..................

trying 2bsimsucb4

Thursday, September 11, 2014

Hari ini...

Aku masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Ada beberapa perkara baru yang perlu aku fikir dan masukkan ke dalam rutin harian. Pun begitu ada juga perkara yang aku dah tak payah nak buat dan fikir buat sementara waktu ini.
Pertama, sudah pastilah kehadiran Amni Nasyrah. Hari ini dia baru berusia 46 hari. Masih kecik, masih baru dan masih banyak yang perlu aku pektis semula selepas kelahiran Asfa Nadha yang kini sudah pun berumur genap 1 tahun 9 bulan hari ini. Keduanya menyusu badan dan aku dah rasa macam beranak kembar je. Aku sepenuh masa di rumah dan semestinya aku nak kena jaga dua orang anak kecil ni. Sungguhpun begitu, Asfa Nadha agak matang berbanding umurnya. Sebab dia dah faham semua yang orang cakap. Asfa Nadha pandai mengekspresikan kehendak diri dengan perkataan dan perbuatan. Walaupun mungkin patah perkataan masih belum betul sebutannya tapi bunyi dah jelas dan aku faham semuanya. Tapi bila tiba bab perbuatan, memang kadang aku jadi tak sabar. Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf adalah sangat berbeza. Asfa Nadha berani dan suka bermain sendiri. Agak berdikari dan memang agak keperempuanan. Asfa Nadha pandai main anak patung dan melayaninya macam Baby. Pandai makan sendiri dan tak mahu disuap. Semua nak buat sendiri. Suka menulis dan suka hati dia je nak tulis kat mana. Dinding, sofa, TV, cadar dan kaki sendiri adalah tempatnya. Alhamdulillah buat masa ini Asfa Nadha suka adiknya. Ada peluang je nak cium dan pandai nak main dengan adik. Harap2 makin besar makin rapatlah dua orang ni. Muhammad Aqil Ahnaf pun memang dah pandai main dan jaga adik. Dia memang terlebih matang dan boleh diharap. Cuma ada masa dia slow dan agak annoying... Hmmm... Apsal aku nak harap tinggi sangat kan? Dia budak lagi.. Aku akan ajar dan terapkan nilai-nilai yang baek agar kelemahan dia boleh diperbaiki. Bagi aku, Muhammad Aqil Ahnaf dah cukup hebat sebagai seorang anak. Insya Allah.
Aku baru daftar Muhammad Aqil Ahnaf ke pusat pengajian tahfiz dan KAFA di al Baghdadi. Aku amat berharap di sini dia akan belajar mengenal Allah, Rasul dan belajar agama. Nak harap aku mengajar dia semua tu... Hmmm... Jenuhlah... Aku cuma boleh mengambil peluang bercerita apa yang aku tahu saja. Banyak jugak yang aku tak tahu lagi. Jadi, aku pon sama2 belajar.
Aku bercuti bersalin bermula dari 27 Julai 2014 selama 90 hari. Kemudian akan sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Jadi, sudah pastilah rutin harian dah berbeza berbanding sebelum ini. Kena jaga dan uruskan Amni Nasyrah, Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf. Kena uruskan rumah dan suami. Pulak tu mama, abah dan, Ain masih tinggal bersama dengan aku. Mungkin sehingga hujung tahun ini. Tapi ada mereka atau tiada takkan banyak beza cuma tiada siapa yang akan bantu aku di rumah lagi. Kalau tidak, mama akan tolong aku masak, kemas rumah, jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Tanpa abah pula, siapa yang akan bantu aku buang sampah setiap hari? Tanpa Ain? Hmmm... Lega sikit kut... Sebab dah tiada rakan sebilik Muhammad Aqil Ahnaf yang pemalas dan hanya tahu buat hal sendiri je...
Pada hari biasa... 
Pagi kena selepas Muhammad Aqil Ahnaf ke sekolah, sedia sarapan, layan suami sebelum dia ke pejabat, kemas dapur, uruskan kain, mandikan Amni Nasyrah dan Asfa Nadha.
Tengahari, masak dan amik Muhammad Aqil Ahnaf di sekolah, sediakan dia sebelum hantar ke al Baghdadi di Presint 8. Mama akan tolong jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Masa tengahari ni bolehlah rehat2 sikit. Itupun kalau tiada baju yang perlu dilipat, rumah yang kena disapu dan anak yang perlu dilayan.
Petang, persediaan untuk makan malam, amik Muhammad Aqil Ahnaf, uruskan Asfa Nadha dan Amni Nasyrah.
Malam pula agak santai dan akan digunakan untuk cover keja rumah yang tak selesai di waktu siang tadi, bantu Muhammad Aqil Ahnaf buat kerja sekolah serta ulangkaji dan melayan suami.
Aku juga sedang melabur dan menjadi stokis utama RCC. Produk gula Stevia. Tujuan aku jadi stokis ni pun sebab nak tolong mak dan ayah. Aku tak buat bisnes pun, jadi stokis semata.  Siapa nak barang boleh beli dengan aku. Aku uruskan stok dan modal pusingan... Setakat ni untung masih belum dirasa.  Tapi kira hebat jugak bisnes ni sebab belum pun sampai sebulan, aku dah dapat 80% modal dan dah restock barang. Aku harap apa yang mak dan ayah buat ni berbaloi dengan usaha mereka dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan sentiasa merahmati mereka.
Semoga aku makin sihat, tabah dan kuat untuk teruskan hidup ini. Semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga perubahan pada diri Kamu berhasil dan berterusan hingga ke akhirnya. Semoga Muhammad Aqil Ahnaf, Asfa Nadha dan Amni Nasyrah menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Hingga tiba di ketika yang lain untuk kisah yang baru walaupun akan dalam rutin yang sama.

Monday, August 25, 2014

Beza

Terdapat banyak perbezaan antara Manusia... Banyak juga perbezaan antara lelaki dan perempuan...
Begitu juga berbeza suami dan isteri...

Seorang isteri akan sanggup je menunggu suami balik walaupun lewat malam, walaupun mata dah merah menahan ngantuk, walaupun badan dah seharian keletihan...
Namun suami, tatkala sampai saja di rumah...
Paling dah cukup baek pon dia akan bertanya kenapa tak tidur lagi? Selalunya, suami akan terus saja masuk bilik buat hal dia sebelum masuk tidur. Tak kisah pun isteri tu akan tidur bersama atau tidak...

Seorang isteri yang dapat tahu suami sakit akan segera mencari ubat dan cuba menyenangkan suami... Walaupun hanya sakit mata.
Suami pula, sekadar bertanya... "Dah makan ubat? Pergilah berehat." dan mungkin menjauhkan diri atas alasan takut berjangkit. Tanpa peduli perasaan isteri yang perlukan seseorang lebih di kala kesakitan...

Seorang isteri akan menzahirkan kerinduan apabila berpisah atau berjauhan untuk beberapa ketika...
Tapi suami, mungkin anggap berjauhan adalah masa untuk menenangkan diri dan fikiran. Walhal, masa yang dia ambil untuk berjauhan itu seolah-olah pengabaian terhadap tanggungjawab menjaga keluarga...

Suami...
Klau masih hanya diri sendiri, kerja sendiri, masa lapang sendiri yang dikisahkan... Rumah, anak, dan keluarga diserahkan kepada isteri untuk fikir... Hmmm... Itu adalah kelemahan yang paling buruk dan kedayusan yang paling nyata!

Monday, August 18, 2014

Entah kenapa?

Entah kenapa apabila hampir tiba masa untuk bertemu, hati jadi gundah?
Entah kenapa apabila tiba yang ditunggu, hanya resah yang menjengah?
Entah kenapa apabila berada bersama, muncul rasa gelisah?
Entah kenapa perasaan indah yang dibayangkan seakan hilang ditiup kekecewaan?
Kenapa perlu rasa begini?
Ke mana pergi semua perasaan itu?
Apa yang telah terjadi?
Lalu, mengapakah apakah ini?

Yang nyata adalah rasa asing...
Seolah-olah bukan ini yang aku tunggu...
Tapi apa yang aku mahu?
Aku buntu.

Thursday, August 14, 2014

Mimpi...

Apa yang ada pada sebuah mimpi?
Benarkah ia cuma mainan tidur?
Atau petanda sebuah kejadian?
Atau sekadar igauan perasaan?

Apakah maknanya jika asyiknya mimpikan kamu?
Tatkala mata ditutup, kamu hadir dalam mimpi ini...
Wajah kamu, senyuman kamu, gaya kamu...
Dan bila mata dibuka, bayangan kamu jua yang menjadi peneman...

Masih bermimpi kah aku?
Namun, aku tak mahu berada di dalam mimpi yang baru sebentar tadi...
Kerana ia bukan mimpi yang mengasyikkan...
Ia membuatkan wajah ku basah dek tangisan dan hingga kini pon aku masih dilanda kesedihan... Berharap agar mimpi itu tinggal sekadar mimpi... Biarlah ia kekal di alam sana dan tidak kembali semula dalam bentuk apa rupa!

Wednesday, August 13, 2014

Rindu

Sesungguhnya rasa rindu ini amat dalam...
Amat terkesan...
Dan amat dirasai!

Tiada rasa yang mampu mengatasi rindu ini, bahkan rasa kasih dan rasa sayang hanya membuat perit kerinduan kian bertambah!

Hanya aku kah yang merasainya?
Hanya aku kah yang gundah melayaninya?
Hanya aku kah yang bergenang, menangisi rindu ini?

Namun, tiada apa yang boleh aku janjikan...
Tiada apa yang mampu aku tawarkan demi menjauhi situasi ini...
Situasi dilanda kerinduan yang amat sangat!

Semoga aku tabah dan sentiasa dikuatkan semangat menghadapi semua ini...

Wednesday, July 30, 2014

Amni Nasyrah, 1 Syawal 1435H

Alhamdulillah...
Bertambah lagi seorang dan kali ini sememangnya adalah anugerah Syawal...

Sebaik sahaja azan Maghrib 29 Ramadan dilaungkan, rasa sakit itu kian kuat dan memang sangat tak dapat ditahan lagi... Lalu,  pada jam 7.53 malam, menangis lah dan menjerit lah keluar insan baru ini... Amni Nasyrah...

Ibu akan sentiasa mendoakan agar rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama mu, sayang... Semoga Amni Nasyrah menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat... Amin...

Mana lebih penting?

Antara kesihatan dan jaga perasaan, mana lebih penting?
Antara sebuah kelahiran dan jaga perhubungan, mana lagi penting?
Antara merayakan sebuah perayaan dan menjaga orang sakit, mana lagi penting?

Makanya, dua orang cerdik pandai yang berhasil belajar di universiti telah memilih untuk memuaskan hati sendiri serta menjaga perasaan dan perhubungan dengan merayakan sebuah perayaan adalah lebih penting dari memastikan kesihatan selepas dilahirkan dan yang sakit selepas melahirkan.

Memang sangat bijak bila itu adalah pilihan anda... Tak perlu rasa susah... Boleh bergembira dan bergerak ketawa... Seronok lagi berjalan dari terperuk mengadap insan2 lemah yang asyiknya la meminta bantuan...

Hebat!

Thursday, April 17, 2014

Masa AKU

Aku pon mahu ada masa untuk aku juga! Bila masa kamu sibuk dengan masa kamu tak perlu langsung kamu pedulikan aku... Bila aku sibuk untuk menghabiskan masa aku, kenapa kamu peduli?

Dasar apa entah yang kamu guna?

Thursday, April 10, 2014

Wednesday, April 9, 2014

Marah dan beza...

Beza antara marah seorang ibu dan marah seorang anak...
Memang sangat berbeza!!
Kenapa? Kerana naluri seorang ibu adalah sangat berbeza dengan naluri seorang anak... Baek yang lelaki atau perempuan...

Seorang ibu biar marah macam mana sekalipun akhirnya dia akan mengadap dan merindui anaknya setengah mati... Hingga menitiskan airmata yang tidak sedar bila masa ia mengalir...
Hinggakan jika si anak berbuat salah sekalipun, tatkala naluri keibuan tiba... Pasti orang lain juga yang akan dipersalahkan! Sengaja mengaitkan sipulan yang entah kan wujud entahkan tidak di alam maya ini...
Kemudian, menganggap kesalahan si anak adalah berpunca dari hasutan dan tingkah sipulan yang langsung tiada kaitan dalam ini cerita...
Akhirnya, si ibu menerima saja apa yang berlaku dan menyayangi anaknya malah bertambah lebih lagi.
Berbeza dengan marahnya si anak...
Muka dipalingkan, kaki dihentak, mulut mengomel ayat dan perkataan yang berbisa dan mampu menghitamkan sebaldi air...
Lalu diperdengarkan kepada kawan2, kepada teman2, kepada FB, kepada Twitter, dan kepada semua sikap ibu yang dianggap kolot, mengongkong, tak suka melihat bahagia anak, dan tidak pandai menjaga anak...
Jika ada yang menyokong, makin hebat lah cacian dan makian terhadap si ibu...
Kemudian, bila ada tempat berpaut maka ditinggalkan si ibu tanpa mahu bertemu lagi dan membuang terus kisah kasih sayang yang pernah si ibu curahkan...
Berbeza. Kan?
Si ibu tidak mahu melihat kesilapan dan kesalahan anaknya lalu asyik mencari salah orang lain.
Si anak mencari dan menyebar kelemahan ibu kepada orang lain.

Sedih, tetapi benar...
Selagi seorang ibu itu masih waras akal dan fikirannya, anak adalah kebahagiaan dan kebanggaan di dunia dan akhirat.
Seorang anak yang berakal waras belum tentu dapat melihat ibunya sebagai insan yang sangat baek terhadapnya.

Sunday, March 30, 2014

Cuti persekolahan kali ini...

Cuti persekolah selama seminggu telah berakhir hari ini, esok bakal bermula semula sesi persekolahn dan rutin biasa...
Petang ini aku membawa Aqil ke kedai gunting rambut. Kenapa baru petang ini nak pergi gunting rambut? Kerana Aqil pergi mengikuti ayah dia balik ke Melaka dan tinggal di sana sepanjang cuti persekolahan ini. Pada asalnya ayah dia memaklumkan akan mengambilnya pada hari ke-4 cuti sekolah, tapi tahu-tahu tiba mesej memaklumkan dia telah mengambil Aqil di sekolah pada hari Jumaat hari akhir sekolah???!!!!
Marah, bengang, geram dan sedih!!
Namun, aku tetap mendoakan agar apa yang berlaku ini adalah yang terbaek buat Aqil. Aku berharap agar Aqil gembira di sana. Setiap hari aku telefon Aqil, dua hari selepas itu baru aku berpelunag bercakap dengannya. Sebelum itu samada ayah dia memberi alasan Aqil tidur ataupun dia lansung tak jawab panggilan dan mesej yang aku hantar. %^&*&^%##%^&*&*&!!!!
Ayah Aqil berjanji akan menghantarnya pulang pada hari Khamis (hari yang sepatutnya dia ambil Aqil on the first place)... Tahu-tahu, dia mesej katanya Aqil tak nak balik dan dia tak boleh nak paksa Aqil sebab Aqil dah besar...???*(&^%$#%%$&*(&%@@(*^!!!
Hari ini, hari ahad... Janjinya lagi akan sampai dalam jam 11.30 pagi... tapi akhirnya Aqil muncul di muka pintu pada jam 12 lebih...
Seperti biasa, Aqil dibekalkan dengan mainan berkotak-kotak (mainan lego murah jer pun)... tak pelah... kemudian, yang membuat aku sentap dan tak dapat menahan perasaan ialah bila topik Aqil akan bersekolah di Melaka semasa darjah 3 tahun depan...
 %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*&
Maka, aku luangkan sejam di dalam kereta dengan Aqil di tempat letak kereta sebelum naik ke rumah. Semua aku luahkan... Termasuklah kata-kata ayah dia yang tak mengaku dia dah berkahwin dan ada anak gara-gara sibuk menggatal dengan perempuan di tempat kerjanya semasa di Sabah dulu.
Aku cerita betapa susah payahnya aku mengandungkan dia sampai keluar darah... Kemudian melahirkannya, kena belah perut dan sakit berbulan-bulan... Aku cerita aku yang menjaganya dari kecil sampai besar... Ayahnya pula selalu tiada di rumah dan tak kisah lansung tentang kami. Aku yang hantar ke sekolah, jaga dia, didik dia, ajar dia macam-macam supaya dia jadi macam sekarang, beli macam-macam, simpankan duit untuk dia, beli mainan mahal, baju elok-elok... Dan aku katakan bahawa Aqil adalah budak pandai dan hebat... kerana pada umur 8 tahun Aqil dah pandai buat macam-macam...
Semua Aqil dah boleh buat sendiri, boleh basuh kasut sendiri, siap ke sekolah sendiri, kemas baju sendiri, kemas buku sekolah sendiri, pandai solat, pandai mengaji, pandai belajar dan macam-macam lagi... Kebanyakkan budak sebayanya pun tak reti buat semua tu dan masih mak bapak yang buatkan...
Aku katakan yang aku sayangkan dia. Aku jaga dia macam aku jaga Asfa Nadha, malah lebih lagi sebab dia seorang dan aku tidak bekerja.
Aqil kata aku ada Asfa dan bakal ada anak tidak lama lagi... Tapi aku betah katanya dengan berkata, Aqil juga anak ibu. Ibu sayangkan Aqil jugak walaupun ibu ada 10 orang anak lain. Mana boleh ibu bagi anak kepada orang lain suka-suka hati jer? Kalau macam tu baek ibu tak payah ada anak. Ada Asfa Nadha dan adik baru bolehlah buat jadi kawan Aqil.
Aku bertanya adakah dia sudah membenci aku? Dah tak suka melihat dan mendengar kata-kata aku? Dah nak sangat tinggal dengan ayahnya kat Melaka? Dia berdiam diri...
Entahlah... Mungkin dia nak berkata "Ya, Aqil dah benci ibu dan Aqil tak nak tinggal dengan ibu lagi!" tapi mungkin dia tak sampai hati nak cakap semua tu sebab Aqil memang sedari kecil pandai menjaga hati dan dia faham jika seseorang berasa sedih dengan sesuatu perkara...
Entahlah... Apa jerlah yang boleh aku harapkan dari semua ini?
Perlukah aku melepaskan Aqil dan membiarkan dia bersama ayahnya yang  %^&*&^%##%^&*&*& tu? Demi kebahagiaan Aqil? Akan bahagiakah dia? Aku? Perasaan aku akan hancur luluh!!!
Berkecai... Kerana anak yang selama ini seolah-olah aku bergantung untuk meneruskan hidup selepas kesakitan menjalani perkahwinan yang gagal hendak pergi meninggalkan aku dan pergi dengan lelaki yang menyusahkan hidup aku dulu. Aku jaga, aku didik dia agar dia menjadi seorang anak yang berguna dan boleh diharap suatu hari nanti... Agar tatkala aku sudah tiada lagi di dunia ini, dia tidaklah menyusahkan dan membebankan sangat mereka-mereka yang bakal memeliharanya nanti.
Apakan daya aku?
Aku tidak akan maafkan lelaki  %^&*&^%##%^&*&*& itu... dan aku harap sangat agar dia mati cepat!!!! (boleh ke kalau aku bunuh dia esok?)

Saturday, March 15, 2014

Iman, ilmu dan akal.

Selama 33 tahun hidup ni... Aku rasa macam setakat apa yang aku dah belajar, jalani dan lalui selama ini... Hanya iman, ilmu dan akal yang boleh membezakan seseorang...
Kalau setakat beriman tapi ilmu yang dia ingat dan amalkan hanya yang dia belajar setakat darjah 6 je, takkan meningkat pon keimanan dia...
Kalau setakat belajar habes degree, master atau PhD tapi tak beriman, tak guna jugak... Ilmu akan disalah guna dan hasil yang diperoleh mungkin cukup untuk dia bawa ke neraka je...
Kalau setakat berakal tapi xde ilmu dan tak beriman, maka jadinya hanya ikut pandai dia je la... Tak ke mana juga akhirnya...

Entahlah...
Kalau dah bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...
Hiduplah korang dengan cara korang, berkawanlah korang dengan kawan yang sama macam korang, bergaul lah korang dengan keturunan korang, berseronoklah korang dengan kaum kerabat korang... Bergembiralah!
Biar aku dengan hidup dan cara hidup aku... Kalau susah, sempit, tercekik, sedih dan sesak datanglah cari aku... Memang itu je fungsi aku di sisi korang kan?

Aku dah rasa yang aku bukan jenis yang sesuai untuk kamu... So not my type either!

Thursday, March 13, 2014

Diam

Bila dicerita tak perlu komen...
Bila diberitahu tak perlu bertanya...
Bila diminta tak perlu betah...
Cuma dengar, terima dan ikut saja.

Biarpun ada pendapat yang ingin diberi...
Biarpun ada ketidakpuasan hati yang ingin di nyata...
Biarpun ada kesedihan yang ingin diluah...
Akur... Tak perlu betah... Tak payah peduli...

Tak sangka diri ini telah terjebak semula ke zaman itu...
Zaman yang boleh bersuara hanya dia...
Yang boleh berkehendak cuma dia...
Yang boleh perasaan hanya dia...
Yang boleh bersedih hanya dia...
Yang boleh berfikir hanya dia...
Yang pandai hanya dia...
Yang boleh meluahkan hanya dia...

Fikiran, pendapat, luahan, perasaan dan kemahuan orang lain simpan sajalah untuk diri sendiri... Tak perlu luahkan, tak perlu nyatakan, tak perlu ceritakan dan tak perlu dibincangkan...
Semua itu hanya menyesakkan otak dan membebankan...

Lalu, apa beza Kamu dengan si Gila yang masih menjadi duri dalam daging yang terlekat dan cuma akan hilang tatkala nyawa bercerai dengan badan...?

Tak mengapalah... Jika itu yang perlu dilalui... Melangkah lah... Moga tidak tersungkur dan tersembam ke tanah hingga tak upaya untuk bangun semula. Moga moga tidaklah...
Tolonglah aku, ya Allah.

dari KAMU - Dua

ANTARA SENDU DAN TERTAWA...

April 22, 2009 at 8:47pm
khusus buat jiwa yang berbicara..

ketawa itu bicara hati yang gembira..
sendu pula merupakan penghayatan kepada duka nestapa..

hari ini..
ramai ketawa agar dapat menelangkup rasa hiba dan duka...
menjaga insan-insan yang ketawa... demi menghayati rasa gembira... semata-mata..

Namun,
jauh di lubuk kalbu insan ini.. putik-putik sugul... menghurung sepal remuk redam hampa..
bahana leluasa sang kudrat pembawa binasa.. pendukung kewibawaan yang berhalakan matlamat punca tiada asa..

Apa lagi yang mampu daku pinta...
Jika, Secebis nota di atasnya berarak warna tinta.. ku persembahkan dengan penuh wibawa..
namun alasan getik ku terima.. gejala kuasa yang bermuka-muka..
durjana pemutus bicara.. antara hiba dan tertawa.. terawang-awang aku tiada punca..

Salahkah aku ingin mencuba..
Untungkah nasib sabutku timbul di air muka..
atau terselamkah batuku diragut arus dan mampat berat di dasar sana...?
Cuma yang pasti.. sabutku hampir tenggelam.. bongkah batuku hanyut tanpa tujuan..

Hari ini,
Sendu ku selubungi dengan pecah pencil halus tawa..
menghiburkan khalayak kecil yang meminta..
bahkan diri tiada berkuasa... mengatur mengintai apa yang dirasa..

____

KAMU
Jalan Duta
22 April 2009

dari KAMU - Satu

UFUK CITA

June 25, 2009 at 11:03am
haluan
semakin meranjau
cabang dan lorong
semakin mencapah
seolah bersekutu
menjauhkan destinasi
ditujui
endorsement
endorsement

Pesona
sekadar untaian mimpi
kemelut
pasak realiti
prinsip
wujud semata
di ufuk hati

harapan
pernah mekar
dikelopak azam
kian terlerai
drentap nafsu
merosak segala cita
terkulai
menanti binasa..

____________________

KAMU
kkpa, jalan duta
19 Jun 2009

Keluarga (Amaran: Pembacaan hanya disyorkan kepada Family Type of Person SAHAJA!!!) - Part 2

Keluarga?

Bila pemusatan fikiran dan kepuasan hidup hanya pada diri sendiri-
apa aku nak buat hari ni? 
ke mana aku nak habiskan masa aku lepas kerja nanti?
siapa aku nak bersenda gurau dan mencari perhatian musim ini?
macam mana aku nak tingkatkan hidup aku ni?
Lalu jawapannya hanya berkisar dan berhasil untuk diri sendiri sahaja.

Tidak mengapalah jika KAMU hanyalah seorang tua sebatang kara hidup tanpa tanggungjawab dan kepentingan terhadap pasangan, anak-anak dan keluarga... tidak mengapalah jika begitu.

Tapi bila KAMU seorang isteri/suami, emak/ayah, anak, abang/ kakak dan adik kepada sekurang-kurangnya seseorang...KAMU punya tanggungjawab dan peranan dalam hidup mereka. KAMU tidak boleh hanya berada di tempat yang sama tapi hanya memikirkan diri KAMU, kepuasan KAMU, kegembiraan KAMU, hidup KAMU, masa KAMU, keseronokan KAMU, kesedihan KAMU dan masalah KAMU SAHAJA!!!

Namun begitu, ia cuma boleh dilakukan dan KAMU mungkin boleh dimaafkan jika tujuan asal KAMU bersama DIA hanyalah untuk kepuasan diri KAMU tanpa memikirkan DIA, arah hidup KAMU hanya untuk kejayaan diri KAMU sendiri SAHAJA, KAMU tak perlukan orang lain untuk KAMU hidup...cukuplah sekadar DIA dan MEREKA ada bila KAMU perlukan, KAMU tidak mahu berperanan sebagai insan yang diperlukan, KAMU hidup untuk diri sendiri sahaja...bila nak carilah, bila taknak buanglah, dan KAMU sememangnya TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN UNTUK MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG AKAN BERSAMA-SAMA KAMU HINGGA KE AKHIR HAYAT. Jika benar begitu, AKU harap KAMU ketemu dengan DIA yang selayaknya dilayan begitu dan tolonglah relakan semua tanggungan yang KAMU anggap cuma sebagai watak-watak kecil, sampingan dan gangguan dalam hidup KAMU pergi mencari sesorang yang boleh diharap untuk dunia dan akhirat mereka.



Wednesday, March 12, 2014

Keluarga (Amaran, Pembacaan hanya disyorkan kepada Family Type of Person SAHAJA!!!) - Part 1

Kenapa sesebuah perhubungan mahu diteruskan?
Kenapa sesebuah pertalian perlu dimeterai?
Kenapa sesebuah keluarga ingin dibina?
Kenapa?
Subjektif dan terpulang kepada individu, pasangan dan keluarga.
Apa yang difahami mengenai membina sebuah keluarga, kenapa pembentukan sesebuah keluarga perlunya begitu dan begini, bagaimana suasana kekeluargaan yang dimahukan...
Semuanya terpulang kepada nilai individu itu sendiri...
Jika nilai sebuah keluarga yang ingin dibina hanyalah sekadar memenuhi tuntutan akal, fizikal, adat, permintaan dan turutan peringkat hidup...maka hanya begitulah tampaknya keluarga itu.
Jika KAMU punya harapan dan masa depan yang ingin dikejar, dibina dan direalisasikan...maka lainlah mungkin jadinya...walaupun KITA hanya merancang tapi Allah yang tentukan, tapi ke akhirnya sebuah perjalanan jika tiada perancangan sebelum memulakannya?
Sememangnya jika menoleh ke belakang, KITA akan nampak siapa KITA dan bagaimana terjadinya KITA sekarang...
Tetapi...
Adakah KITA mahu meneruskan saja apa yang dijalani dulu dan membiarkan ia berulang?
Jika ada yang kurang bukankah patut KITA lebihkan?
Jika ada yang lebih sepatutnya KITA kurangkan?
Tidaklah pula hingga mahu dan berkeras untuk membalas dendam atas apa yang telah menimpa KITA dulu...cuma, untuk menjadikan hidup KITA dan MEREKA lebih baek dari sebelumnya...
Tidak perlukah semua itu?

Jika dulu KITA melihat kehidupan sebuah keluarga hanya pada nama, hanya pada zahir yang dipertontonkan dan hanya pada apa yang diceritakan...
Kini ia adalah perkara yang sedang dijalani dan menjadi TANGGUNGJAWAB kepada diri yang akan dituntut di akhirat kelak...bukankah begitu?
Tak menjadikan pentingkah sebuah keluarga itu dibentuk dan dirancang masa depannya?
Bukanlah perlu hingga membuat Gantt Chart, carta alir dan carta perbatuan untuk membina sebuah keluarga...rasanya...
Hanya jika mempunyai inisiatif untuk berfikir agar keluarga mengikut acuan dan arah yang betul serta terancang perjalanannya pun sudah memadai...
Bagaimana seorang ahli perniagaan merancang untuk perniagaannya berkembang maju...begitulah juga perlunya ia kepada perkembangan sebuah keluarga...
Bagaimana seorang pegawai tinggi merancang perihal tugasan hakiki, ad hoc, SKT, KPI dan kemajuan kerjayanya...begitulah juga penting perancangan sebegitu untuk keluarganya...
KENAPA hal yang hanya melibatkan diri sendiri diberi perhatian sedangkan keluarga yang terdiri dari jiwa-jiwa yang memerlukan dan dipertanggungjawabkan kepada KITA diabaikan dan dibiar sahaja mengikut arus?

Sangat mudah mencipta perhubungan...
Sangat mudah menjalin ikatan...
Sangat mudah membina kekeluargaan...hanya jika KITA punya rasa tanggungjawab terhadap pembinaannya!
Kamu ada?

Monday, February 17, 2014

keutamaan!!

aku dah pernah sentuh hal ni cuma tajuk je lain...
pasal keutamaan... pasal perancangan...pasal keluaraga, bisnes dan diri sendiri...
aku sangat pasti bahawa setiap perkara ada tempatnya...ada waktunya...ada pembahagiannya!
bila semua nak dibuat pada satu masa... bila pada setiap masa nak buat satu perkara, pasti keadaan jadi kacau dan kerja tak menjadi...pasti!
bayangkan, bila asek makan je setiap masa... pastu nak baca buku, nak masak, nak mandi, nak kemas rumah pada satu masa... berhasil ke?
dalam sehari setiap kite ni ada 24 jam... ke mana perginya masa 24 jam tu? ada masa untuk kerja, tido, makan dan rehat... ada juga masa untuk kawan, untuk keluarga dan untuk 'bekalan'...
kalau tak pandai dan tak mahu belajar membahagikan masa dan hanya main terjah, main suka hati aku lah nak buat apa dengan hidup aku, suka hatilah nak jadi apa pon dengan aku... buatlah! tapi bila bukan hanya ada AKU kerana ada KAMU, DIA, MEREKA dan KITA... pembahagian masa wajib dibuat!
sedari pagi bangun bergegas ke pejabat - hanya ada masa untuk AKU.
di pejabat seharian mengadap kerja, anak buah dan kawan2 - adalah masa untuk kerja, bos dan kawan-kawan.
balik ke rumah mengadap komputer dan membaca buku - hanya masa untuk AKU.
makan dan berehat untuk persediaan hari esok - hanya masa utuk AKU juga.
untuk kerja lebih masa yang dibuat selepas waktu kerja - adalah masa untuk AKU dan kawan-kawan kerja.
balik ke rumah, berehat dan tidur untuk bangun ssemula esok bagi rutin yang sama- adalah hanya AKU.
jika AKU hanya sebatang kara dan hidup seperti tua di kaki gunung, biarlah begitu...
tapi bila AKU adalah anak, isteri dan emak... pastinya semua itu hanya menghasilkan ketegangan dan berat sebelah!
entahlah...
keutamaan diberi bila berasa ia penting...
jika tiada kepentingan semua itu bukan apa-apa pon dalam hidup kite, maka tiadalah ruang untuk dibahagikan masa.


Wednesday, January 22, 2014

Baru...

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk diucapkan selamat datang tahun baru 2014....
Selamat Datang Tahun 2014...
dan...
Selamat Tinggal Tahun 2013!

Ada banyak perkara yang berlaku, berlalu dan bakal berlaku... well, hidup mesti diteruskan!

Tak banyak yang berubah...
Hanya...
Umur aku dah naik setangga lagi dan masa kian hampir ke penghujungnya...
Anak-anak kian besar dan bermacam ragamnya...
Keluarga kecil aku kian besar dan insyaAllah akan bertambah... lagi...(harap ini yang terakhir...muahahaha...)
Perasaan kian dalam dan kian sayang...
Mak, ayah dan saudara mara makin tua dan terasa agak berjauhan...
Cumanya...
Matlamat dan tujuan aku untuk terus hidup masih lagi sama...
Mahu lebih masa bersama insan-insan tersayang dan memberi yang terbaek yang boleh aku berikan setiap hari.
Aku tak punya keinginan lain...
Aku tak punya impian untuk menyumbang sesuatu buat komuniti, masyarakat, negara dan dunia...
Aku hanya mahu keluarga aku...
Aku hanya ingin berdampingan sentiasa dengan keluarga selagi waktu mengizinkan aku...
Kerana setiap hari, setiap kali mata terbuka lagi untuk kesekian harinya... aku semakin risau bakal berjauhan dengan mereka yang semalam duduk semeja makan bersama...
Aku harap, andai malam ini adalah yang terakhir aku bersama kamu, dia dan mereka...
Biarlah ia adalah malam yang bakal dirindui dan diingati dengan kemanisan...

Aku, di sebelah yang satu lagi masih lagi mengharapkan cahaya agar aku menjadi lebih baek...
Aku harap sangat untuk jadi lebih baek dan lebih baek...
Entahlah...
Ia bagai setipis kulit bawang...
Bagai seringan kapas dan berterbangan menghilang...
Bagai embun yang mengering tiap kali disinari mentari...
Adehlaaaa...
Macam ni????