..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, May 29, 2010

Selamat Ulangtahun, Sayang.

Hr ni genap Sayangku berumur 4 tahun..
Tapi dia tiada di sisi tika ini..
Betapa hari bes yang sangat tak best!
Apa akan berlaku 4 tahun dari sekarang?
Di mana dia nanti?
Bagaimanakah keadaan kami?
Aku yang kini dalam dilema,
Kian hari kian menyesakkan dada..
Bila memikirkan apa yang patut aku lakukan..
Sampai ke sudah aku tak tau apa yang patut aku buat dan..
Aku sendiri tak tau apa sebenarnya yang aku fikir..
Adoyaiii!


*bulan Mei 2010 bukanla bulan yang best..

Baru ku tahu..

Sekarang baru aku tahu..
Ada banyak perkara tak semudah melihat..
Betapa payah mencandat seekor sotong..
Betapa penat menarik tali sambil berharap umpan mengena..
Betapa memeningkan berada di atas bot nelayan di tengah laut dan dibadai arus yang memualkan..
Tapi ia sungguh hebat!
Tak sama membaca kisah dan berada sendiri di situ..
Berbaloi..
Pengalaman sekali seumur hidup..

Tuesday, May 25, 2010

ulangtahun...

apa yang kite rasa atau fikir bila tiba je ulangtahun?
mungkin ader yang fikir pasal adiah, pasal ucapan manis, pasal special treats, pasal kad yang best, pasal kek, pasal surprise party...

bagi aku...
ulangtahun adalah peristiwa yang harus diingati...
ulangtahun kelahiran untuk mengingati kelahiran...
ulangtahun kematian untuk mengingati kematian...
ulangtahun perkahwinan untuk mengingati perkahwinan...
ulangtahun perceraian untuk mengingatii perceraian...
ulangtahun persahabatan untuk mengingati persahabatan...

tiap satu peristiwa yang berlaku ada kesan dan sesuatu yang perlu diambil iktibar dan penghayatan...

contohnya,
bagi ulangtahun kelahiran....
iktibarnya ialah untuk melahirkan seorang bayi yang sihat, comey macam ibu dia, bijak, keletah dan baik perlu didikan dan bimbingan yang sewajarnya...
jika kini dia telah berumur 4 tahun, apa yang dia telah capai sehingga kini?
apa yang telah kite buat bagi membantu dia menjadi insan yang berguna dan cemerlang di dunia dan akhirat?
bukan sekadar satu sambutan kelahiran sahaja...

jadi...
tiap kali menghampiri detik ulangtahun...
aku pasti stress sebab asek nak fikir apa akan jadi setahun dari sekarang???

adoyaiiiiiiii

Monday, May 24, 2010

adoyaiiiiiiiiiiii

Entah kenapa aku leh terfikir pasal ni…

Mungkin sebab aku penat kot…

Aku jadi risau bila teringatkan kematian…

Apa akan jadi kalau insan-insan yang paling aku sayang pergi?

Siapa lagi yang boleh aku harapkan?

Siapa lagi yang boleh pejalkan semangatku tiap kali ia mencair macam mentega?

Siapa lagi yang berupaya buat aku tersenyum walaupun dalam keadaan terpaksa?

Siapa lagi yang boleh mengingatkan aku bahawa hidup ini sebenarnya bukan kosong?

Siapa lagi yang boleh aku pandang wajahnya untuk hilangkan kegalauan hati?

Siapa lagi yang boleh bagi loan RM100 tiap kali aku nak gi outstation?

Siapa lagi yang boleh bayarkan bil maxis ku bila kena barred?

Siapa lagi yang boleh duduk di sebelahku dan bercerita kisahnya…untuk aku jadikan pedoman bagi teruskan hidup yang kian hari kian berat…kian hari kian mencabar….kian hari kian menyesakkan dada…?

Adoyaiiiiiii…

Tapi…

Aku laaaagggiiii risau…

Kalau aku yang dijemput pergi…

Ke mana sajalah aku nanti?

Macam mana nanti sekalian insan-insan yang aku sayang?

Apa yang aku ada untuk dibekalkan bagi mereka meneruskan hidup?

Tapi paling mentakutkan ialah…

Apa yang aku bawa sebagai bekal berdepan denganNya?

Adoyaiiiii…

Lomah sondi den…

MEI

aku betul2 rasa bulan ni sangat tak best
dan setiap minggu buat aku rasa macam...
"aaarrrrgggghhhhhh, beratnya!!!!!"
namun di sebalik semua itu,
ader gax beberapa tarikh yang buat aku gembira...
aku masih tak pasti apa yang ader selepas semua ini?
yang nyata, aku masih cuba nak terima seadanya...

Friday, May 21, 2010

terasa

melihat ke langit terasa luasnya...
melihat ke bumi terasa damainya...
melihat ke mata terasa kasihnya...
melihat ke hati terasa sayangnya...

namun, kenyataannya kekadang ia seperti jauh...
jauh amat!
bagai tak tercapai...
bak ombak yang berlari ke pantai namun kembali semula ke laut....
aku pasti buihnya mustahil digenggam...
namun,
andai cuma bertakung di telapak itu sudah cukup membahagiakan...
sudah cukup membahagiakan!

Wednesday, May 5, 2010

semalam yang berlalu...

semalam yang berlalu...
ia dah berlalu...
perlukah ia berlalu begitu?
berlalunya ia bersama satu kenangan yang tak tahu haruskah aku lupakan?
keberlaluannya itu mencipta satu rasa...

dan kini aku menahan sakit gastrik...
kerana terlalu memikirkan laluan yang aku beri untuk ia berlaku dan berlalu...

hmm...

Saturday, May 1, 2010

Sunyi

010510
Aku di rumah.. Bosan, bingung dan sunyi..
Tapi aku tak bercadang nak buat apa-apa..
Badan terasa melekat dan tenggelam ke dalam tilam..
Walaupun tak sesedap rasa tilam di hotel,aku rasa ini pun dah memadai untuk aku hilangkan rasa yang entah apa-apa ini..
Kan bagus kalau ada kamu..