..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, August 31, 2011

kisah hati

Hatiku hatimu Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana




Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya 



--aliyah--

Eksperimen Raya 1432H


Syawal 1432H...
Sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya...
Kali ini aku bereksperimen raya.
Banyak juga teori yang dijana dan analisa-analisa yang terhasil...
Namun masih ada juga perkara yang masih belum selesai...
Seperti biasa, penyelesaian sesuatu masalah bukan boleh diambil mudah dan terlaksana dalam masa yang singkat.
Aku berperisai dengan ketiadaan Aqil...
Alasan yang agak kukuh pada luaran...
Namun di sebalik kejadian ini, hanya aku yang tahu apa yang aku alami.
Pun begitu, masih terlalu awal untuk aku katakan ini adalah jawapan bagi persoalanku...
Kerana aku masih diselubungi emosi yang tak berapa nak stabil... yang memungkinkan aku berpatah balik ke jalan yang telah aku lalui dan tak mustahil aku akan berkeadaan dan berperasaan begini lagi nanti.
Cuma yang jelas, aku tidak hadap untuk bersedih bersendirian mendengar takbir dan marah dengan jalan hidup yang aku pilih ini. Apatah lagi untuk biar insan lain merasainya...jauh panggang dari api dan memang aku harap ia tidak terbakar!
Adakah aku dikatakan takut berdepan dengan risiko kehidupan bila memilih untuk berada dalam zon selesa yang aku ada sekarang dan menolak tawaran penghijrahan ke alam itu?
Kerana aku tahu di situ ada dia dan mereka...
Dan aku amat pasti perkongsian hidup ini bukanlah yang aku impikan dan aku idamkan. Walaupun bersama dia memungkinkan aku bahagia...
Sungguhpun dia menawarkan kebersamaan dalam apa jua situasi, namun... lumrah kehidupan, setiap insan ada kepentingan sendiri yang perlu dijaga... yang bakal menolak kepentingan aku jika dirasakan tidak penting baginya. Normal.
Oleh yang demiakian, selagi ada ruang selagi itu aku bereksperimen... memang ini adalah aku...
Aku tidak akan menerima sesuatu itu begitu sahaja...apa lagi jika ia melibatkan percaturan hidup dan matiku.
Padaku, eksperimen ini makin sampai ke penghujungnya... dan aku akan dapat jawapan yang aku cari...
Kerana teori yang aku jana amat berbeza dengan keputusan yang terhasil.
Maka, analisa yang dilaporkan sangat banyak unsur negatif yang tidak memungkinkan kebersamaan itu...
Lalu, aku ingin ‘berehat’... bertenang dan bersama diriku semula...
Adalah sangat tidak wajar jika aku menolak mentah-mentah ramuan tanpa cuba mengadunkannya...kerana aku suka aromanya...teruja mengadunnya..menikmati keindahannya...dan aku sangat mengharapkan adunan yang paling lazat dengan ramuan yang menyelerakan, namun jika teknik dan praktiknya tidak sesuai...maka akan terbazirlah semua itu dan ke lautlah aku campakkan semuanya nanti...
Aku ingin hidup...
Namun perasaan ini acap kali dicalar dan diguris.
Aku terima...kerana aku sedar dengan kehadiran aku di ruang ini telah banyak mencalarkan dan mengguris dia dan mereka. Namun apa dayaku? Aku bagai kumbang yang tertarik menghurungi lampu...dan bila ia terpadam, lalu jatuhlah aku dan penyek dipijak-pijak.
Aku perlu ‘berehat’...
Ini hidup aku...aku bertanggungjawab untuk jadikan ia lebih baik dari apa yang aku ada sekarang...
Sebelum tanggungjawab itu diberi kepada lampu yang akan terpadam bila tiba masanya.

cukuplah dengan apa yang telah aku lalui ini...
pada setiap persinggahan yang aku lewati, aku tinggalkan dengan kenangan...
dan sangat pasti, aku tidak akan kembali...
hiduplah kamu dengan caramu...dan aku dengan caraku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, August 2, 2011

Patriotik dan Ramadhan

Aku sayangkan Malaysia!
Tetiba terasa patriotik plak semasa nyanyi lagu Negaraku pagi ini semasa perhimpunan bersama YB Menteri.
Hmmm…
Mungkin sebab aku adalah kumpulan sokongan je dalam perkhidmatan awam ni…

Dan mungkin juga sebab IQ serta EQ aku tak berapa nak tinggi untuk membeza-bezakan manusia mengikut pangkat/ darjat serta kedudukan dan keturunan lalu berupaya menimbulkan rasa benci pada tanah kelahiran aku ni…hmmm…

Dan kepatriotikan aku ni juga telah didorong rasa bersyukur dilahirkan di Negara yang aman damai walaupun kiri kanan bersepah dengan jenayah dan korupsi…

Apa lagi yang nak aku harapkan dari sebuah Negara?

Cukuplah aku tidak ditindas macam rakyat di Gaza…

Aku masih boleh bekerja dengan kelulusan yang tak seberapa ini…untuk meraih rezeki yang agak halal…agakla…(bukan disebabkan aku ragu2 asal usul duit yang diberi…tapi keringat yang tak berapa nak mengalir untuk dibayar sebanyak itu…)

Ini adalah Ramadhan yang agak menerujakan…

Pertama kerana aku mahu Ramadhan kali ini mendekatkan aku pada Maha Pencipta…(harap sangat)

Kedua sebab aku nak ajar Aqil berpuasa…dan Aqil boleh dikatakan agak Berjaya untuk hari pertamanya…bangun sahur, bersahur, berpuasa di sekolah tetapi tewas dengan susu kotak dutch lady di tangan pada jam 5.30 petang…adoiyaiii…

Pun begitu aku dah cukup bangga dengan Aqil…dia berusaha…tapi apa sangat yang aku boleh harapkan pada kanak-kanak seusia 5 tahun untuk berpuasa lalu memahami pengertian berpuasa?

Ketiga… juadah berbuka adalah di bawah tanggungjawab aku…huhuhuhu…terujalah sangat! Menu pertama ialah tomyam seafood dan kangkung belacan. Hmmm…Alhamdulillah, boleh dimakan… huhuhu…memang memasak bukan bidang aku…dan aku langsung tiada keberahian untuk memasak, tolonglah!!!!!

Keempat…permintaan Muhammad Aqil Ahnaf- baju raya 2…hijau tua dan merah…hmmm… xsabar nak beli sebenarnya…tapi tunggulah dulu…

Kelima…bukanlah sebab yang best…tapi teruja jugak, sebab nak ia cepat berlalu! Ini adalah kerana 1 Syawal 1432 ini Aqil bukan bersama aku….padanlah muka aku…

Aku cuma harap yang terbaek je dari semua ini…insyaAllah.