..................

trying 2bsimsucb4

Friday, March 29, 2013

Baek...

Terpana sekejap bila dengar ayat mak...
"kalau pun jahat dan buruknya dia, kat mana baek dan eloknya kamu? semua yang ada di sekeliling kamu ni adalah dugaan...isteri dugaan buat suami,suami dugaan buat isteri,anak2 dugaan buat ibu bapa...klau kata anak kamu jahat, itu adalah tugas kamu nak baek kan dia... menegur tu bukan saja untuk kebaekkan orang yang ditegur tapi untuk diri sendiri jugak...diam saja bukan jalan penyelesaian..."
hmmmm...
bebelan mak bukan sekadar susunan ayat yang diucapkan berulang kali...tapi sebagai peringatan dari hati seseorang yang amat menyayangi kita dan jugak teguran dari Allah... Allah sentiasa ada dengan kita tiap kali kita perlukan...begitu juga mak... Allah bagi idea kat mak supaya tegur kita dan mengingatkan perkara2 yang baek supaya kita tak lupa bahawa sejahat2nya seseorang yang menyakiti hati kita, jahat jugak kita yang asek berkata buruk tentang dia...
hmmmm...
pesanan mak kali ini amat menyentuh hati... kata2 mak adalah doa... peringatan dari mak adalah ikhlas dan sebab itu ia masuk terus ke hati.
sentap dan kecewa juga dengan diri sendiri bila dengar apa yang mak katakan...
Terasa diri ni sangat teruk... yerla...yang nampak buruk orang dan jahat orang...buruk kita dan jahat kita ni kalau Allah buka dan bagi orang lain nampak dan canang, kompom nak angkat muka pon kita tak mampu...
malu!!!!
sangat sentap dan inilah hasilnya...huhuhu...
   "aku sangat percaya bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita tidak berlaku untuk disia-siakan...pasti ada sesuatu perkara untuk dirai atau diambil iktibar dari kejadian itu...
kehilangan kepunyaan kita mungkin sebagai kifarah dek kealpaan kita mengambil bahagian orang lain ataupun sebagai peringatan agar kita lebih berhati2 dan lebih menghargai...
biar apa pun yang berlaku, bersangka baek dengan Allah adalah langkah pertama yang perlu kita tanam dalam hati...
aku pohon teguran dan didikan yang tidak putus2...agar aku dapat perbaiki amalan dan perteguh keimanan...amin."

Thursday, March 21, 2013

Double standard

Satu video lawak dikongsikan di utiub... Kisahnya taklah berapa nak kelakar tapi cuma nak berkongsi...
Namun ditempelak tanpa peduli pun nak tengok apa yang ditunjuk...
Dipesan suruh berjenis sikit kalau nak tengok apa-apa...
Beberapa hari kemudian, dipanggil untuk tunjuk video lawak yang dikatakan kelakar...
Ironinya ia adalah video yang sama...
Rupanya ia dikongsikan oleh mereka yang bijak pandai, bersekolah tinggi, berpangkat besar dan bergaji lumayan...lalu boleh saja video yang dikatakan tak berjenis tu dikongsikan kepada orang lain dan bergelak bersama mereka...
Lalu terfikir, jika ia datang dari kita yang tak setaraf tahap pendidikannya adakah boleh terus sahaja dianggap bodoh?
Mungkin ada lebih keistimewaan pada mereka berbanding kita yang hanya layak dipanggil orang bawahan...lalu setiap apa yang diberi oleh mereka merupakan perkara terhebat di abad ini sedangkan orang bawahan tu dah buat berkali kali perkara yang sama tanpa dipedulikan pon...
Jika perbezaan begitu penting untuk menilai dan melabel seseorang, mungkin memang patut ada pepatah..
"enggang sama enggang...pipit sama pipit"