..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, June 22, 2013

Perubahan

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2012 - 2013 ni...
Kebanyakannya adalah perkara yang tak terjangkakan dan perkara yang sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...
Hingga kini ia masih berlanjutan dan aku masih tercari cari upaya untuk aku kekal berdiri mengharungi hidup yang entah kan lama entah kan kejap ini...
Kekadang tu aku rasa penaaaaat sangat... Dan yang aku mahu cuma ruang untuk aku bertenang dan berfikir dengan lebih rasional atas permasalahan yang ditimbulkan...
Aku sangat tak harap ada lagi perkara lain muncul!
Aku penat dan lesu...
Aqil...
Zaman persekolahan baru saja bermula, di sebalik kepenatan... Kegembiraan dan keseronokan berada di alam sekolah kian bertambah...
Aku tak harap Aqil menjadi best student, yang aku mahu ialah bila Aqil bersekolah, dia berupaya mengenal perkara perkara asas untuk menjadi seorang pelajar yg tahu kemampuan dan minat dalam pelajaran, hamba yg taat dan bertakwa, anak yang soleh dan manusia yang berguna...
Asfa...
Makin hari makin bijak dan lincah...
Comey dan besar...
Dah pandai main, guling2 dan buat macam2 bunyi...
Semoga Asfa membesar dengan sihat, kuat dan bijak.
Insya Allah, semoga aku, kamu, Aqil, Asfa dan seluruh ahli keluarga dilindungi Allah dari kejahatan dan kelemahan mereka yang berada di sekeliling kami... Amin.
Nyatanya, memang banyak yang lain dan berubah. Diri sendiri... Baik dari fizikal, cara hidup, persekitaran dan kerja...
Apa yang boleh aku harap dari semua ini ialah agar di mana berdirinya aku kini, jika tak mampu menyenangkan janganlah aku menyusahkan.

Tuesday, June 18, 2013

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

pertama kali dengar lagu ni sepenuhnya...teringat kat kamu... ;)

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh..
Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh..
benarkah rasa itu.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita cari peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata kerja Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau renung tajam-tajam mata aku Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo… Ini cinta remajaku Dan pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo… Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita beri peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo Itulah cinta yang satu Cinta di muka buku

Tuesday, June 11, 2013

Trauma

"Trauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka. Kata tersebut digunakan untuk menggambarkan situasi akibat peristiwa yang dialami seseorang. Para Psikolog menyatakan trauma dalam istilah psikologi berarti suatu benturan atau suatu kejadian yang dialami seseorang dan meninggalkan bekas. Biasanya bersifat negative, dalam istilah psikologi disebut post-traumatic syndrome disorder."-
sumber dari: http://www.kumpulanistilah.com/2012/09/pengertian-trauma.html



contoh alkisah:

biasanya hari paneh menyolang-nyolang kata oghang peghak... langit cerah kebiruan, matahari bersinar sinar megah dan tiada setompok awan pun kelihatan. Cik Nah (bukan nama sebenar) pun basuhlah baju yang bertimbun-timbun... baju yang kotor, yang separa kotor, yang tak kotor pun dibasuhnya jugak. dengan harapan panas berpanjangan hingga ke petang. 
alnakjadikisahnya, selepas menyidai semua baju-baju yang telah dibasuh dan direndam dengan pelembut Downy...tetiba awan hitam datang bergulung-gulung, langit cerah jadi kelam, siap kilat dan petir sabung-menyabung dan turunlah hujan selebat-lebatnya. bukan setakat hujan membuatkan baju-bajunya basah lencun, rumah pun ditenggelami air... Cik Nah pun apalagi, sudah terduduk cuma tak dapat nak tertiarap je sebab udah banjir...
apabila hujan reda, air pun dah surut dan langit kembali cerah... Cik Nah serik nak basuh baju banyak-banyak... sebab takut nanti hujan lagi dan bukan setakat rumah dinaiki air kemungkinan banjir menenggelamkan rumah dan semua yang ada. kadang tu bila nak basuh baju pun Cik Nah fikir 4-5 kali... 
begitulah perihal trauma  

mungkinkah aku pun sedang dalam keadaan itu?