamis, 30 September 2010... Jam 9 pagi temujanji dengan pakar tulang di Hospital Putrajaya. Adoiyaiiii!!!
Aku rasa macam aku kuat... Aku tak mahu menangis... Aku kena hadapi semua ini... Jadi aku perlu tabah... Aku perlu yakinkan Aqil semua ini tiada apa2... Dan semua ini akan berlalu sekejap je... Aku takkan mampu menyakinkan Aqil dengan airmata... Jadi... Ibu bertabahlah!!!
Aku harap Aqil cepat sembuh dan tabah dengan semua ini. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini... InsyaAllah...
Terima kasih kepada teman yang sudi melarikan perasaan sedih ini dan Kamu yang menzahirkan prihatin...
Biarpun hanya sms, ia sangat memberi makna...



Wednesday, September 22, 2010

segalanya ku terima

Aku yang kehilangan|Dalam diri sendiri|Terkurung dalam bayanganmu|Gelak ketawa engkau|Bagai bertahun dulu|Menyeretku ke syurga kita|Itu mimpi yang terkenang|Membuat aku terbuang|Tika memapah semangat|Yang masih ada|Cerita silam ini|Menjadi racun bisa|Dan kini aku pun melara|Terlemas di dataran|Dilambung ombak hidup|Pun aku masih menantimu|Akan tersingkapkah cinta|Yang telah sekian lama|Kita dodoikan bersama|Di mimpi ngeri|Biarpun masih tergagah|Menjulang cinta yang patah|Sebenarnya aku kesepian|Dan aku masih cinta|Diri ini penuh luka|Yang tidak akan tertutup|Meskipun ada pengganti|Seiras wajah


--ilusi--

Monday, September 13, 2010

Rindu Aqil

Rindunya pada Aqil!
Saat ini aku bersendirian dan seperti biasa sedang mengenang nasib diri yang aku pilih.
Perit sungguh! Habes lemah akal fikiran dan jasadku..
Tiada apa untuk dikesali,cuma aku terfikir sampai bila keadaan ini akan terus mengiringiku?
Apa yang perlu aku lakukan?
Jalan mana pula harus aku ambil?
Dan corak apa patut aku lakarkan nanti?
Pengganti?
Wow! Cadangan yang sentiasa terngiang2 kt telinga,ditapis dan masih ditepis agar tidak masuk menyentuh hati.
Tak mahu?
Entahlah..
Serik lagi kot?
Aku masih penat tiap kali teringat memori kisah luka.
Belum ada kekuatan dan kepercayaan untuk masuk gelanggang memperjudikan nasib,menyerah diri untuk diperkotakkatikkan oleh spesis homosapien yang berjenama suami..
Sebab jenama suami memang banyak,cuma nak cari originel dah kehabisan stok. Yang ada ni pun banyak keluaran rejek shop. Tak pun bundle.. Yang elok banyak yang orang punya.
Bak kata Anuar Zain 'All the goods has taken'..
Tinggal Anuar Zain je ni ha.. Bilala akan tercapai impian ni! Oh,abang Nuar..
Tapi,klau dapat Kamu yang dok kat kampung,ada tanah sendiri,ada kolam ikan,ada reban ayam,kebun sayur kat tepi umah,buat keje kampung,tak tua sangat dari aku,ensom sket pun takpe,baek,sopan,bertanggungjawab,gi surau bila masuk waktu,dan rajin..kompom aku on jer..ngeee..
Tapi perlu dipastikan, Kamu kena sayang Aqil macam Kamu sayang aku..
Entahla..
Apapun entry aku kali ini,aku sebenarnya nak bagitau..
Ibu rindu Aqil sangat2!

Thursday, September 9, 2010

Aidilfitri 1431H

Banyak jugak salam aidilfitri yang aku terima...
E-mel, sms, ucap mulut dan kad ucapan...
Namun entah kenapa semakin lama Aidilfitri semakin suram...
Yang buat aku betul-betul excited ialah ketika membeli baju raya dan biskut raya untuk Aqil...
Beli mercun dan bunga api...
Kununnya untuk mengaburi mata aku sendiri bahawa Aidilfitri akan tiba dengan meriah...
Mungkin dek pertambahan usia dan tanggungjawab yang kian membesar dan masa yang aku rasa kian suntuk dan persekitaran yang cukup mencabar dan perasaan yang dah tak segagah dulu....
Rasa rugi pulak Ramadhan yang dah berlalu...
Kerana tak mampu aku memenuhinya dengan makna-makna dan keinsafan...
Ternyata imanku sangat goyah dan mudah patah....
Pun begitu,
Selagi ada masa yang diperuntukkan untukku...
Selagi ada Dia...
Selagi itu aku berpeluang untuk memperbaiki diri...
Pucuk pangkalnya, terpulang pada aku sendiri...
Tebal jugak ego aku pada Dia...
sedangkan siapalah aku ni...
Tanpa kasihNya...
Tanpa rahmatNya...
Tanpa kurniaanNya yang melimpah ruah ni...
Mana mungkin aku di sini saat ini menaip dan bercerita mengenai kebodohanku...
Aku berharap dengan diri aku sendiri...
Agar aku dapat mempersiapkan diriku untuk menghadapi Ramadhan akan datang |jika masih berkesempatan|
Dan aku akan pastikan aku bukan lagi insan yang sifatnya merintih dan hanya tahu mengenang naseb badan...
Sengallah aku ni...

Salam Aidilfitri buat semua yang sudi singgah di BSURSICUB4...
Semoga kebaikan Ramadhan yang telah kite bina...lebih kukuh dan utuh membenteng diri menghadapi hari yang mendatang...amin...
Ampun maaf atas semua kesilapan dan kesalahan...

|fiza&aqil|

Wednesday, September 8, 2010

hari ini...080910...

ia berlaku lagi, untuk yang ke sekelian kali...
29 Ramadhan 1430H, 8 September 2010

"plannya-jgn kol/sms/mms/vc/emel/chat/fb/apa saja. sampai 19hb.jk lps 19 tu awk rs ok xyah ada kte, mknanya stop had tu je.bla awk xkontek kite, kte fhm2 je apa yg awk dh dcide... stuju?"

entah apa yang ada dalam kepala aku...
sebuah e-mel telah ku kirim, namun telah aku padam sebelum sempat kamu baca...
aku fikir, tak perlulah buat begini kerana aku sangat sayangkan kamu...
pun begitu, aku kirim juga sms menyatakan cadangan yang sama...
sebak pula bila kamu "setuju"...

mahu menangis lagi?
kali ini aku masih gagah...
di saat ini aku masih berupaya mengawal perasaanku...
aku harap sangat aku mampu...
kerana fikirku, ini adalah demi kebaikan kamu juga...
kerana aku sayang kamu...
dan...
aku sayang kamu selamanya...


aku akan mula mengira...
detik itu akan aku tunggu...
sekiranya tiada...
yang dinanti tak kunjung tiba...
biarlah...
tidak mengapa...
kamu lebih berhak dengan kehidupan yang kamu ada sekarang...
aku doakan yang terbaek buat kamu...
hanya yang terbaek...


-salam aidilfitri-

Sunday, August 29, 2010

Orang lidi...

4 hari lepas Aqil dengan bangganya memberitahuku yang dia dah pandai lukis orang...
wow!!! kataku...dan meminta dia melukis untukku...
aku bertanya gambar siapa dia nak lukis, Aqil jawab "Aqil nak lukis gambar ibu, Aqil dan Ayah"
terkedu sekejap bial dengar perkataan "Ayah"...hmmmm...
namun begitu, Aqil telah menghasilkan 4 orang lidi...dia kata itu orang lain...
agak mengejutkan bila ditanya siapa nama orang lain tu...tapi aku ejakan juga...
adoiyaiiii....
kemudian, dia melukis lagi...
katanya dia nak lukis gambar kawan ibu...
bila ditanya siapa nama kawan ibu tu?
Aqil jawab, "Kakak Wani" dan lagi seorang Kak Izah (itu pun sebab dia br dapat sample biskut raya yang aku bawa balik)



Biar siapapun Aqil nanti, aku harap dia akan sentiasa menghargai setiap jiwa yang hadir dalam hidupnya...
Kerana tak kira siapapun kamu, kamu adalah sangat istimewa dan unik...

Terima kasih kerana sudi menjengah ke dunia kami... Sayang kamu!!

Tuesday, August 24, 2010

Masak...

Semalam Aqil demam, jadi aku amek EL..
Seharian di rumah banyak jugaklah perkara yang aku langsaikan...
Pergi pasar, kemas rumah, basuh toilet, gosok baju dan masak...masak??!!
Semenjak tinggal bersama mak ni, aku jarang ke dapur... Bukan sebab aku tak reti masak, tapi aku memang tak suka!!! Masa dok umah sendiri dulu tiap2 hari aku masak, sampai mati akal sebab tak tahu menu apa nak dimasak...
Memang bukan aktiviti pilihan...!
Nak dijadikan cerita, mak tak berapa sihat, Aqil nak kena makan, adik keje dan hanya aku yang jadi harapan keluarga untuk menyediakan makan tengahari merangkap juadah berbuka...
Menu yang paling senang dan yang paling aku suka ialah Nasi Ayam Madu...Wow!!!
Senang sebab, aku cuma perlu masak sup ayam untuk makan tengahari Aqil, pastu boleh sedia terus untuk juadah berbuka...
Apa yang cuba aku sampaikan kat sini bukanlah nak bagitau Aqil demam/ aku EL/ kemas rumah/ basuh toilet/ aku tahu masak/ aku suka dan tahu masak nasi ayam....
Yang aku nak cerita ialah, Aqil boleh tanya aku dua kali soalan yang sama iaitu...
"Ibu, ibu dah pandai masak ker?" perghhh.... Kalau bukan anak aku yang tanya, dah lama dah aku secara diam2 menyekeh budak tu...
Tapi respon aku dengan Aqil, biasalah...
Aku tarik nafas dalam2 n pastu ketawa....
Aku pon jawab, "Ibu memang pandai la masak, sayang"
Pastu kuar lagi soalan, "Tapi nape dulu-dulu Ibu tak pernah masak pon?"
Jawabku, "Sebab, hari ini ibu cuti..."
Dia tanya lagiiiiiii..." Dulu-dulu pon ibu cuti tapi Aqil tak nampak pon Ibu masak..."
Aku pon tarik nafas lagiiiiii...dan jawab, "Selalu ada mak yang (adik pompuan aku yang sgt suka masak). Jadi Ibu tak yah la masak."
Barula dia diam...tapi senyuman di bibirnya yang buat aku maaaakkkiiiinnnn geram...
Budak ini ke!!! Sabo jerla...
Tak sangka aku pemerhatian Aqil sampai macam tu sekali...ataupun aku yang seakan terlupa dengan apa yang sedang aku lakukan akan sentiasa diperhatikan...

Sunday, August 22, 2010

Babysitter...fuhhhh...

Hari minggu kali ini aku habiskan sepenuhnya dengan Aqil dan Qaisara...
Sebab Opahnya rindu sangat nak jumpa Qaisara dan nak sangat Qaisara ada depan mata walaupun hanya 2 hari...
Tak tahu macam mana nak gambarkan dengan ringkas apa yang aku rasa sepanjang 2 hari ini...
Terfikir dalam kepala hotak ni, terukla aku kalau betul-betul ader dua orang anak...
Aku dah sungguh terbiasa dengan peel Aqil, buah hati pengarang jantung yang sangat-sangat aku sayang...
Bila berdepan dengan Qaisara yang totally lain perangainya baru aku sedar budak-budak pun sama macam orang dewasa yang sememangnya tak sama...aku tahu dah tu...
Paling tak boleh tahan ialah rasa syukur gax jadi cam gini...
Hanya aku dan Aqil...
Aku takkan ader anak lagi dan yang pasti aku cuma perlu melayan dan fokus pada Aqil je...
Kene ke?
Hmmm...yang lain-lain tu fikir esok, lusa, tulat, tunggeng, menunggeng, meninggung dan entah hapa gung geng lagi...
Aku pasti kalau aku ada anak lagi, kompom masa aku akan banyak kat atas tilam pasal pengsan sebab stress ngan kerenah anak2 bercampur ngan lelaki yang bergelar suami merangkap tuan pengarah dan ketua keluarga tu...entah camner rupenyer pon aku tak tahulah...serik arrr...adoiyaiiiii....
Di sebalik semua kekalutan yang buat seumpama aku terundur 2-3 tahun terkebelakang, sebab kena berjaga malam bagi susu (Aqil senang sket sebab minum susu tak gune botol), kene basuh najiz yang kering melekat kat buntut dan kene pakaikan pempes...adoiyaiiii...
Belum lagi perasaan yang terbelah sebab nak membahagi perhatian antara dua insan naif yang meminta-minta perhatian dan jawapan...wow!!!
Tak dapat aku bayangkan macam mana seorang ibu nak menjaga 4 orang anak yang masih kecil... yang punya personaliti sendiri... yang masing-masing perlu perhatian... yang masing-masing punya keinginan... leeetttiiiihhhhhhhhh.....!!!!!
Patutla mak aku macam tu dulu...ngeh ngeh ngeh....
Aku tabiklah pada kawan-kawan yang kini sedang berdepan dengan 2-3 orang anak kecil... aku tak tahulah macam mana kehidupan korang tapi, aku memang tak mahu membayangkannya... cukuplah 2 hari yang aku lalui ini...huhuhuhu... jangan ditawar lagi ikatan janji yang bakal buat aku mengelembung dan mengelembung dan mengelembung lagi....maka aku akan berterusan bergelumang dengan keadaan 2 hari ini selama-lamanya...hukhukhuk...nanti-nantilah....adoiyaiiii...apalagi bila mengenangkan mak aku yang kini telah pun membesarkan 4 orang anak yang sememangnya banyak ragam...fuhh...kalau cerita ni, sampai raya pon tak habes ko tahu! hish...buat apa buka aib sendiri...hahaha...pesal lax nk gelak nih??? sengal!

mungkin ke sebab aku seorang je?
mungkin tidak, pasal banyak dah aku dengar cerita kawan-kawan yang masih berdua tapi buat keje sorang-sorang...tamo!!!!
nantilah dulu...

Pun begitu, 2 hari ini ada banyak penyiratan yang buat aku tahu apa yang aku tak tahu...
Tak sangka Aqil yang kini berusia 4 tahun pandai menjaga adik... dia banyak beralah namun sekali sekala dia merengek juga minta diberi keutamaan... pujukan ku kadang tak berhasil tapi dia mudah dibawa berkompromi... Aqil menghabiskan masanya bersama Qaisara dan tiap kali diminta berbuat sesuatu untuk Qaisara, Aqil pasti tunaikan tanpa sebarang keluhan... symp...
Qaisara pula walaupun masih kecil, dia agak bijak... Point percakapannya mengalahkan orang tua... Memang matang...dalam loghat bota tu yang tak tahan tu..."apa yang penting? berok kabo!!" har har har... sangaaaaaatttt chumelll!!!

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...
Tiada apa yang aku inginkan lagi...
Cuma...
Cuma aku berharap kebahagiaan yang aku ada sekarang ini berkekalan...amin...doakan yer...
Kene ke?


Thursday, August 19, 2010

air matanya gugur lagi...

tiap bicara hatinya hanya untuk dirinya...
sekali sekala ia terluah jua,
namun tatkala airmata tumpah bersama ia sungguh memilukan...









aku diam di sini...
mendengar sahaja....

aku masih aku yang tak terbuat apa yang aku ingin buat...

aku masih aku yang merancang...namun masih belum terlaksana...

entahlah....

Sunday, August 15, 2010

kasih

Menyulam kata
Mengalun nada
Berbait madah
Mencipta rasa
Namun hasrat tidak terucap
Dek kasih melimpah
Menutup resah

Duhai kasih
Aduhai sayang
Ingin dihapus rindu ini
Ingin dicantas sayang ini
Pun begitu
Kamu tetap di sini
Hanya kamu di hati
Sarat memenuhi
Hingga tiada ruang lagi...
...Dengan kamu yang keliru...


Cinta Terakhir

Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhir ku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

--aiman--

Wednesday, August 11, 2010

tercalar lagi...

mungkin sepatutnya sedari dulu aku berperasaan begini...
agar ia tiada lagi di sini...
mungkin sepatutnya aku berhenti berfikiran begitu...
agar ia tidak terganggu...
mungkin sepatutnya semua ini tidak berlaku...
agar tiada lagi yang menyakitiku...

namun,
aku telah membiarkan...
dan sekali lagi...malah berkali-kali aku dicalari...
terguris dan menangis....

adakah kerana sayang,
maka kamu masih bersamaku?
benarkah kerana kamu rindu,
mungkinkah nyata perasaan itu?

jika benar...
kenapa aku akan terasa pedih dengan kata-katamu?
mengapa hati ini bagai diguris dengan tindakanmu?
bagaimana perasaan ini masih tersentap dengan usikanmu?

adakah ia disebabkan perasaanku sendiri?

entah kenapa aku baru terfikir...
kenapa sampai ke tahap ini aku bersama kamu?
dan tak semena-mena...
tetiba aku dikejutkan dengan satu perasaan...
siapa sebenarnya aku di hati kamu?

sekadar teman meluang masa...
sekadar kawan untuk kamu bercerita?
sekadar rakan untuk bergelak ketawa?
dan sekadar aku untuk kamu melepaskan perasaan yang dipendam?
nyatanya aku bukan siapa-siapa pada kamu...

macam mana aku boleh biarkan semua ini berlaku?
kerana aku terlalu sayangkan kamu?

kenapa aku begitu terasa dengan tingkah kamu?
kerana kamu terlalu dekat di hatiku?

bagaimana aku tanpa kamu?
aku akan lemah dan hilang arah?
aku tanpa kamu...
hilang teman berbicara...
hilang pengisi kekosongan hati...
hilang ria berganti sepi...

bagaimana kamu tanpa aku?
akan ada kah perbezaan dalam hidup kamu?
kamu tanpa aku...
masih ada dia di sisi kamu...
masih ada bahagia di hati kamu...
masih ada sesuatu untuk segalanya...

dan mungkin kerana itu kamu berulang kali mencalari perasaan ini...
berulang kali menyakiti...
berulang kali membuatkan aku ingin pergi....

Ramadhan 1431H

Semoga ia membawa rahmat, keberkatan dan penuh pengisian...

Andai tidak keberatan, maafkan segala keterlanjuran dan semoga lebaran baru bakal menjadikan kita insan yang lebih baik dan hamba yang bertaqwa.

amin.

Saturday, July 31, 2010

...Sukan Tahunan Cendekiawan Educare...

Hari yang sangat mendebarkan dan menerujakan!!!
Setiba di kawasan temasya aku yang terasa macam excited sangat...
Berkali-kali aku pesan padanya nanti Aqil lari kuat-kuat tahu...
Kalau menang dapat hadiah, baru best!!!
Sungguhpun begitu aku cuma mahu dia merasai pengalaman ini...

Melihat dia bersama kawan-kawannya buat aku terharu...
Anakku ada kawan-kawan yang suka padanya...
Melihat dia memimpin tangan Hannah, buat aku rasa bangga...
Aku harap dia akan jadi seorang yang bertanggungjawab...
Melihat dia berarak bersama kawan-kawannya buat aku sebak...
Anakku dah besar!!!









Sepanjang temasya berlansung aku sangat tersentuh...
Aku tak sangka tiba juga hari ini...
Rupanya dah 4 tahun kami bersama...
Wow!!!
4 tahun yang sungguh bermakna!!!
4 tahun yang penuh perasaan...penuh kasih sayang...penuh suka...dan duka...
Namun begitu...4 tahun yang sangat aku hargai...syukuri...kerana aku berpeluang merasainya...
Alhamdulillah...

Aqil menyertai acara 'Lari Berhalangan'...
Sebelum itu, dia menangis...dan hanya mahu duduk bersamaku...
Pasti perasaannya terganggu kerana berada di sekeliling mereka yang agak asing...
Ditambah cuaca panas yang tidak selesa...
Dan aku tiada di sisi...
Pun begitu, setelah puas dipujuk...
Aqil mengambil tempat dalam barisan...
Berdebar aku menanti gilirannya...
Tapi yang terlihat di wajahnya hanya kerutan di dahi kerana menahan pancaran matahari...
Berkali-kali aku menyokongnya...
"Aqil lari laju-laju yer..." sambil menunjukkan ibu jari padanya...
Kali pertama dia cuma memandangku dengan kerutan...
Masuk kali yang kelima melihat aku dengan aksi yang sama...

Baru dia tersenyum dan mula kelihatan bersemangat...

Bila dia mula belari....
Tanganku yang terketar-ketar...
Berdebar tak hengat!
Sambil bersorak... sampai mereka yang ada berdekatan pun kenal Aqil...dan turut sama menjerit namanya..
Hahahaha... macam over lax aku...
Aqil perlu membuat 2 kali larian kerana ahli pasukan tak cukup...
Larian kedua sangat membanggakan... dia tampak yakin...
Memang hebat anak ibu!!!
Akhirnya, pasukan kuning untuk acara tersebut mendapat johan!!!
Menang!!!

Puas hati? Sangat-sangat puas hati!!!
Kerana...
Aqil berjaya mengharungi hari yang mungkin memberikan tekanan padanya...dengan jayanya...
Ibu bangga dengan Aqil...
Bukan kemenangan yang aku mahukan...
Aku cuma mahu dia kuat bersemangat menghadapi perkara yang jarang sekali dia lalui...

Ibu doakan kejayaan Aqil...
Agar sentiasa menjadi insan yang kental menghadapi dugaan yang ada...
Cemerlang di dunia dan akhirat...
Sayang Aqil sentiasa...selamanya...


Monday, July 19, 2010

begini...

begini mungkin lebih baek...
aku suke begini...
hanya aku, kami dan kamu...
walaupun kekadang kesunyian melanda...
namun aku tetap suka begini...
lebih aman...
lebih damai...
lebih perasaan...
mungkin kalau kekal begini semuanya akan kekal segar...
akan sentiasa mekar...
akan selalu bersinar...
kenyataannya aku memang sangat suka begini...
begini selamanya...
hanya aku, kami dan kamu...
tanpa dia...

Monday, July 5, 2010

batas...

aku seakan terlupa akan batas dalam persabatan..
setelah sekian lama baru aku tersentak...
aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,
mereka juga akan sama seperti aku...
rupanya meleset...
berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...
tapi entah kenapa aku seakan leka...
dan kini...
sekali lagi aku diingatkan...
dan aku mula terfikir...
benarkah dalam erti sebuah persahabatan
masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?
berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?
berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?
berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?
berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?

jika benar ia begitu...
aku silap kerana mengaggap mereka sebagai sahabat...
aku tersilap lagi....

namun...
aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?

Saturday, July 3, 2010

sekiranya kamu ada di sisi...

sekiranya kamu ada di sisi
aku harap keadaan akan jadi lebih baekkk...
sekiranya kamu ada di sisi
aku akan pasti kamu gembira...
sekiranya kamu ada di sisi
aku mahu kamu bahagia...
sekiranya kamu ada di sisi
aku akan berusaha menjadi lebih baekkk...
sekiranya kamu ada di sisi
aku mohon kita akan sentiasa bersama...
dalam susah, dalam senang...
kala sedih, kala gembira....
aku mahu ada di sisi kamu...
sentiasa di sisi kamu....
selamanya hanya di sisi kamu....

Friday, June 25, 2010

walking away....

here we go...again...n again...

Wednesday, June 16, 2010

begitu rupanya...

barulah aku tahu...apa yang kamu fikir...
aku harap kamu tahu kenapa aku tak terfikir seperti yang kamu fikir...
sebab tu aku kompius dengan apa yang kamu katakan....
tapi kini aku dah faham...
cuma aku harap...
kamu pun dah faham apa yang kamu fikir tu sebenarnya bukan seperti yang kamu fikir...
not exactly...
ia lebih melibatkan perasaan...
jadi, mana mungkin ia menjadi ikatan yang dirancang untuk terjadi dan menjadikan apa yang kamu fikirkan...
tidak sama sekali!!!
maka dengan itu....
aku harap kamu faham...dan ingat itu sentiasa...
aku ada di sini...
sentiasa ada di sini untuk menjelaskan semua perkara...
dan sentiasa sayang kamu.

fikir....

beberapa hari ni aku dilanda satu perasaan yang tak tergambar...
memang dah banyak kali sebenarnya rasa macam ni...cuma...
kali ini aku lebih banyak berfikir...
bagus gax...
kalau tidak musti berkarat otak aku ni nanti kalau asek kejenya men gem pikachu jer...

aku terfikir,
bagaimana untuk jadi lebih baik dari sekarang?
apa yang patut aku lakukan agar semuanya berjalan lancar?
macam mana keadaan yang sepatutnya aku kekalkan dan perbaiki?
siapa yang patut aku rujuk untuk mendapat pandangan yang berupaya membantu aku membuat keputusan yang lebih berkesan?

apa sajalah yang aku fikir ni???


adoiyaiiiii...

Tuesday, June 15, 2010

for the rest of my life...

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know

You`ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong

Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life

Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


--maher zain--

Sunday, June 13, 2010

kenapa...tak percaya???

aku dengan perasaan...
aku tak tahulah smpai bila aku akan begini...
dan tiap kali aku terasa ingin mula mempercayai ia seolah-olah terpadam lagi...

aku tahu tak adil untuk menyamakan sesiapa dengan sesiapa,
cuma aku mungkin masih serik...
takut dengan perasaan sendiri...
aku dipsycho oleh diri sendiri...
tapi di sebalik semua perasaan ini,
aku rasa tak salah jika aku agak berlebihan menjaga perasaan sendiri...
kerana akan tiba masa...
walaupun aku di sisi dia yang mengaku amat menyayangiku tetap melukai perasaan ini,
tanpa dia sedari...lumrah alam...
dan aku harap aku dah semakin kuat dan bersedia kiranya tiba saat itu nanti...


hingga kini, hanya KAMU yang sangat dekat di hatiku...
cuma KAMU...  

Thursday, June 10, 2010

Balasan..

Terbaca sebuah emel yang dikirim secara terbuka dan melalui perbualan bersama kakak Nani, lalu terpanggil nak mencoret sesuatu di sini..
Balasan yang kite terima akibat dari perbuatan kite kekadang bukanlah secara nyata dan hanya kepada kite.. Tak mahu bercerita tentang azab (nanti kite fikir2kan dan renung2kan), jom tengok dari segi nikmat..
Hasil dari keikhlasan kite bekerja selain dari mendapat gaji yang walaupun macam tak berapa nak cukup tapi kekadang kite boleh terfikir..eh,ada lagi duit aku ni?..tak pun..hutang dibayar..dapat ehsan orang melalui anak..orang belanja makan..dapat gi mesyuarat ke Pulau Redang..bos bawak bercuti ke Medan..tu kan rezeki..
Nikmat boleh datang dalam pelbagai bentuk! Dan senario yang agak jelas dan semua pun tahu.. Bagaimana anak2 seorang peneroka felda boleh berjaya? Itu kan dikira sebagai nikmat atau secara tak sedar sebagai balasan dari keikhlasan, ketekunan dia bekerja serta wang halal yang digunakan untuk menyara keluarga.. Memang balasan dari kerja yang dia buat tak dapat bulat2 ke dia.. Tapi kejayaan anak2 adalah lebih penting dari wang ringgit! Lama mana wang yang ada boleh kekal dalam bank? Anak yang berjaya bersama iman pasti akan menyenangkan di hari tua dan boleh menyejukan kite yang bakal diam kat bawah sana.. Kontra dari senario tersebut, dalam drama kat tv ada banyak.
Tapi bila kite sedar 1 perkara, kadang dugaan yang kite terima bukan sekadar datang sebagai ujian menajamkan iman tapi berkemungkinan ia adalah salah satu bentuk balasan akibat dari perbuatan kite. Bila diselidik mungkin kite akan tersedar bahawa kite terlupa kite sebenarnya telah melanggar hak kite sebagai hamba. Dan kesusahan yang kite hadapi tika ini hanyalah isyarat membangunkan kite dari kelalaian berteman khayalan semata..
Oleh yang demikian, masih belum terlambat jika kesedaran telah mengetuk pintu hati.. Selagi pintu taubat masih terbuka..
|Sekadar cetusan mengingatkan diri dan cubaan berpesan ke arah kebaikan. Tiada kaitan dengan mana2 individu mahupun pakcik peneroka felda yang kacak bergaya.. Trying 2bsimsucb4|

Monday, June 7, 2010

Masa

kadang-kadang masa terasa berjalan dengan begitu perlahan...
kadang-kadang masa terasa berlari dengan begitu laju...
kini...
ia berlalu dengan agak perlahan...
macam tak percaya hari ini baru hari isnin, 7 Jun 2010...
ingatkan dah 9 Jun 2010...

adoiyaiii!!!

Friday, June 4, 2010

|my name is....|

Mungkin harus ku curah saja rasa yang bertakung di kolam hati...
Biar melimpah membasahi jiwa...
Namun aku risau dentuman kasih yang kamu lagukan sekadar irama pengalun senda...
Memaut gelora mencipta cinta...
Tapi hakikat yang tertulis di hatimu bukan namaku... 

selepas...aku...

selepas semalam...
aku tidak lagi punya rasa itu...
selepas semalam...
aku seakan menjauh darinya...
selepas semalam...
dia bukan yang aku fikirkan.

aku mahu kamu yang membuat aku tenang...
aku mahu kamu yang sentiasa ada di kala aku memerlukan...
aku mahu kamu yang buat aku selesa, tersenyum, ketawa, dan bahagia...
aku mahu kamu yang aku percaya.

Wednesday, June 2, 2010

cincin

aku tersentak bila tiba-tiba soalan ni terpacul dari seulas bibir yang agak cabul...
"aku dengar kau dah kawen ek? apasal tak de cincin kawen?"
nasib baek kakak nani tolong cover suasana terkujat tu...dia jawab camni...
"dia ada anak lapan dah.."
pastu aku pun jawab...
"aderla kite pakai kat pusat..."
ngeeee...

pastu aku terfikir, boley gax cari cincin yang rege lime hengget jadikan cincin kawen...
tapi...








keneker??
adoiyaiiii

Tuesday, June 1, 2010

Cukup Indah

Tak pernah aku menjauh darimu


Meninggalkan cinta kita

Tak pernah aku meluka hatimu

Perasaan dan jiwamu

Segalanya telah ku serah

Hanya engkau terindah


Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai

Ku tahu kau mahu ada di hati

Untuk didampingi untuk disayangi


Tiada yang lain selain dirimu

Kekal tinggi di hatiku

Tiada pengganti yang mampu ku cari

Yang secantik diri kamu

Cinta ini untuk dirimu

Rasa ini untukmu


Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai

Saturday, May 29, 2010

Selamat Ulangtahun, Sayang.

Hr ni genap Sayangku berumur 4 tahun..
Tapi dia tiada di sisi tika ini..
Betapa hari bes yang sangat tak best!
Apa akan berlaku 4 tahun dari sekarang?
Di mana dia nanti?
Bagaimanakah keadaan kami?
Aku yang kini dalam dilema,
Kian hari kian menyesakkan dada..
Bila memikirkan apa yang patut aku lakukan..
Sampai ke sudah aku tak tau apa yang patut aku buat dan..
Aku sendiri tak tau apa sebenarnya yang aku fikir..
Adoyaiii!


*bulan Mei 2010 bukanla bulan yang best..

Baru ku tahu..

Sekarang baru aku tahu..
Ada banyak perkara tak semudah melihat..
Betapa payah mencandat seekor sotong..
Betapa penat menarik tali sambil berharap umpan mengena..
Betapa memeningkan berada di atas bot nelayan di tengah laut dan dibadai arus yang memualkan..
Tapi ia sungguh hebat!
Tak sama membaca kisah dan berada sendiri di situ..
Berbaloi..
Pengalaman sekali seumur hidup..

Tuesday, May 25, 2010

ulangtahun...

apa yang kite rasa atau fikir bila tiba je ulangtahun?
mungkin ader yang fikir pasal adiah, pasal ucapan manis, pasal special treats, pasal kad yang best, pasal kek, pasal surprise party...

bagi aku...
ulangtahun adalah peristiwa yang harus diingati...
ulangtahun kelahiran untuk mengingati kelahiran...
ulangtahun kematian untuk mengingati kematian...
ulangtahun perkahwinan untuk mengingati perkahwinan...
ulangtahun perceraian untuk mengingatii perceraian...
ulangtahun persahabatan untuk mengingati persahabatan...

tiap satu peristiwa yang berlaku ada kesan dan sesuatu yang perlu diambil iktibar dan penghayatan...

contohnya,
bagi ulangtahun kelahiran....
iktibarnya ialah untuk melahirkan seorang bayi yang sihat, comey macam ibu dia, bijak, keletah dan baik perlu didikan dan bimbingan yang sewajarnya...
jika kini dia telah berumur 4 tahun, apa yang dia telah capai sehingga kini?
apa yang telah kite buat bagi membantu dia menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat?
bukan sekadar satu sambutan kelahiran sahaja...

jadi...
tiap kali menghampiri detik ulangtahun...
aku pasti stress sebab asek nak fikir apa akan jadi setahun dari sekarang???

adoyaiiiiiiii

Monday, May 24, 2010

adoyaiiiiiiiiiiii

Entah kenapa aku leh terfikir pasal ni…

Mungkin sebab aku penat kot…

Aku jadi risau bila teringatkan kematian…

Apa akan jadi kalau insan-insan yang paling aku sayang pergi?

Siapa lagi yang boleh aku harapkan?

Siapa lagi yang boleh pejalkan semangatku tiap kali ia mencair macam mentega?

Siapa lagi yang berupaya buat aku tersenyum walaupun dalam keadaan terpaksa?

Siapa lagi yang boleh mengingatkan aku bahawa hidup ini sebenarnya bukan kosong?

Siapa lagi yang boleh aku pandang wajahnya untuk hilangkan kegalauan hati?

Siapa lagi yang boleh bagi loan RM100 tiap kali aku nak gi outstation?

Siapa lagi yang boleh bayarkan bil maxis ku bila kena barred?

Siapa lagi yang boleh duduk di sebelahku dan bercerita kisahnya…untuk aku jadikan pedoman bagi teruskan hidup yang kian hari kian berat…kian hari kian mencabar….kian hari kian menyesakkan dada…?

Adoyaiiiiiii…

Tapi…

Aku laaaagggiiii risau…

Kalau aku yang dijemput pergi…

Ke mana sajalah aku nanti?

Macam mana nanti sekalian insan-insan yang aku sayang?

Apa yang aku ada untuk dibekalkan bagi mereka meneruskan hidup?

Tapi paling mentakutkan ialah…

Apa yang aku bawa sebagai bekal berdepan denganNya?

Adoyaiiiii…

Lomah sondi den…

MEI

aku betul2 rasa bulan ni sangat tak best
dan setiap minggu buat aku rasa macam...
"aaarrrrgggghhhhhh, beratnya!!!!!"
namun di sebalik semua itu,
ader gax beberapa tarikh yang buat aku gembira...
aku masih tak pasti apa yang ader selepas semua ini?
yang nyata, aku masih cuba nak terima seadanya...

Friday, May 21, 2010

terasa

melihat ke langit terasa luasnya...
melihat ke bumi terasa damainya...
melihat ke mata terasa kasihnya...
melihat ke hati terasa sayangnya...

namun, kenyataannya kekadang ia seperti jauh...
jauh amat!
bagai tak tercapai...
bak ombak yang berlari ke pantai namun kembali semula ke laut....
aku pasti buihnya mustahil digenggam...
namun,
andai cuma bertakung di telapak itu sudah cukup membahagiakan...
sudah cukup membahagiakan!

Wednesday, May 5, 2010

semalam yang berlalu...

semalam yang berlalu...
ia dah berlalu...
perlukah ia berlalu begitu?
berlalunya ia bersama satu kenangan yang tak tahu haruskah aku lupakan?
keberlaluannya itu mencipta satu rasa...

dan kini aku menahan sakit gastrik...
kerana terlalu memikirkan laluan yang aku beri untuk ia berlaku dan berlalu...

hmm...

Saturday, May 1, 2010

Sunyi

010510
Aku di rumah.. Bosan, bingung dan sunyi..
Tapi aku tak bercadang nak buat apa-apa..
Badan terasa melekat dan tenggelam ke dalam tilam..
Walaupun tak sesedap rasa tilam di hotel,aku rasa ini pun dah memadai untuk aku hilangkan rasa yang entah apa-apa ini..
Kan bagus kalau ada kamu..

Saturday, April 24, 2010

kecik kenot

dalam setiap hal yang telah berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya...

selama 4  hari aku di negeri Darul Aman dah cukup menguji kesabaranku bertahan dengan kerinduan yang amat sangat buat si kecik kenot...
mendengar suaranya di telefon membuatkan aku makin merinduinya...
terbayang-bayang pipi mongel dan bibir kecilnya yang selalu mengucupku...

hari ini, melihat dia berlari, mendengar dia bercerita, melayan aksi ultaramannya dan merasai gelak tawanya buat aku makin rindu...
ingin dipeluk-peluk sekuat hati..lama-lama...
aku cuba membayangkan bagaimana rupanya bila dia besar nanti...
apakah peribadi yang akan dibawanya?
siapakah dia nanti?

biar siapapun dia, bagaimana rupanya...
aku doakan yang terbaik buat dia...
semoga dia menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...insyaAllah....

Friday, April 16, 2010

Jadi?!

Bayangkan...
Sekeping kertas yang penuh dengan jawapan telah dihantar untuk semakan...
Berdasarkan pengiraan kite markah mungkin boleh lulus tapi rupanya meleset sebab skema jawapan dah berubah..
Oleh yang demikian,kite tak pasti apakah markah kite...
Sekarang kite sedang menunggu pengumuman...
Gambaran yang diberi seolah kite bakal gagal...
Keputusannya bakal menentukan hidup kite pulak tu!
Debar, getar, ketar, takut, sayu, sebak dan tak karuan...
Cubala bayangkan!

**lupe nk note-bayangkan juga tukang semak tu adalah kamu, jawapan itu adalah perasaanku... dan aku yang sedang menunggu keputusannya...

Monday, April 12, 2010

Saturday, April 10, 2010

Kembara Putrajaya 2010

aku sangat teruja nak menyertai Kembara 2010 ni.. sangat-sangat!
akhirnya tercapai juga hasrat aku hari ini...
kembara yang diiringi hujan yang kejap lebat kejap renyai2...
namun excitement kembara ni tetap membuatkan aku teruja...
tak tahu apa yang ahli pasukan aku rasakan...
aku harap mereka turut merasai keterujaan dan keseronokan yang aku rasa...

walaupun kami tidak memenangi satu pun hadiah yang begitu banyak ditawarkan...
namun, bak kata koala buncit "kite dah menang pengalaman"...

 

Friday, April 9, 2010

wow....

sebuah senyuman dah bisa buat aku terkial-kial...
apalagi bila mendengar suaranya...(dia tegur aku?!)
paling mendebarkan bila dia memandang dengan ekor matanya...
berada dekat dengannya cukup buat seluruh tubuhku bergegar...

Thursday, April 8, 2010

biru

masih terbayang warna itu di mataku...
bagai tak percaya...
satu pengalaman baru yang buat aku terkedu seketika...

biru???
hmmm...

Wednesday, April 7, 2010

kadang

my bad...
aku ni kadang rasa macam jahat sangat...
aku ni kadang pakai bantai jer apa yang aku rasa nak buat...
aku ni kadang memang agak melampau...

tapi aku memang akan buat apa saja yang aku rasa nak buat...
tapi bila ada perkara yang aku tak nak buat...
kadang aku buat jugak...
cane yek?
tak baek ker aku ni??

maaf....


tiada kata yang boleh diungkap...
but...
please remember this...
i'm here for you...
always...

Tuesday, April 6, 2010

telefon...

apa akan terjadi jika diri ini menyepi?
adakah kamu akan terasa ketiadaan aku?
bagaimana keadaanku pabila menutup ruang untuk kamu nanti?
mengapa ini yang aku terfikir untuk lakukan di kala aku sangat memerlukan kamu?

aku sedar betapa pentingnya kehadiran kamu di setiap hariku...
kamu tahu aku akan ada di sini menantikan kamu...
sedangkan aku,
tak pasti sama ada kamu akan sentiasa menantikan aku di situ...
kamu selalu bermain dengan perasaanku...
kerana kamu seolah yakin aku akan tetap bersama kamu...

aku harap kamu sedar....
aku bukan tembok batu yang kukuh,
tegap berdiri bersama waktu yang panjang...
walhal tembok itu juga bakal retak dilanda luluhawa...
dan akhirnya rebah menyembah bumi....
bersama penantian yang menyeksakan...
walaupun hanya menanti panggilan dari kamu....

Sunday, April 4, 2010

Mak

hidup ini bukan kosong je, along...
ader banyak nak kena difikirkan...

*pesan mak...

Friday, April 2, 2010

|...atau...|

pagi ini hatiku disentuh...

melihat mata bulat itu merenung seorang teman sebaya berpegangan tangan dengan ayahnya...
aku kenal renungan itu...
terasa sayu sangat...
lebih memedihkan bila dia memandang kepadaku dengan senyuman yang penuh pengertian...

malam semalam aku tersentak...


bibir mungil itu mengucapkan dia rindu dan sayang padaku...
kemudian dia menyatakan...
"Aqil sayang ibu...Aqil sayang ayah..."

petang semalam aku terkedu....


bila dia seakan terganggu dengan kehadiran Aqil...


petang ini aqil akan pergi bersama ayahnya...
walau cuma 2 hari...
dan seperti biasa...
berat hati ku nak melepaskan dia....



atau mungkin ia cuma perasaanku...yang tika ini sangat lemah....

....

hari ini agak membingungkan...
pasal apa ntahla...
jiwa yang kekacauan dan tak keruan...

Thursday, April 1, 2010

Ada ketikanya..

Ada ketika aku rasa terlalu letih,
Ada ketika keletihan ini membuatkan aku berasa muram,
Ada ketika kemuraman ini ku harap bisa pergi tika aku bersamanya,
Ada ketika bersamanya buat aku bersedih,
Ada ketika kesedihan buat aku sedar,
Ada ketika kesedaran itu membuat aku berfikir,
Ada ketika pemikiranku amat mengelirukan,
Dan inilah yang sedang aku alami..
Tika ini aku keliru..
Namun begitu aku tetap sayang kamu..

dengan harapan...

pagi yang indah...
dingin disimbah hujan semalaman...
hingga teterbitnya secalit pelangi menghias ruang udara...
namun...
betapa sengalnya aku pagi ni...
seawal 6.53 aku dah gerak gi kerja,
oleh kerana Aqil dicutikan hari ini, maka proses bersiap tu dah dipendekkan...
keluar awal pun disebabkan mahu mengisi minyak...
setiba di stesen minyak, aku bergegas ke kaunter bayaran yang terletak di dalam...
aku terperasankan kekonfiusan di muka ane bangla yang melayan aku di kaunter...
lalu terdetik kat hatiku...
'comot ker aku ni? ader yang tak kene ker?'
tapi aku terus jer keluar, kunun2 anggap jer tak de apa2...
bila saja aku kuak pintu nak keluar baru aku teringat...

muka aku masih lagi tercalit dengan krim muka penghapus jerawat yang berwarna putih....
aku sengaja membiarkan krim tu tanpa diratakan dengan objektif meminimakan penggunaannya di kawasan jerawat sahaja...dan kunun2 klau dibiarkan lama sket, cepatla sket proses penyahjerawat tu berlaku...dengan harapan...

huh...sengal!!!! 

apa lagi yang boleh aku katakan?
malu BESAR punyer!!!
lalu dengan tahap malu yang sungguh tinggi...
aku ratakan krim tersebut hingga hilang kesannya...
tapi kesan berwarna merah pulak yang timbul...
dan hatiku pun berkata lagi....
'baru padan ngan baju ni...'

jadi, pengajaran ayatnya...
selalulah berhati2 di jalan raya....