..................

trying 2bsimsucb4

Monday, May 24, 2010

adoyaiiiiiiiiiiii

Entah kenapa aku leh terfikir pasal ni…

Mungkin sebab aku penat kot…

Aku jadi risau bila teringatkan kematian…

Apa akan jadi kalau insan-insan yang paling aku sayang pergi?

Siapa lagi yang boleh aku harapkan?

Siapa lagi yang boleh pejalkan semangatku tiap kali ia mencair macam mentega?

Siapa lagi yang berupaya buat aku tersenyum walaupun dalam keadaan terpaksa?

Siapa lagi yang boleh mengingatkan aku bahawa hidup ini sebenarnya bukan kosong?

Siapa lagi yang boleh aku pandang wajahnya untuk hilangkan kegalauan hati?

Siapa lagi yang boleh bagi loan RM100 tiap kali aku nak gi outstation?

Siapa lagi yang boleh bayarkan bil maxis ku bila kena barred?

Siapa lagi yang boleh duduk di sebelahku dan bercerita kisahnya…untuk aku jadikan pedoman bagi teruskan hidup yang kian hari kian berat…kian hari kian mencabar….kian hari kian menyesakkan dada…?

Adoyaiiiiiii…

Tapi…

Aku laaaagggiiii risau…

Kalau aku yang dijemput pergi…

Ke mana sajalah aku nanti?

Macam mana nanti sekalian insan-insan yang aku sayang?

Apa yang aku ada untuk dibekalkan bagi mereka meneruskan hidup?

Tapi paling mentakutkan ialah…

Apa yang aku bawa sebagai bekal berdepan denganNya?

Adoyaiiiii…

Lomah sondi den…

3 comments: