..................

trying 2bsimsucb4

Monday, November 28, 2011

perhubungan dan label...

Apa yang ada pada sebuah ikatan?
Perhubungan yang dilabel mengikut jenis, hak dan hakikat.
Kawan, kenalan, saudara, adik, abang, kekasih, suami dan bermacam lagi.
Lalu setiap yang dilabel itu hadir dengan perasaan yang berbeza.
Kawan ada rasa berkawan...
Adik dengan rasa beradiknya...
Kekasih pula dengan rasa berkasihannya...
Nilai label perhubungan itu masing-masing yang tentukan dan masing-masing yang tetapkan.
Mana mulanya dan mana akhirnya bukan pula terletak pada kita...
Ia adalah ketentuan, bukan permintaan.
Jalinan persahabatan tercetus dek keakraban antara 2 atau 3 atau 4 atau ramai kawan.
Persefahaman bakal terbentuk dan kasih sayang akan berbunga.
Ikatan antara dua atau tiga atau empat atau lima hati menjalin sebuah perhubungan yang bermula dengan ikrar untuk sehidup semati.
Lalu membuahkan hasil yang berupaya meneguhkan ikatan hingga ke akhirnya.
Pertalian antara dua atau tiga atau empat atau lebih bersaudara tak mungkin terlerai selagi darah yang mengalir membawa baka yang sama.
Biar dicarik, biar dicincang... akan sentiasa ia begitu, hingga kematian menjadi pemisah.
Di mana letaknya aku?
Dilabel sebagai kawan? Sebagai kekasih? Sebagai kakak?
Sebagaimanapun aku, aku adalah aku.
Mungkin tidak sebaek yang difikirkan dan moga tidak sejahat yang disangkakan.
Berkawanlah selagi aku tidak mengelak, berkasihlah selagi aku tidak menolak dan beradiklah selagi aku bernyawa...
Kerana tatkala tiba titik penghujung sebuah perhubungan, setakat itu sajalah upayaku dan aku tidak akan teruskan.
Bukan aku yang menentukan dan bukan jua aku yang menetapkan.



No comments:

Post a Comment