..................

trying 2bsimsucb4

Thursday, March 21, 2013

Double standard

Satu video lawak dikongsikan di utiub... Kisahnya taklah berapa nak kelakar tapi cuma nak berkongsi...
Namun ditempelak tanpa peduli pun nak tengok apa yang ditunjuk...
Dipesan suruh berjenis sikit kalau nak tengok apa-apa...
Beberapa hari kemudian, dipanggil untuk tunjuk video lawak yang dikatakan kelakar...
Ironinya ia adalah video yang sama...
Rupanya ia dikongsikan oleh mereka yang bijak pandai, bersekolah tinggi, berpangkat besar dan bergaji lumayan...lalu boleh saja video yang dikatakan tak berjenis tu dikongsikan kepada orang lain dan bergelak bersama mereka...
Lalu terfikir, jika ia datang dari kita yang tak setaraf tahap pendidikannya adakah boleh terus sahaja dianggap bodoh?
Mungkin ada lebih keistimewaan pada mereka berbanding kita yang hanya layak dipanggil orang bawahan...lalu setiap apa yang diberi oleh mereka merupakan perkara terhebat di abad ini sedangkan orang bawahan tu dah buat berkali kali perkara yang sama tanpa dipedulikan pon...
Jika perbezaan begitu penting untuk menilai dan melabel seseorang, mungkin memang patut ada pepatah..
"enggang sama enggang...pipit sama pipit"

No comments:

Post a Comment