..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, February 16, 2010

Teman...

Bertanya seorang teman pada aku…
Kenapa terjadinya perpisahan?
Jawab aku, kerana tiada jodoh…
Lalu dia bertanya lagi…
Kenapa perlu diakhiri dengan perpisahan?
Kemudian aku menjawab, wajarkah menunggu sebuah kematian untuk mengakhirinya?
Dia pinta hujah aku…
Lalu aku berikan buah fikiran aku…
Setahu aku, seorang isteri sanggup berbuat apa saja untuk seorang suami SEKIRANYA suami itu sedar dan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. What you give, you’ll get back… itu adalah yang sepatutnya. Kan?
Lalu aku didatangi pula seorang teman lain yang memberikan tips untuk menangani masalah dengan lelaki yang bergelar suami…
Jatuhkan egonya… seorang lelaki normal selalunya berfikir panjang dan corak pemikirannya adalah berlandaskan logik… jadi, katakan sesuatu yang bernas mengikut logik pemikiran orang normal…
Jika dia mahu berbuat sesuatu, berikan sebab yang logik kenapa dia boleh meneneruskan niatnya itu… kemudian berikan juga maklumat yang logik apa yang bakal berlaku jika niat itu dilaksanakan…
Contohnya:
Seorang suami ingin berkahwin lagi…
Apa yang boleh dilakukan ialah…
Bertenang… kemudian, bersetuju…
Dan susuli dengan hujah yang punya logik kukuh untuk dipersoalkan/ untuk dia fikirkan…
“abang, sebenarnya saya tak kisah jika abang nak kawen lagi… kawenlah… tapi carilah seseorang yang takkan menyusahkan abang… dan pastikan abang mampu berlaku adil… kalau ikutkan saya, saya tak kisah kalau abang nak lebihkan isteri muda…yerla, dia muda lagi… saya ni dah tua… dah tak larat nak layan abang sebagaimana yang abang nak… tapi pastikan abang berlaku adil kepada anak kita… ni baru sorang, nanti mesti akan jadi 2, 3, 4 dan seterusnya… kalau abang pasti abang mampu lakukannya, saya tak marah dan jauh sekali nak melarang. Buatlah apa yang abang rasa patut. Abang kan ketua keluarga…”
aku pernah kata begini… it works! Dan kemudian aku dengar sendiri dari mulut teman aku yang menyarankan dibuat begitu…(seorang lelaki)… bermakna betullah tindakan aku ni… pandai jugak aku ni sebenarnya yer… hehehe… tapi apa nak buat, sepandai2 tupai melompat jatuh jugak tersembam ke tanah… itu baru dikatakan tiada rezeki… yerla, lauk yang hampir masuk ke mulut pun boleh terjatuh… dan dimakan oleh orang lain… hmmm… ader kaitan ker?
Jadi, apa yang terjadi diambil sebagai iktibar… dah lama sebenarnya aku tak berfikir hal-hal berat camgini… tapi sejak aku berjumpa dengan teman aku itu, dia buat aku berfikir semula… dan buat aku berasa sesuatu…
Aku hanya perlu redha dan terima ketentuanNya sepenuh hati… kemudian, baru aku boleh melihat sekeliling aku dengan jelas dan sedar betapa banyak lagi yang menanti aku… bukan hanya sebuah kisah silam yang perlu disorok dan difikirkan berulang kali… let bygone be bygone… aku tak perlu takut untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku… tapi kali ini, aku akan lakukan dengan alasan yang lebih logik dan munasabah…
Jika ditakdirkan begitu, begitulah yang akan terjadi… selagi tidak diubah sendiri oleh yang empunya diri. Tapi sekiranya sesuatu perkara itu telah ditentukan oleh Ilahi, kun fayakun… ia akan berlaku seperti yang telah tertulis… yang boleh mengubah kesan dari ketentuan itu adalah rasa redha dan percaya tiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya…dan bersyukur dengan setiap ketentuanNya adalah cara paling afdal…
Aku yakin, seorang teman yang sangat aku rindui dan sayangi kini sedang bahagia dalam kehidupannya… dan dia merupakan yang terbaik buat keluarganya… aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya, mengingatinya sebagai seseorang yang aku kagumi dan sayangi… cukuplah setakat itu, kerana jika aku melangkah lebih dekat dengan hidupnya, dia pasti tersasar dan melakukan perkara yang tidak akan dilakukan oleh seorang yang bertanggungjawab, perihatin, penyayang, lucu, bijak, bertimbangrasa, berfikiran jauh, sentiasa berusaha memperbaiki diri, rajin ke surau jadi tok bilal, berkeinginan nak menunaikan haji 2012, pandai melukis, rajin layan anak2, pandai bagi nasihat, dan berterus terang… WALAUPUN, dia telah mengisi ruang kecil di hatinya dengan perkara yang tidak sepatutnya namun dia tetap yang terbaik pernah aku kenali. Aku pasti dia akan jadi lebih baik jika dia bertahan dengan kehidupannya sekarang dan bertindak menjadikan kehidupan sekarang lebih baik setiap hari, minggu, bulan dan tahun… kemudian, aku akan lebih mengkaguminya - dari jauh, di kedudukan yang selayaknya aku berdiri! BBASHA!!!
Banyak jiwa yang hadir dalam hidup aku telah menyambungkan neuron2 yang ada dalam otak aku… banyak kata-kata dan kejadian2 yang telah membuatkan aku berfikir… lebih dalam, lebih luas, lebih besar punya!
Terima kasih teman yang aku sayang sangat…
Terima kasih teman yang sudi mendengar kisah aku dan berkongsi perasaan…
Terima kasih teman yang menganggap aku istimewa…
Terima kasih teman yang membuat hati aku terguris…
Terima kasih teman yang mempermainkan perasaan aku…
Terima kasih teman yang mempergunakan aku untuk kepuasan diri sendiri…
Terima kasih teman yang sudi berteman dengan aku.
Siapa pun aku pada kalian semua, aku tetap mendoakan yang terbaik buat kalian. Siapa pun kalian di hati aku, kalian adalah yang terbaik dalam setiap situasi kalian muncul dalam hidup aku…
Yang terbaik…still, yang terbaik…

Sunday, February 14, 2010

Hari ini..

Perkara yang sudah jelas bahagian hitamnya tak mungkin bisa putih.. Sungguhpun begitu kenapa aku jejakkan kaki ke jajahan takluk itu?

Friday, February 12, 2010

setiap...

setiap sesuatu yang berlaku di hadapan kite kekadang punyer kisah di sebaliknya...
siapa kite nak mentafsir semua yang zahir sedangkan batin yang merasakan bukan milik kite?

tiap satu jiwa yang hadir dalam hidup kite pasti membawa cerita mereka sendiri...
kenapa kite selalu nak mentafsir helaian cerita yang tak berada dalam ruang lingkup capaian kite?

Sebelum Cahaya

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi CINTA
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati CINTA

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu CINTA

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku CINTA
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu CINTA


--Letto--

Sunday, February 7, 2010

Di ruang ini..

Berada di ruang ini membuatkan aku diselubungi pelbagai perasaan..
Terasa diperlukan,terasa dikasihi,terasa disayangi,terasa diingati.
Aku pernah berada dalam keadaan ini..
Tapi amat berbeza sekali..
Aku keliru tapi gembira..
Aku hairan tapi selesa..
Aku mungkin dah makin gile..
Sengal!

Saturday, February 6, 2010

Eskavator..

Seolah ada batu batu besar di bahuku..
Berat sungguh!
Ramai yang melewatiku,
Mereka bersimpati,
Mereka tersenyum sambil meringankan bebanku,
Mereka memerhati dengan kehairanan bagai ada 1008 persoalan ingin ditanya,
Ada ramai mereka dengan pelbagai reaksi.
Aku tak mahu apa-apa lagi..
Pintaku Tuhan,
Hadiahi aku sebuah eskavator..
Untuk membantuku mengangkat semua batu yang bakal diletakkan di bahuku..
Untuk membantuku mengaut dan mengalihkan aral yang melintang di sepanjang perjalananku,
Untuk membantuku melenyek onak duri yang sering menyucuk dan membuatkan aku menangis kesakitan,
Untuk membuatkan aku kebal dilewati angin ribut yang hadir bersama hujan batu..
Aku mahu eskavator!
Aku pasti nampak hebat dengannya..

Wednesday, February 3, 2010

ia kembali...

..kini, ia telah kembali n bahagian ini pasti akan luka lagi..