Hari minggu kali ini aku habiskan sepenuhnya dengan Aqil dan Qaisara...
Sebab Opahnya rindu sangat nak jumpa Qaisara dan nak sangat Qaisara ada depan mata walaupun hanya 2 hari...
Tak tahu macam mana nak gambarkan dengan ringkas apa yang aku rasa sepanjang 2 hari ini...
Terfikir dalam kepala hotak ni, terukla aku kalau betul-betul ader dua orang anak...
Aku dah sungguh terbiasa dengan peel Aqil, buah hati pengarang jantung yang sangat-sangat aku sayang...
Bila berdepan dengan Qaisara yang totally lain perangainya baru aku sedar budak-budak pun sama macam orang dewasa yang sememangnya tak sama...aku tahu dah tu...
Paling tak boleh tahan ialah rasa syukur gax jadi cam gini...
Hanya aku dan Aqil...
Aku takkan ader anak lagi dan yang pasti aku cuma perlu melayan dan fokus pada Aqil je...
Kene ke?
Hmmm...yang lain-lain tu fikir esok, lusa, tulat, tunggeng, menunggeng, meninggung dan entah hapa gung geng lagi...
Aku pasti kalau aku ada anak lagi, kompom masa aku akan banyak kat atas tilam pasal pengsan sebab stress ngan kerenah anak2 bercampur ngan lelaki yang bergelar suami merangkap tuan pengarah dan ketua keluarga tu...entah camner rupenyer pon aku tak tahulah...serik arrr...adoiyaiiiii....
Di sebalik semua kekalutan yang buat seumpama aku terundur 2-3 tahun terkebelakang, sebab kena berjaga malam bagi susu (Aqil senang sket sebab minum susu tak gune botol), kene basuh najiz yang kering melekat kat buntut dan kene pakaikan pempes...adoiyaiiii...
Belum lagi perasaan yang terbelah sebab nak membahagi perhatian antara dua insan naif yang meminta-minta perhatian dan jawapan...wow!!!
Tak dapat aku bayangkan macam mana seorang ibu nak menjaga 4 orang anak yang masih kecil... yang punya personaliti sendiri... yang masing-masing perlu perhatian... yang masing-masing punya keinginan... leeetttiiiihhhhhhhhh.....!!!!!
Patutla mak aku macam tu dulu...ngeh ngeh ngeh....
Aku tabiklah pada kawan-kawan yang kini sedang berdepan dengan 2-3 orang anak kecil... aku tak tahulah macam mana kehidupan korang tapi, aku memang tak mahu membayangkannya... cukuplah 2 hari yang aku lalui ini...huhuhuhu... jangan ditawar lagi ikatan janji yang bakal buat aku mengelembung dan mengelembung dan mengelembung lagi....maka aku akan berterusan bergelumang dengan keadaan 2 hari ini selama-lamanya...hukhukhuk...nanti-nantilah....adoiyaiiii...apalagi bila mengenangkan mak aku yang kini telah pun membesarkan 4 orang anak yang sememangnya banyak ragam...fuhh...kalau cerita ni, sampai raya pon tak habes ko tahu! hish...buat apa buka aib sendiri...hahaha...pesal lax nk gelak nih??? sengal!
mungkin ke sebab aku seorang je?
mungkin tidak, pasal banyak dah aku dengar cerita kawan-kawan yang masih berdua tapi buat keje sorang-sorang...tamo!!!!
nantilah dulu...
Pun begitu, 2 hari ini ada banyak penyiratan yang buat aku tahu apa yang aku tak tahu...
Tak sangka Aqil yang kini berusia 4 tahun pandai menjaga adik... dia banyak beralah namun sekali sekala dia merengek juga minta diberi keutamaan... pujukan ku kadang tak berhasil tapi dia mudah dibawa berkompromi... Aqil menghabiskan masanya bersama Qaisara dan tiap kali diminta berbuat sesuatu untuk Qaisara, Aqil pasti tunaikan tanpa sebarang keluhan... symp...
Qaisara pula walaupun masih kecil, dia agak bijak... Point percakapannya mengalahkan orang tua... Memang matang...dalam loghat bota tu yang tak tahan tu..."apa yang penting? berok kabo!!" har har har... sangaaaaaatttt chumelll!!!
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...
Tiada apa yang aku inginkan lagi...
Cuma...
Cuma aku berharap kebahagiaan yang aku ada sekarang ini berkekalan...amin...doakan yer...
Kene ke?
No comments:
Post a Comment