..................

trying 2bsimsucb4

Sunday, December 11, 2011

sambung boley?

nak cite lagi...

Terkejut…
Memang agak menghairankan bila menerima sms dari seseorang yang tidak disangka-sangka…
Memang sangat tidak sangka!
Kagum…
Bila sms yang dikirim sangat ringkas, hingga aku sendiri pun terkial-kial nak memahamkannya…
Jenuh!
Pelik…
Kerana isu yang cuba diketengahkan sememangnya bukan perkara yang perlu si pengirim kisahkan sangat…
Keneke?
Sebenarnya dah lama jugak aku peram cerita ni…sebab tak berkesempatan untuk mengarang, tambahan pula idea tak berapa nak keluar kerana aku dok sebok ngan hal lain…seperti nk isi SKT gune HRMIS yang sewel…
Sesewel manusia yang pernah aku panggil kawan ni…
Pelik tetapi benar…
Apakah yang mendesak hati dan fikirannya untuk mengambil tindakan yang ku fikir sangat melampau dan tidak boleh diterima akal?
Ternyata ayat yang digunakan seakan berbaur sedih dan cuba meraih simpati, tetapi disulam juga dengan kekerasan…
Seperti contoh, “sampai hati kau buat aku macam ni. Takkanlah xde simpati lansung kat hati kau?”
Ayat seperti itu masih tidak menarik kejengkelan pada mulanya kerana aku fikir mungkin itu bahasa yang lahir dari perasaan seorang yang terluka….fine!
 Tetapi, apabila susulan hadir bersama keraguan…aku mula berfikir dan tanpa perlu aku undang, rasa meluat dan sakit hati muncul berkoyan-koyan lalu membuatkan setiap kebaikan yang pernah dijalin bertukar menjadi duri yang menikam…
Agak hebat jika seorang yang sudah agak berusia mengirimkan sms dengan panjang lebar...serta menggunakan ringkasan yang aku sendiri tak pernah guna dan tak berapa nak fhm pada mulanya…contohnya “smp = sampai ” ??????????
Samada si pengirim sememangnya hebat reply sms dengan kadar yang agak laju beserta ringkasan yang memang ringkas…atau…seseorang sedang berselindung di sebalik semua itu?
Jika benar… aku cuma harap apa yang bakal ada antara aku dan manusia itu hanya tugasan…
Jangan lagi berkait dengan apa saja yang pernah berlaku antara aku dan manusia itu…
Kerana tindakan menggunakan seseorang untuk kepentingan diri…adalah sangat menjengkelkan dan seriously irritating and sewel!!!
Aku maafkan apa yang telah kau lakukan pada aku dan aku minta maaf atas semua yang pernah aku buat kat kau. Terima kasih atas segalanya.



Friday, December 2, 2011

terlajak menjadi sewel!

klise...?
kekadang, bila tiba satu masa tersepit dan terhimpit oleh keadaan seseorang akan bertindak mengikut akal fikiran yang kadang tak berapa nak tajam dan bernas...
sewel?
kekadang jugak, tindakan yang diambil seolah-olah difikir bagai tiada jalan lain lagi nak teruskan hidup melainkan tindakan yang macam sewel tu jugak nak diambil...
bengap?
mungkin kekadang, menyatakan diri adalah yang paling rendah, paling bodoh, paling hina dan paling bangsat merupakan refleks kepada keangkuhan diri yang mahu disanjung dan dipuja...
naif?
ada jugak kekadang, niat sangat tidak menghalalkan cara kerana satu bulatan kebaikan tidak perlu dicemari dengan najis kebusukan hati...
jadi...
mahu apa lagi?
secara seriusnya, u've gone too far and too ridiculous to understand.
apa yang ada dalam kepala otak, bila boleh terfikir untuk menggunakan taktik lama yang jijik lagi menjijikkan?
sewel!!!


 

Wednesday, November 30, 2011

Cerita tentang seorang kawan...

Pernah satu masa dulu aku dan dia berkawan dan agak rapat.
Berkongsi cerita suka dan duka. Apa saja yang berlaku akan dikongsi bersama. Bagai tiada sempadan yang membezakan aku dan dia.
Tiba satu ketika, dia berkawan dengan seorang kawan yang merupakan kawan aku juga dan mereka menjadi rapat. Hingga semua cerita aku diceritakan juga kepada kawan dia yang baru itu. Namun, aku tidak menjadi rapat dengan mereka seperti mana dia dan kawan barunya itu. Maka beralihlah sudah dia kepada kawan barunya itu.
Berkongsi cerita suka dan duka. Apa saja yang berlaku akan dikongsi bersama. Bagai tiada sempadan yang membezakan dia dan kawan barunya.
Jika dulu langkah aku dan dia sama. Kemudian tiada lagi aku dan mereka melangkah berdua.
Terkilan?
Apakan tidak!
Jika bila saja ada perkara yang mereka gaduhkan, aku disoal macam pesalah. Sedangkan aku sememangnya tiada di antara mereka berdua. Dia kata sengaja buat begitu kononnya bak sebuah lakonan ( kepala hotak dia!). aku biarkan sahaja.
Tiada lagi kisah dia yang diceritakan kepada aku dan aku tidak lagi seperti kawan yang dia cari untuk bersama keluar makan, kawan yang dia cari untuk bercerita, dan kawan yang dia cari untuk bersuka-suka.
Lalu jadilah aku kawan yang selalu diherdik. Kawan yang selalu dimarah dan dilepaskan geram. Kawan yang terlihat akan perbezaan jawatan dan dianggap sekadar anak buah yang menurut perintah, yang akan dipandang dengan pandangan yang menyatakan ‘ko jangan nak tunjuk pandai yer ‘… dan ‘ ko jangan sebok boleh?’…
Sekarang…
Dia datang menyua muka dengan memek yang menagih simpati… bertanya kenpa dan mengapa… meminta dan mencari kesempatan untuk bersama-sama semula…namun begitu, entah kenapa aku terasa bagai tiada ketelusan dan ia cuma luaran semata…kerna terpamer di wajah satu garisan refleks dari rasa tidak puas hati.
Mahu juga aku bertanya ke mana pergi kawan baru yang menjadi teman bicara hingga sewenangnya aku ditolak ke tepi? Mahu saja aku menemplak dan melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini dek sikap dia yang telah banyak mengguris hati ini dengan menggunakan tiket kawan baek.
Tapi… aku diamkan saja…dengan harapan semua perasaan itu pergi… biarlah ia hilang bersama masa… kerana kau tak rasa perlu untuk aku dengar apa-apa dari dia… aku sudahpun melangkah dan aku tak harap dia kembali…di sini seperti dulu…kerana…
Kini yang ada dalam hati aku cuma…
PLEASE BACKOFF, YOU ARE TOO MUCH AND TOO ANNOYING TO LISTEN TO!!!

Monday, November 28, 2011

perhubungan dan label...

Apa yang ada pada sebuah ikatan?
Perhubungan yang dilabel mengikut jenis, hak dan hakikat.
Kawan, kenalan, saudara, adik, abang, kekasih, suami dan bermacam lagi.
Lalu setiap yang dilabel itu hadir dengan perasaan yang berbeza.
Kawan ada rasa berkawan...
Adik dengan rasa beradiknya...
Kekasih pula dengan rasa berkasihannya...
Nilai label perhubungan itu masing-masing yang tentukan dan masing-masing yang tetapkan.
Mana mulanya dan mana akhirnya bukan pula terletak pada kita...
Ia adalah ketentuan, bukan permintaan.
Jalinan persahabatan tercetus dek keakraban antara 2 atau 3 atau 4 atau ramai kawan.
Persefahaman bakal terbentuk dan kasih sayang akan berbunga.
Ikatan antara dua atau tiga atau empat atau lima hati menjalin sebuah perhubungan yang bermula dengan ikrar untuk sehidup semati.
Lalu membuahkan hasil yang berupaya meneguhkan ikatan hingga ke akhirnya.
Pertalian antara dua atau tiga atau empat atau lebih bersaudara tak mungkin terlerai selagi darah yang mengalir membawa baka yang sama.
Biar dicarik, biar dicincang... akan sentiasa ia begitu, hingga kematian menjadi pemisah.
Di mana letaknya aku?
Dilabel sebagai kawan? Sebagai kekasih? Sebagai kakak?
Sebagaimanapun aku, aku adalah aku.
Mungkin tidak sebaek yang difikirkan dan moga tidak sejahat yang disangkakan.
Berkawanlah selagi aku tidak mengelak, berkasihlah selagi aku tidak menolak dan beradiklah selagi aku bernyawa...
Kerana tatkala tiba titik penghujung sebuah perhubungan, setakat itu sajalah upayaku dan aku tidak akan teruskan.
Bukan aku yang menentukan dan bukan jua aku yang menetapkan.



Thursday, November 10, 2011

Bubbly

I've been awake for a while now
You've got me feelin' like a child now
'Cause every time I see your bubbly face
I get the tinglees in a silly place


It starts in my toes
And I crinkle my nose
Wherever it goes I always know
That you make me smile
Please stay for a while now
Just take your time
Wherever you go


The rain is fallin' on my window pane
But we are hidin' in a safer place
Under the covers stayin' safe and warm
You give me feelings that I adore


They start in my toes
Make me crinkle my nose
Wherever it goes
I always know
That you make me smile
Please stay for a while now
Just take your time
Wherever you go


What am I gonna say
When you make me feel this way?
I just, mmm


It starts in my toes
Makes me crinkle my nose
Wherever it goes
I always know
That you make me smile
Please stay for a while now
Just take your time
Wherever you go


I?ve been asleep for a while now
You tucked me in just like a child now
'Cause every time you hold me in your arms
I'm comfortable enough to feel your warmth


It starts in my soul
And I lose all control
When you kiss my nose
The feelin' shows
'Cause you make me smile
Baby just take your time now
Holdin' me tight


Wherever, wherever, where ever you go
Wherever, wherever, where ever you go


- colbie caillat-

down...

... memang jelas, setiap perbuatan dan perkataan yang tidak sampai ke hati akan menerbitkan tafsiran yang salah...

dan aku...

yang melayang-layang menikmati keindahan tiba-tiba dilastik jatuh...

kini aku...

sedang cuba bangun dan berdiri semula...dengan berpaut pada harapan yang aku harap menjadi kenyataan.

Thursday, November 3, 2011

ada kala...

ada kala perasaan ini menjadi terlalu indah...
lalu tak semena-mena tubuh bagai melayang-layang dibuai keindahan...
namun, siapa bakal menyangka jika tiba detik selepas beberapa saat kenikmatan itu diragut?
lantas, terjelepok kembali ke bumi nyata...

pun begitu...
aku suka ayat ini...
jika kite tidak dapat membantu untuk menyenangkan...janganlah jadi orang yang menyusahkan.
tak semua perkara yang kite tawu atau sedang melaluinya perlu kite perkatakan...
dah tak semudah yang kite sangka sesuatu itu berlaku jika bukan kite yang melaluinya.
aku mungkin bukan seorang yang menyenangkan, tapi aku tak minta hadir di sini untuk menyusahkan!

pon...sharing is seriously not that caring!!

Tuesday, October 11, 2011

Bila emosi hati melebihi kewarasan akal...

Resipi : Mencencang Air.

Bahan:

Versi 1(Kejam): Pisau/ Parang/ Pedang Samurai/ Sabit/ Apa saja yang tajam.

Atau...

Versi 2 (Agak Kejam tapi memerlukan usaha yang lebih sikit): Kayu/ Pembaris/ Besi Paip/ Dahan pokok/ Apa saja jenis benda yang panjang, yang mudah di angkat dan diayun.

Cara:

1- Dapatkan salah satu bahan yang tersenarai, jika perlu...jika perlu...sediakan semua pun boleh juga...

2- Bersedia untuk mengayun berserta tenaga yang berkuasa tinggi.

3- Jika difikirkan perlu, senaraikan juga perkataan atau ayat-ayat kurang sopan. Kalau sempat, bolehlah diasapkan barang-barang yang terpilih itu sehari/ beberapa hari sebelum. Lagi lama lagi mujarab. Tetapi sekiranya tidak sempat, bolehlah diucapkan semasa hari kejadian itu nanti.

4- Halakan langkah mengikut sedap hati merasa menuju ke tempat yang telah diketahui adanya air untuk dicencang itu.

5- Apabila cukup jarak yang dirasakan wajar, bolehlah dengan daya yang sehabis kuat (untuk kesan yang cepat) ayunkan benda yang dipilih tadi terus ke bahagian yang dirasakan lemah dan sedap untuk benda itu hinggap. Kalau kena gayanya, bahagian yang dituju itu seeloknya terputus terus. Kemudian, bolehlah dituju ke bahagian lain yang dirasakan patut dan best. Tika itu, secara zahirnya tercencanglah air itu.........

Nota:

Jika resepi di atas dirasakan agak remeh, bolehlah cuba resepi berikut:

Bahan:

Handphone yang masih berbaki kredit dan bateri masih penuh; dan

Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan hati dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang.

Cara:

1- Handphone tersebut jangan didail nombor yang dirasakan mempunyai kaitan dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang.

2- Bila nombor yang berkait dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang menelefon/ menghantar sms kepada anda, jangan dijawab/ dibalas. Biarkan sahaja dan kalau suka bolehlah berkata-kata dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang dengan ayat seperti ini “padan muka kau! Kau ingat aku hadap sangat nak cakap ngan kau?! Ada aku peduli fasal kau?”.

3- Dan buatlah selalu kemudian biarkanlah ia berlalu selagi belum tiba saat-saat yang memerlukan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan hati dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang itu menyedari hakikat air dicencang itu takkan putus...walaupun ditutup paip. Dalam longkang/sungai/laut/dalam tanah pun akan bercantum juga...dan memang takkan putus!

Ko tak faham? Hahahaha...aku pon sebenarnya tak faham-dengan perangai ko!!!

Abstrak:

Kenapa kelemahan dari sesebuah perhubungan sahaja terlihat tatkala muncul konflik? Kenapa tidak dirasakan kehangatan kasih sayang yang tersemai sejak terciptanya hubungan itu?

Kenapa rasa hati sahaja yang diletakkan di depan segala rasional pemikiran semasa berdepan dengan serangan emosi?

Kenapa kata-kata yang dulu menjadi dodoian perasaan dibiarkan berlalu tanpa singgah dan dibiarkan masuk untuk menyejukkan amarah?

Kenapa?

Tidak bernilai kah apa yang telah dianyam bersama?

Saat2 yang telah dilalui bersama... bila senyuman menjadi garisan di bibir mu...bila air mata menjadi basahan di pipi mu... tiada nilai kah dia yang menjadi peneman di kala kau memerlukan? Yang bertanya dan memikirkan keadaan mu?

Di mana letak semua itu? Ke mana kau campakkan kurniaan itu?

Apa sebenarnya nilai yang ada dalam hatimu?

Wednesday, August 31, 2011

kisah hati

Hatiku hatimu Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana




Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya 



--aliyah--

Eksperimen Raya 1432H


Syawal 1432H...
Sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya...
Kali ini aku bereksperimen raya.
Banyak juga teori yang dijana dan analisa-analisa yang terhasil...
Namun masih ada juga perkara yang masih belum selesai...
Seperti biasa, penyelesaian sesuatu masalah bukan boleh diambil mudah dan terlaksana dalam masa yang singkat.
Aku berperisai dengan ketiadaan Aqil...
Alasan yang agak kukuh pada luaran...
Namun di sebalik kejadian ini, hanya aku yang tahu apa yang aku alami.
Pun begitu, masih terlalu awal untuk aku katakan ini adalah jawapan bagi persoalanku...
Kerana aku masih diselubungi emosi yang tak berapa nak stabil... yang memungkinkan aku berpatah balik ke jalan yang telah aku lalui dan tak mustahil aku akan berkeadaan dan berperasaan begini lagi nanti.
Cuma yang jelas, aku tidak hadap untuk bersedih bersendirian mendengar takbir dan marah dengan jalan hidup yang aku pilih ini. Apatah lagi untuk biar insan lain merasainya...jauh panggang dari api dan memang aku harap ia tidak terbakar!
Adakah aku dikatakan takut berdepan dengan risiko kehidupan bila memilih untuk berada dalam zon selesa yang aku ada sekarang dan menolak tawaran penghijrahan ke alam itu?
Kerana aku tahu di situ ada dia dan mereka...
Dan aku amat pasti perkongsian hidup ini bukanlah yang aku impikan dan aku idamkan. Walaupun bersama dia memungkinkan aku bahagia...
Sungguhpun dia menawarkan kebersamaan dalam apa jua situasi, namun... lumrah kehidupan, setiap insan ada kepentingan sendiri yang perlu dijaga... yang bakal menolak kepentingan aku jika dirasakan tidak penting baginya. Normal.
Oleh yang demiakian, selagi ada ruang selagi itu aku bereksperimen... memang ini adalah aku...
Aku tidak akan menerima sesuatu itu begitu sahaja...apa lagi jika ia melibatkan percaturan hidup dan matiku.
Padaku, eksperimen ini makin sampai ke penghujungnya... dan aku akan dapat jawapan yang aku cari...
Kerana teori yang aku jana amat berbeza dengan keputusan yang terhasil.
Maka, analisa yang dilaporkan sangat banyak unsur negatif yang tidak memungkinkan kebersamaan itu...
Lalu, aku ingin ‘berehat’... bertenang dan bersama diriku semula...
Adalah sangat tidak wajar jika aku menolak mentah-mentah ramuan tanpa cuba mengadunkannya...kerana aku suka aromanya...teruja mengadunnya..menikmati keindahannya...dan aku sangat mengharapkan adunan yang paling lazat dengan ramuan yang menyelerakan, namun jika teknik dan praktiknya tidak sesuai...maka akan terbazirlah semua itu dan ke lautlah aku campakkan semuanya nanti...
Aku ingin hidup...
Namun perasaan ini acap kali dicalar dan diguris.
Aku terima...kerana aku sedar dengan kehadiran aku di ruang ini telah banyak mencalarkan dan mengguris dia dan mereka. Namun apa dayaku? Aku bagai kumbang yang tertarik menghurungi lampu...dan bila ia terpadam, lalu jatuhlah aku dan penyek dipijak-pijak.
Aku perlu ‘berehat’...
Ini hidup aku...aku bertanggungjawab untuk jadikan ia lebih baik dari apa yang aku ada sekarang...
Sebelum tanggungjawab itu diberi kepada lampu yang akan terpadam bila tiba masanya.

cukuplah dengan apa yang telah aku lalui ini...
pada setiap persinggahan yang aku lewati, aku tinggalkan dengan kenangan...
dan sangat pasti, aku tidak akan kembali...
hiduplah kamu dengan caramu...dan aku dengan caraku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, August 2, 2011

Patriotik dan Ramadhan

Aku sayangkan Malaysia!
Tetiba terasa patriotik plak semasa nyanyi lagu Negaraku pagi ini semasa perhimpunan bersama YB Menteri.
Hmmm…
Mungkin sebab aku adalah kumpulan sokongan je dalam perkhidmatan awam ni…

Dan mungkin juga sebab IQ serta EQ aku tak berapa nak tinggi untuk membeza-bezakan manusia mengikut pangkat/ darjat serta kedudukan dan keturunan lalu berupaya menimbulkan rasa benci pada tanah kelahiran aku ni…hmmm…

Dan kepatriotikan aku ni juga telah didorong rasa bersyukur dilahirkan di Negara yang aman damai walaupun kiri kanan bersepah dengan jenayah dan korupsi…

Apa lagi yang nak aku harapkan dari sebuah Negara?

Cukuplah aku tidak ditindas macam rakyat di Gaza…

Aku masih boleh bekerja dengan kelulusan yang tak seberapa ini…untuk meraih rezeki yang agak halal…agakla…(bukan disebabkan aku ragu2 asal usul duit yang diberi…tapi keringat yang tak berapa nak mengalir untuk dibayar sebanyak itu…)

Ini adalah Ramadhan yang agak menerujakan…

Pertama kerana aku mahu Ramadhan kali ini mendekatkan aku pada Maha Pencipta…(harap sangat)

Kedua sebab aku nak ajar Aqil berpuasa…dan Aqil boleh dikatakan agak Berjaya untuk hari pertamanya…bangun sahur, bersahur, berpuasa di sekolah tetapi tewas dengan susu kotak dutch lady di tangan pada jam 5.30 petang…adoiyaiii…

Pun begitu aku dah cukup bangga dengan Aqil…dia berusaha…tapi apa sangat yang aku boleh harapkan pada kanak-kanak seusia 5 tahun untuk berpuasa lalu memahami pengertian berpuasa?

Ketiga… juadah berbuka adalah di bawah tanggungjawab aku…huhuhuhu…terujalah sangat! Menu pertama ialah tomyam seafood dan kangkung belacan. Hmmm…Alhamdulillah, boleh dimakan… huhuhu…memang memasak bukan bidang aku…dan aku langsung tiada keberahian untuk memasak, tolonglah!!!!!

Keempat…permintaan Muhammad Aqil Ahnaf- baju raya 2…hijau tua dan merah…hmmm… xsabar nak beli sebenarnya…tapi tunggulah dulu…

Kelima…bukanlah sebab yang best…tapi teruja jugak, sebab nak ia cepat berlalu! Ini adalah kerana 1 Syawal 1432 ini Aqil bukan bersama aku….padanlah muka aku…

Aku cuma harap yang terbaek je dari semua ini…insyaAllah.

Sunday, July 24, 2011

Amin....

“Ya tuhanku, aku tidak meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.”


petikan dari Stanza Cinta... (agak menarik  ;)  )


entah kenapa tersentuh sangat dengan ayat ni...

Wednesday, July 13, 2011

Gorila


Gorila beli buah pisang 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM sedapnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah limau 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM masamnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah petai 1 papan 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM pahitnya!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli bawang besar 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM pedinya mata!
Dong! Dong! Dong!

Gorila beli buah ciku 1 biji 10sen...
Kupas kulit, buang kulit...
Gorila makan...
MMMMM manisnya!
Dong! Dong! Dong!

Gajah

Gajah berkaki 4...
Gelek-gelek...
Hidungnya sangat panjang...
Gelek-gelek...
Gajah berbadan besar...
Tapi gajah tak makan orang...
Gelek-gelek...

Thursday, June 23, 2011

Penangan Hencek Akal dan Cik Hati...

Hari ini seawal jam 5 pagi aku dah tersedar…


Kenapa entahlah… mungkin sebab niat aku semalam kut…

Jadi aku manfaatkan pagi-pagi buta tu dengan mengisi perut – nasi putih + kicap + telur mata kerbau…

Mood agak bercelaru…

Ada banyak perkara yang aku fikirkan minggu ini dan ia sangat mengganggu hinggakan Hencek Akal tak dapat bekerja dengan baek lantas menyebabkan Cik Hati terkandas di musim tengkujuh….

Setiba di ofis…

Aku berkunjung ke laman mukabuku…

Lalu ternampak satu link yang macam menarik…”REST OF MY LIFE versi Melayu”

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DZRS5-5g8Ycc%26sns%3Dfb&h=610ad

sangat touching…

tengah kebasahan gitu-gitu, seorang member offer home made bread…

disebabkan kekacauan yang melanda territory Cik Hati dan Hencek Akal, tindakan berlaku secara reflex jer…

tangan mencapai lalu disuapnya ke mulut…

nyum nyum nyum…

sebelum dihabiskan baki dari sekeping roti tu, kaki melangkah laju ke bilik air melunaskan apa yang patut….

Kembali semula ke meja, aku habiskan baki roti itu…

Kemudian aku di offer plax dengan pisang goreng yang lembik..aku memang suke sangat!

Makanlah seketul…

Kemudian ader lagi offer sekeping roti…bahagian untuk aku habiskan stok pagi ini…

Lalu apa lagi…

Aku bedallah…

Secara tiba-tiba…

Hencek Akal yang telah berhenti dari melakukan kecelaruan, menegur…

‘kenapa hari ini tak bawak botol air?’

Apa lagi….

Secara separuh sedar aku pon terkejut…

Muahahahaha…

Aku dah gelak dulu sebelum bercerita…

“nak tahu…? Kite dah habeskan 2 keping roti dan seketul pisang goreng…pastu terfikir, kenapa hari ini tak bawak botol air? Rupa-rupanya, kite POSE!!!!”

KAH KAH KAH KAH…

Pecah gelak kat ruang partition nih….

Adoiyaiiii…

Apalah Hencek Akal dan Cik Hati dah buat kat aku pagi nih????



p/s: bagus gax kalau buat hal tengah hari nanti…ley gax membasahi tekak yang kering membedal roti tadi… sengal!

berhenti

kiri kanan...
kiri kanan...
kiri kanan...kiri...(BERHEEENTI!!!!!)
check 1, 2!!

bila satu kata pemutus telah disebut...
bila satu ayat menyudahkan apa yang dimulakan...
bila satu pernyataan diucap membawa maksud tamat...

cukuplah!

tidak perlu dicari...
tidak perlu digali...
tidak perlu apa saja yang difikirkan perlu dibuat dilakukan.

berhentilah...

kerana,
jika dalam barisan, pasti kamu tersalah kawad.
jika dalam perjalanan, pasti kamu terlebih langkah.
jika dalam perbuatan, pasti kamu melampaui batas.
jika dalam perhubungan, pasti kamu hanya memburukkan keadaan.

pulanglah ke asalmu...
kerana aku sudah berada di tempatku!

Wednesday, May 25, 2011

Kehilangan mood…

Hari ini sangat mendukacitakan…dan membuatkan perasaan bercampur baur lalu menghasilkan aroma yang kurang enak dan menjengkelkan…

Hinggakan semua perkara, hampir semua perkara membuatkan aku meluat!!!

Kenapa?

Entahlah…

Letih? Tapi kenapa?

Buhsan? Yang sangat amat…tapi kenapa?

Menyampah? Sangat-sangat….tapi kenapa?

Selalunya perasaan ini akan berlalu pergi…hanya seketika…

Tapi sebenarnya ia telah mula membina sarang dan makin hari makin kukuh pula bertapak di sini…

Hmmmm…tapi kenapa?

Saturday, May 14, 2011

di penghujung...

"aku kini tidak lagi tegap bertimpuh...dan aku tidak akan rebah merempuh...
panji ku nan teguh...layarku sudah bersauh...syukur"

sudah tiba di penghujung jalan...aku ke kiri dan kamu ke kanan...
untuk aku, agamaku...untuk kamu, agamamu...
????


.w.h.a.t.e.v.e.r.

Monday, May 9, 2011

had

tiap satu perkara yang berlaku di sekeliling kita ada hadnya...
misalnya bila mengisi air ke dalam gelas, ia ada hadnya supaya air tidak melimpah dan terbuang lalu membazir...
kenapa?
kerana membazirkan amalan syaitan...kan?
contoh yang lain...
bila sedang memandu...
pasti ada had kelajuan yang perlu dipatuhi...
pasti ada had perjalanan hingga tiba ke destinasi, jika terlajak maka terpaksalah u-turn atau kembali ke laluan yang sepatutnya...

tiap satu perkara ada hadnya...
kesabaran, ada hadnya...perlu dijaga agar tidak tercabar dan menimbulkan tingkah di luar jangkaan.
kemahuan dan keinginan, perlu hadnya...supaya tak berlebihan dan menghampiri keborosan.
pergaulan perlu ada hadnya...supaya tidak terlanjur kata dan perilaku lalu terjadinya perkara yang tidak diingini.

kemudian...
apabila sesuatu perkara mencapai hadnya, maka perlulah ia dihentikan...
samada secara drastik...perlahan-lahan...berhemah...bertertib...beransur-ansur...ber ber ber apa ntah lagi...
biarlah apa pun yang sedang berlaku dan akan berlaku...
cuma perlu diingat, tiap satu itu ada hadnya...
sama ada ia dihentikan oleh aku...atau kamu...atau mereka...atau dia dan atau Dia.

kadang perkara yang kita anggap baik untuk kita, belum tentu ia baik...
dan yang buruk itu belum tentu buruk...
cuma biarlah tiap perkara yang dilakukan itu tidak melanggar hadnya dan sentiasa berpaling sejenak kepada asal kejadiannya...
niat sangat tidak menghalalkan cara dan cara yang salah pasti bukan lahir dari niat yang baik...

had aku?
cukuplah setakat ini...
had untuk kamu?
janganlah melebihi garisan yang telah aku lukis...
mereka juga ada hadnya...
tak perlulah melebihi mana mana had...
kerana kamu juga tidak mahu mereka melanggar garisan yang telah kamu lukis...



 

Friday, April 29, 2011

i will be silent by Prince

I Will Be Silent


I stand here watching

Listening to you talk

Noticing how you are oblivious

To your hand taking mine.

I look at your eyes

All filled with sorrow

And I am tempted

To take it away

But I made my own rule

To not mess with people

So I will stay silent

As I watch you cry.



I lay there thinking

Wishing you would talk

Wishing you would know

That you took my hand

I wish you would look me in the eyes

All filled with sorrow

And you attempted

To take it away

You said you wouldn't stay

You were tired of messing with people,

You said you didn't want to

Break my heart

To late

But I made my rule

Not to mess with other people

So I will be silent

As I watch you say goodbye

Goodbye

a silent poem by RK

Placed no limit on word


With blotch upon my brain

Meaningful or absurd,

I won't try to explain...

These lines are uncertain

Until the last I find;

My In is tied with sane

And tensity of mind...

The whys are undefined

With what and where and when,

While how is now behind

The slop of hasty pen...

If lost, these words abstain

From thoughts that quickly turn

To blank my head in vain,

Yet combine and discern...

I wonder what they yearn

With passing of each thought;

Can there be things to learn

When nothing I've been taught?

I once knew thoughts to plot,

Which my faint mind forgot;

The blank of mind has caught

My words; so, I'll speak not...

Wednesday, April 27, 2011

baru...

bermula dengan satu rasa yang baru...
namun...
dengan hati yang lama dan impian yang lama...
harap ia kekal selamanya...

Sunday, April 17, 2011

tikam belakang...

Berdepan dengan situasi tikam belakang...
Ceritanya mungkin begini...
****************
Seseorang yang engkau anggap kawan... dan engkau cuma harapkan nilai persahabatan sebagai balasan atas setiap apa yang telah engkau dan dia laksanakan bersama...nilai-nilainya adalah kejujuran, kepercayaan dan  keikhlasan...kerana mungkin dirasakan engkau adalah yang terbaek!
Namun tatkala tiba di satu keadaan yang menuntut kesemua nilai-nilai itu disimpan di bawah alas kaki, engkau dengan secara rasminya telah menghunus pisau ke belakang dia yang engkau panggil kawan...
Motif?
Desakan dari rasa sakit hati yang meluap-luap dek jeles dengan apa yang engkau tak dapat atau... desakan dari keingingan untuk hidup lebih bahagia bersama insan yang engkau rasa engkau sayang sangat...atau curahan idea bongok yang engkau terima pakai seadanya berdasarkan kebodohan tahap bangang yang melantun-lantun...atau engkau sememangnya telah terhidu najis keldai lantaran dari itu engkau khayal dan bertindak di luar kesedaran manusia yang berhati budi...atau engkau adalah semua yang disebutkan??? Adoiyaii!
***************
Tahap kesabaran aku, engkau dan dia mungkin berbeza-beza...aku ada garisan yang aku lukis sebelum sesuatu tindakan di luar batasan akal dibuat...engkau? dia?

Aku cuma hairan satu perkara... kenapa perlu diuji kesabaran, kepercayaan dan keputusan yang telah diberi dan dibuat?

Kenapa engkau perlu mencipta situasi yang sungguh kelam dan menyulam kata dengan duri yang berbisa?... FITNAH...

Engkau yang menaburnya berdosa...aku yang kena tabur pun berdosa...puas hati kau?

Itu je yang engkau dapat...? tak... sebab, jika tak kena gayanya (aku rasa gaya kau memang tak kena)...semua itu bakal membuatkan hidup engkau bertabur di kemudian hari... kau tak percaya? Sila teruskan dengan agenda yang engkau dah susun tuh...silakan... aku kat sini akan tunggu dan lihat...dengan rasa yang melonjak-lonjak untuk jeritkan kebenaran di sebalik cerita yang membawa kepada penaburan najis fitnah yang engkau buat ni...silakan...jika engkau guna senjata berekorkan nafsu dan syaitan... aku pula bermohon kepada pencipta makhluk yang Maha Hebat...engkau mahu memperlihatkan kebatilan...aku yakin, insyaAllah kebenaran adalah pasti dan janji Allah adalah pasti!

Apa guna belajar tinggi-tinggi, hingga ke menara gading... jika kebodohan engkau masih lagi setara tahap anjing yang tersepit!

Aku sangat tawar hati dengan pertuduhan yang telah dihamburkan...lalu...aku terfikir sama ada program yang engkau dan aku telah laksanakan perlu diuji semula dan dibuat beberapa pengemaskinian? Perlukah? Aku masih ada dokumennya. Aku masih simpan dan boleh saja di pamerkan di sini...untuk engkau sama-sama mencari bugs dari pengaturcaraan yang dibina...ugut? aku cuma menerai strategi yang engkau tunjukkan nih... nak juga tahu, hebatkah percaturan yang engkau mulakan ini? Well... we’ll see...      

Aku...Sangat emo...sangat-sangat emo!!! Sememangnya engkau terlupa kut...
NIAT ADALAH SANGAT-SANGAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!


"And Those who strive for Us - We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good," The Spider (Al-Ankabut), 29:69

fitnah

Fitnah itu lebih dahsyat [kesan dan akibatnya] dari membunuh. ~ surah al Baqarah Ayat 191 ~

Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Surah Al Buruj. Ayat : 10
 
Fitnah menjadi senjata yang paling murah dan mudah dihasilkan untuk memerangi kebenaran
 
dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah satu - satunya cara hidup [yang diamal] milik Allah [Islam], maka apabila ia telah berakhir maka tiada lagi permusuhan kecuali ke atas orang - orang yang zalim.

Surah al Baqarah. Ayat 193
 
 
Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain. Dosa fitnah juga menghalang seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Iman Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsia yang tidak mahu diketahui orang lain adalah perbuatan adu-domba dan fitnah. Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. Surah al-Hujuraat, ayat 12.

Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman: “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah al-Humazah: 1)
 
 
‘Pulut Binasa, Mulut Merana’
Oleh NORHURIYATINA SALLEH
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1810.0  

Hadis Huzaifah r.a katanya: 
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:
"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah". 

Bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 
Master Mohamad Khairul Firdauz Bin Anuar
Guru Besar Hidayat Jati Spiritual Development Centre
  

Sunday, April 10, 2011

sedetik lebih


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


-anuar zain---

telepati...???

Secara etimologi, kata telepati berasal dari kata "TELE" yang berarti "Jauh" dan kata "PATHOS" yang berarti "Perasaan". Karena itu dapat diambil kesimpulan bahwa telepati merupakan suatu kemampuan untuk merasakan segala sesuatu dari jauh. 


http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-ilmu-telepati.html

apa yang mengikat aku dengan kamu ialah 'kebolehan merasai perasaan dari jauh...
berulang kali ia berlaku...
dan ia adalah salah satu punca kenapa aku sangat yakin bahawa kamu akan sentiasa ada di sisi... biarpun jauh...
lalu memang selalunya tepat jawapan kamu tiapkali aku tanyakan dimana kamu?
jawapannya ialah dihatiku...
setiap kali kamu muncul di sms/call...setiap kali itu bunga-bunga sayang ini kian mekar dan berputik...
memang agak menakutkan pada mulanya...dan menjadi kelucuan apabila tiap kali terfikir tentang kamu, taaaaddaaaaa.....sms kamu sampai...setiap kali aku teringin  mendengar suara kamu....taaaaddaaaa.....panggilan kamu masuk...wah! hebat, kan? memang hebat!
setelah sekian kali sabtu mengunjungi...
semalam telepati antara kita berlansung lagi...
di saat aku sangat-sangat sedang mengingati kamu...
sms kamu mengejutkan lamunanku...
wow...
dan pagi ini...berlaku lagi..
wow wow...

lalu bagaimana harus ku jelaskan lagi mengenai perhubungan ini?
bagaimana lagi harus ku larikan perasaan ini?
bagaimana aku harus lenyapkan impian ini?
kerana hingga kini...
perasaan ini masih bisa kamu dengar...
masih bisa menembusi dinding kaca yang sangat tebal itu...
dan walaupun hanya perasaan berkata-kata...
aku harap kamu tidak pernah lupa pesanku...
'ingat yer biar apa pun yang terjadi...jangan luper....'

Saturday, April 9, 2011

masih tak faham...rupanya...

kadang dalam hidup ini ada kejadian yang berlaku meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kite...
kadang akan tiba keadaan insan yang paling dekat dengan kite pun berjauhan...
kadang akan jadi juga situasi kebetulan...sedangkan ia adalah suratan...
kadang berlaku juga tatkala kite dalam kekeliruan dan memerlukan penyelesaian, rupanya dia yang sentiasa ada di sisi kite ada jawapan bagi merungkai kekusutan itu...
kadang perkara yang kite anggap baek menjadi keburukan buat kite...dan yang celaka itu sebenarnya adalah yang terbaek buat kite...

pun begitu...
apa yang tertulis di awan ialah...tidak faham...
rupanya kamu masih keliru dengan situasi ini...
tak mengapalah...
memang keadaan ini dirancang sedemikian...
cuma Dia, aku dan mereka yang tahu...
it's ok, sayang...
u'll be alright...


kamu cuma perlu ingat, tidak kira apa yang terjadi...
aku sayang kamu!

Thursday, April 7, 2011

tua nanti....

selamat ulangtahun mak yang ke-54 tahun...  ^_^

tiba-tiba terbayang aku tika berumur 54 tahun...mungkin dah bermenantu dan bercucu...wahahaha...
aku harap sangat kehidupanku nanti sebaik seperti mak dan tidak kurang sesentimeter pun...biasanya orang akan tanya apa cita-cita bila dah besar? dulu aku ada macam-macam cita-cita,, kejap nak jadi peramugari, kejap nak jadi pilot, kejap nak jadi pelayan restoran (yang amek order yer), dan yang terbaru...dalam 2 tahun lepas, aku nak jadi cikgu...hahaha...tapi jika orang bertanya apa aku nak jadi bila dah tua nanti?
aku nak jadi orang tua yang gembira dan sentiasa tersenyum (bukan nyanyuk ek)....
merasa bahagia di hari tua bersama insan yang aku sayang adalah impianku...xde perkara lain yang aku cita-citakan selama ini...sebab itu, tujuan aku hidup ni agak kabur dan entah hape-hape planning yang aku buat...sebab tak satu pon kerjaya yang menjanjikan kebahagiaan tika dah tua nanti...sebagai programmer apatah lagi...aku dah pasti menempah title orang tua rabun sebab asek adap komputer jer...huh...nyampah!
lalu...yang aku sangat pentingkan adalah dia yang aku pasti dapat menerima aku seadanya...yang aku rasa dia akan sayang aku hingga tua...walaupun dah berkedut seribu...walaupun dah takde gigi...walaupun rambut dah beruban penuh...penerimaan dia terhadapku adalah sangat penting...kerana aku bawa impian ini setiap hari untuk kebahagiaan di hari tuaku...
tak logiklah kalau aku kata nak bersama Aqil hingga mati...dah tentu dia akan berkeluarga dan punya hidup serta impiannya sendiri...kebahagiaan untuk aqil sentiasa dalam doaku... setiap hari...
lalu, aku perlu persiapkan diriku untuk perasaan yang akan terabai...bersedia untuk yang buruk adalah lebih baik dari mengimpikan yang indah tapi terjadi sebaliknya...kan? boley ek?
itupun kalau aku sempat tua...sempat kut...biasanya orang yang tak berapa nak baik ni, hayatnya panjang...
sebab Allah sentiasa nak bagi dia ruang untuk mencari hidayah...itupun kalau dia nak...dan itupun kalau Allah berkehendak sedemikian...entah apa bahagianku?
aku sedang mencuba yang terbaek...sebaek mungkin...
jika aku tidak akan sebahagia seperti yang aku harapkan...
aku harap, orang lain bahagia...aku harap kamu bahagia...itupun cita-cita aku juga...
biarlah apa kata kamu...
biarlah kebencian dan kesakitan yang kamu kecap sekarang...
kerana ia adalah ramuan untuk kebahagian buat kamu nanti, insyaAllah...
cuma aku terkilan...
bila benci hadir, hilanglah semua sayang yang ada...
yang zahir cuma keburukanku..
tak sangka cume cerita burukku yang kau jaja...
kelemahanku yang kamu cerita...
entah apa kaitan cerita lamaku untuk kau luah lalu diludahkan kepadaku?
dan yang digambarkan kepadaku seolah hadirku hanya untuk itu...
maka timbul pula cerita hinaku...
selayaknya aku dilayan beginikah?
mungkin...
kerana kebencian mengatasi rasa sayang itu...
jadi...sayangkah kamu?
benarkah perasaan sayang kamu itu?
kerana...
pemberianmu untuk tiap perkara yang mendatangkan gurisan kasar di hatiku ini...aku masih boleh senyum pada kamu...
masih boleh menerima kamu...
masih boleh bersama kamu...
kerana sayang itu benar...begitukah?
adakah itu yang membezakan yang benar dan yang tidak berapa nak benar?
lalu...
masa sememangnya menceritakan segalanya...
aku hanya perlu bersabar sedikit masa lagi...
untuk aku benar-benar melihat kebenaran perasaan kamu itu...
untuk aku benar-benar pergi...
dan atas kerelaanku sendiri...
sungguhpun action speaks louder than voice, tapi kata-kata adalah lebih tajam dari mata pedang...

terlihat hikmahnya kini...
kamu makin dekat padaNya...
bakal menjauhiku yang digambarkan sebagai menjadi penyebab kamu menjauhiNya...
maka...
aku kini terlihat sudah siapa aku di mata kamu...
bukan siapa-siapa pun di hati kamu...kan?

hmmm...entahlah...
buat masa sekarang, macam kabur je cita-cita masa tuaku ...tercapaikah?




kata-kata

Jika ditanya apa yang ingin kulakukan sekarang?


Aku mahu…

Aku mahu…

Aku mahu berkata-kata…

Mahu menerangkan segala yang terpendam di dalam ini…

Mahu keluarkan semua rasa yang ada…

Mahu kamu tahu semuanya!

Namun…

Jika ditanya kenapa tidak kulakukan demikian?

Kerana aku tidak punya pilihan…

Kerana aku telah masuk ke ruangan ini…

Aku hanya dibenarkan melihat, mendengar dan empati…

Bagai ada tirai kaca yang sangat jernih, tetapi sangat tebal… sangat kebal….

Lalu yang bisa menembusinya hanya yang terlihat…hanya yang terdengar…

Jika kamu jasad yang tidak bernyawa…pasti sudah ku telek-telek…sentiasa aku pegang dan renung…dan cuba merasa kejadianmu…mendalami fitrahmu…aku akan pastikan kamu sentiasa bersamaku…

Seperti buku yang kamu hadiahkan…sentiasa bersamaku…sentiasa…

Namun…

Nyatanya…

Siapalah aku?

Kata-kata yang hanya tersekat dibenak…

Tiada ayat yang bisa menggambarkan semua kisah ini…

Nantilah…

Jika memang ia benar…

Kasih ini benar…

Sayang ini benar…

Perasaan ini benar…

Kamu akan tahu juga…

Kamu akan sedar juga…

Kamu akan mengerti juga…

Sabarlah hati…

Bertahanlah….

Monday, April 4, 2011

arus

bagaikan sekeping kapal kertas...
terapung menanti basah yang bakal menenggelamkan warkah ini...
berlayar yang mengikut arus semata...
tanpa daya mengubah haluan...
tanpa upaya berhenti di daratan...
ke kanankah sekarang?
atau ke kirikah nanti?
ke mana?
mengapa terbiar hanyut tanpa tujuan...
hanya mata merenung dan menunggu masa...
sampai bila ia bertahan?
akankah ia tenggelam?
hancur dibuai arus atau luluh dek kebasahan yang nyata melemaskan?

aku sekeping kapal kertas...
sedang hanyut di tasik hati...
bakal lunyai dan tenggelam ke dasar...
tanpa kesan yang tinggal...
hanya cebisan yang tegar melawan arus...
tika aku yang begini rapuh hayatnya...
manakan terdaya tanganmu untuk digapai??
kerana aku hanya sekepig kapal kertas...

Bukan diriku...

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku


---samson---

Saturday, April 2, 2011

Sabtu...

pagi ini temujanji dengan Dr di KPMC...hanya aku dan Aqil...
alhamdulillah Aqil dah 80% pulih...tapi masih ada ubat yang perlu diambil selama sebulan...mahal pulak tuh!!
moga-moga Aqil semakin pulih dan sihat sepenuhnya...



kata Dr, dia bagi masa sehingga Rabu...kalau Aqil masih batuk, aku perlu bawa Aqil datang semula...
aku mula terfikirkan alternatif lain...mungkin akan cuba...insyaAllah...

ternyata sabtu ni tak sekritikal sabtu lalu...aku masih belum dapat melupakan insiden itu...
pucat tanpa darah...wow...fuhhhhh...

namun apa yang boleh aku harapkan ialah semoga semuanya berakhir seperti yang dirancang..
kerana jika ia semakin berlarutan dan semakin parah...
aku pasti tidak akan teragak-agak untuk bertindak mengikut perasaanku yang sememangnya tak pernah berubah!!

seminggu yang berlalu, aku habiskan dengan berfikir dan bertindak...
ke mana aku selepas ini...
aku semakin hilang motivasi untuk ke pejabat...
berdepan dengan kerja yang sememangnya aku tidak suka dan tidak pernah suka....!
permohonan telah dibuat...dan harapan aku sekarang ialah...
AKU HARAP SANGAT BOLEH KELUAR DARI SINI!!!!
pun begitu, tidak bermakna semua akan indah akhirnya...
tapi apa salahnya berusaha dan berharap kan?


aku selalu terfikir dan tertanya-tanya...
kenapa bukan dia?
kenapa jika sebegitu tindakannya...perasaannya...
kenapa mereka katakan tidak?

biarlah...
apa yang dah berlaku...berlakulah...
aku akan teruskan...
demi pengharapan yang terbaek untuknya...
namun...aku amat berharap...
tika nanti tiada apa-apa lagi untuknya...
tiada sesiapa untuknya...
biar aku saja yang ada...
akan sentiasa ada untuknya...
sentiasa di sisinya...
hanya aku saja...

terlayan senti ngan lagu Merindunya-Pinka Mambo...sedey sangat!

katakan kepadaku
haruskah jalan ini kulalui
tak bisakah waktu ku putar kembali
saat kita masih bersama
jelaskan kepadaku
mengapa takdir ini yang terjadi
saat ku mengerti artinya mencinta
secepat surga menginginkannya
tuhan kembalikan dia padaku
karna ku tak sanggup
berada jauh darinya
kirimkan malaikat cinta untuknya
sampaikan pesan dariku
yang slalu merindunya...

Wednesday, March 30, 2011

tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalanNya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani



--opick--

nak rasa apa?

aku tak pasti nak marah or tak dalam hal ni...
sebab sekarang aku tak tahu aku nak fikir n rasa apa...

sepanjang 3 minggu lepas, Aqil batuk2 dan mata menjadi merah...
aku bawa Aqil ke klinik kesihatan Putrajaya ...
2 kali aku dan Aqil ke sana dan keputusan pemeriksaan (periksa ke?) memaklumkan bahawa Aqil kena tonsil dan jangkitan virus dah merebak ke mata...sebab itu matanya merah...
Aqil diberi ubat titis mata dan ubat batuk...
seperti biasa, amalan untuk tonsil yang bengkak ialah makan ais krim...
setiap hari aku bagi Aqil makan ais krim, dengan harapan surutlah bengkak tonsilnya...
seperti yang pernah disaran oleh doktor ketika Aqil diserang kebengkakkan tonsil...

semalam, sepatutnya aku pergi untuk pemeriksaan lanjutan di klinik kesihatan tersebut...seperti yang dimaklum semasa pemeriksaan sebelum ini...katanya, jika masih tiada perubahan Aqil perlu hadir semula untuk diperiksa lagi...
aku memang rasa tak sedap hati bila matanya kian merah dan batuknya kian teruk...
lalu, pagi semalam aku dan Aqil ke Kajang Plaza Medical Centre untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak yang selalu dikunjungi jika Aqil mengalami sakit yang agak teruk.
tak pasal-pasal aku kena marah dengan doktor sebab apa yang dialami Aqil adalah lebih teruk dari apa yang dimaklumkan...
asma Aqil dah semakin teruk dan jangkitan paru-parunya telah merebak ke bahagian lain...sebab itu matanya merah...oleh kerana setelah 3 minggu ia berlarutan dan Aqil tidak mendapat rawatan yang sepatutnya, sekali lagi aku kena marah oleh doktor...adoiyaiiii...
aku diberi 2 pilihan...
1- amek gas pagi sekali dan petang sekali selama 2 hari berturut2; atau
2- masuk wad untuk 3 hari 2 malam...
jadi, rawatan yang terpaksa aku pilih untuk Aqil ialah amek gas pagi dan petang...kerana fikirku, mana pulak aku nak cekau duit beribu untuk rawatan kat hopsital swasta? anggaran dalam RM1500...adoiyaiii...
pulak tu semasa nak buat bayaran di KPMC, aku hampir terpaksa berhutang...hahahaha...mana taknya, jumlah yang perlu aku bayar ialah RM216...dan baki dalam dompet hanya tinggal RM6 je...fuhh...ketar tangan membayarnya...
yang buat aku agak terkilan ialah, setiap hari yang aku bagi Aqil makan ais krim...sedangkan bagi pesakit asma, ais krim pantang diambil! grrrrrrrrrrrrrrrr....
pun begitu....syukur, alhamdulillah sebab Aqil dah nampak makin pulih. selepas petang semalam pernafasan dan batuknya dah makin ok...cuma yang aku perasan, mata Aqil akan merah bila dia kepenatan.

pagi ini, sepatutnya Aqil perlu diberikan gas lagi...pagi dan petang...
lalu aku ke Wad Kecemasan Hopsital Putrajaya...di unit triage Aqil diperiksa...menurut pegawai yang memeriksa, didapati pernafasan Aqil dah stabil dan tidak perlu amek gas...surat rujukan juga telah dirujuk kepada doktor...lalu katanya, Aqil diminta untuk habiskan ubat yang diberikan oleh KPMC dan pergi untuk temujanji yang telah diaturkan pada Sabtu ini...
lega la sket...

apa yang berlaku aku anggap sebagai kifarah atas apa yang telah aku lakukan...banyak perkara yang tak sepatutnya aku lakukan telah pun sesuka hati aku buat...sedih sangat sebab Aqil pun turut terlibat sama...entahlah...mungkin sebab banyak hati yang aku sakiti dan sememangnya doa mereka yang teraniaya adalah makbul...inilah balasanku...
semoga dosaku diampunkan oleh mereka dan Dia...
T-T

boley ker fikir n rasa cenggini? boley kut....

Monday, March 28, 2011

Hikmah

Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya…malah tak perlu tunggu lama, ia terjadi sedetik cuma. Bezanya samada perasan atau tidak..


Hikmah sebuah kejadian jika nak dibandingkan dengan kesusahan yang dialami adalah lebih bermakna jika perubahan ke arah kebaikan itu bakal menjadi istiqamah hingga ke akhir hayat.

Kesusahan dan kesakitan di dunia hanya sementara.

Ketabahan dipohon dan sudah janji Allah, tiada dugaan yang diturunkan untuk menyusahkan hambaNya…

Semoga kebaikan yang tercipta dari keburukan menjadi harta dan bekal untuk ke sana.

Apalagi yang perlu diucap? Kesabaran dan keikhlasan adalah rahsia untuk Allah…

Jalan yang aku lalui kini adalah sebuah realiti yang pada permukaan cuma kelihatan palitan noda…

Aku pasti, tiap kejadian bakal menjadikan aku kuat… tanpa semua ini pasti aku masih di situ…

Menjadi duri dalam daging…

Gunting dalam lipatan…

Walaupun sebenar-benarnya aku tak tahu mana datangnya duri dan gunting yang diperkatakan…

Ataupun kerana aku cuai dan leka…

Sangat cuai dan sangat melekakan…

Apa yang mampu aku lakukan sekarang?

Bersabar… tabahkan hati…

Hanya Dia yang tahu segalanya…

Hanya Dia juga yang aku ada…

Dan semuanya hanya untuk Dia…

Alhamdulillah…

Ya Allah, meskipun aku rasa susah dan sakit, aku terima, aku redha Ya Allah atas kesusahan dan kesakitan ini. Aku pasrah kepadaMu Ya Allah kesembuhan dan kebenaran di sebalik semua ini. Amin.