sumber dari: http://www.kumpulanistilah.com/2012/09/pengertian-trauma.html
contoh alkisah:
biasanya hari paneh menyolang-nyolang kata oghang peghak... langit cerah kebiruan, matahari bersinar sinar megah dan tiada setompok awan pun kelihatan. Cik Nah (bukan nama sebenar) pun basuhlah baju yang bertimbun-timbun... baju yang kotor, yang separa kotor, yang tak kotor pun dibasuhnya jugak. dengan harapan panas berpanjangan hingga ke petang.
alnakjadikisahnya, selepas menyidai semua baju-baju yang telah dibasuh dan direndam dengan pelembut Downy...tetiba awan hitam datang bergulung-gulung, langit cerah jadi kelam, siap kilat dan petir sabung-menyabung dan turunlah hujan selebat-lebatnya. bukan setakat hujan membuatkan baju-bajunya basah lencun, rumah pun ditenggelami air... Cik Nah pun apalagi, sudah terduduk cuma tak dapat nak tertiarap je sebab udah banjir...
apabila hujan reda, air pun dah surut dan langit kembali cerah... Cik Nah serik nak basuh baju banyak-banyak... sebab takut nanti hujan lagi dan bukan setakat rumah dinaiki air kemungkinan banjir menenggelamkan rumah dan semua yang ada. kadang tu bila nak basuh baju pun Cik Nah fikir 4-5 kali...
begitulah perihal trauma
mungkinkah aku pun sedang dalam keadaan itu?
No comments:
Post a Comment