Aku masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Ada beberapa perkara baru yang perlu aku fikir dan masukkan ke dalam rutin harian. Pun begitu ada juga perkara yang aku dah tak payah nak buat dan fikir buat sementara waktu ini.
Pertama, sudah pastilah kehadiran Amni Nasyrah. Hari ini dia baru berusia 46 hari. Masih kecik, masih baru dan masih banyak yang perlu aku pektis semula selepas kelahiran Asfa Nadha yang kini sudah pun berumur genap 1 tahun 9 bulan hari ini. Keduanya menyusu badan dan aku dah rasa macam beranak kembar je. Aku sepenuh masa di rumah dan semestinya aku nak kena jaga dua orang anak kecil ni. Sungguhpun begitu, Asfa Nadha agak matang berbanding umurnya. Sebab dia dah faham semua yang orang cakap. Asfa Nadha pandai mengekspresikan kehendak diri dengan perkataan dan perbuatan. Walaupun mungkin patah perkataan masih belum betul sebutannya tapi bunyi dah jelas dan aku faham semuanya. Tapi bila tiba bab perbuatan, memang kadang aku jadi tak sabar. Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf adalah sangat berbeza. Asfa Nadha berani dan suka bermain sendiri. Agak berdikari dan memang agak keperempuanan. Asfa Nadha pandai main anak patung dan melayaninya macam Baby. Pandai makan sendiri dan tak mahu disuap. Semua nak buat sendiri. Suka menulis dan suka hati dia je nak tulis kat mana. Dinding, sofa, TV, cadar dan kaki sendiri adalah tempatnya. Alhamdulillah buat masa ini Asfa Nadha suka adiknya. Ada peluang je nak cium dan pandai nak main dengan adik. Harap2 makin besar makin rapatlah dua orang ni. Muhammad Aqil Ahnaf pun memang dah pandai main dan jaga adik. Dia memang terlebih matang dan boleh diharap. Cuma ada masa dia slow dan agak annoying... Hmmm... Apsal aku nak harap tinggi sangat kan? Dia budak lagi.. Aku akan ajar dan terapkan nilai-nilai yang baek agar kelemahan dia boleh diperbaiki. Bagi aku, Muhammad Aqil Ahnaf dah cukup hebat sebagai seorang anak. Insya Allah.
Aku baru daftar Muhammad Aqil Ahnaf ke pusat pengajian tahfiz dan KAFA di al Baghdadi. Aku amat berharap di sini dia akan belajar mengenal Allah, Rasul dan belajar agama. Nak harap aku mengajar dia semua tu... Hmmm... Jenuhlah... Aku cuma boleh mengambil peluang bercerita apa yang aku tahu saja. Banyak jugak yang aku tak tahu lagi. Jadi, aku pon sama2 belajar.
Aku bercuti bersalin bermula dari 27 Julai 2014 selama 90 hari. Kemudian akan sambung cuti tanpa gaji selama setahun. Jadi, sudah pastilah rutin harian dah berbeza berbanding sebelum ini. Kena jaga dan uruskan Amni Nasyrah, Asfa Nadha dan Muhammad Aqil Ahnaf. Kena uruskan rumah dan suami. Pulak tu mama, abah dan, Ain masih tinggal bersama dengan aku. Mungkin sehingga hujung tahun ini. Tapi ada mereka atau tiada takkan banyak beza cuma tiada siapa yang akan bantu aku di rumah lagi. Kalau tidak, mama akan tolong aku masak, kemas rumah, jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Tanpa abah pula, siapa yang akan bantu aku buang sampah setiap hari? Tanpa Ain? Hmmm... Lega sikit kut... Sebab dah tiada rakan sebilik Muhammad Aqil Ahnaf yang pemalas dan hanya tahu buat hal sendiri je...
Pada hari biasa...
Pagi kena selepas Muhammad Aqil Ahnaf ke sekolah, sedia sarapan, layan suami sebelum dia ke pejabat, kemas dapur, uruskan kain, mandikan Amni Nasyrah dan Asfa Nadha.
Tengahari, masak dan amik Muhammad Aqil Ahnaf di sekolah, sediakan dia sebelum hantar ke al Baghdadi di Presint 8. Mama akan tolong jaga Amni Nasyrah dan Asfa Nadha. Masa tengahari ni bolehlah rehat2 sikit. Itupun kalau tiada baju yang perlu dilipat, rumah yang kena disapu dan anak yang perlu dilayan.
Petang, persediaan untuk makan malam, amik Muhammad Aqil Ahnaf, uruskan Asfa Nadha dan Amni Nasyrah.
Malam pula agak santai dan akan digunakan untuk cover keja rumah yang tak selesai di waktu siang tadi, bantu Muhammad Aqil Ahnaf buat kerja sekolah serta ulangkaji dan melayan suami.
Aku juga sedang melabur dan menjadi stokis utama RCC. Produk gula Stevia. Tujuan aku jadi stokis ni pun sebab nak tolong mak dan ayah. Aku tak buat bisnes pun, jadi stokis semata. Siapa nak barang boleh beli dengan aku. Aku uruskan stok dan modal pusingan... Setakat ni untung masih belum dirasa. Tapi kira hebat jugak bisnes ni sebab belum pun sampai sebulan, aku dah dapat 80% modal dan dah restock barang. Aku harap apa yang mak dan ayah buat ni berbaloi dengan usaha mereka dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dan sentiasa merahmati mereka.
Semoga aku makin sihat, tabah dan kuat untuk teruskan hidup ini. Semoga keluarga kami sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga perubahan pada diri Kamu berhasil dan berterusan hingga ke akhirnya. Semoga Muhammad Aqil Ahnaf, Asfa Nadha dan Amni Nasyrah menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Hingga tiba di ketika yang lain untuk kisah yang baru walaupun akan dalam rutin yang sama.
..................
trying 2bsimsucb4
Thursday, September 11, 2014
Hari ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment