..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, October 12, 2010

Hak...berhak ker?

Apabila diuji dengan pelbagai perkara adakah kite pernah terfikir sejenak sebelum bertindak?
Dalam bab menegakkan hak kite sebagaimana yang kite fikir kite berhak, pernah ke kite terfikir sejenak bahawa hak yang kite fikir hak kite tu sebenarnya bukan hak kite?
Betul ke ada hak kite yang sememangnya hak kite tanpa boleh dikaitkan dengan bahagian orang lain?
Baju yang kite pakai memang hak kite, kalau dah kite yang memilihnya dan membelinya dengan duit kite sendiri… tapi apabila ia terkoyak dek perbuatan orang lain, tak terfikir ke kite mungkin ia sebenarnya ada secebis hak orang lain yang secara tak sedar kite terambil? Mungkin ada pakaian orang yang kite terkoyakkan atau terkotor, maka ia dikira sebagai ‘denda’ kepada kesilapan dan kesalahan kite… Atau mungkin ada duit orang lain yang secara tak sedar kite dah tersimpan dan guna untuk beli baju tu?
Boleh ke berfikir begitu?
Jika tuntutan perjalanan kite terkurang atau terlambat atau tak dapat langsung, boleh ke kite fikir begini- mungkin ini adalah bayaran bagi perkara yang aku ‘curi’ semasa kerja. Bahagian yang bukan aku punya…
Boleh ke berfikir begini?
Maka dengan berfikir begitu, sepatutnya hati kite akan lebih tenang dan redha dengan segala yang terjadi.
Tapi, boleh ke hanya redha dengan semua yang berlaku?
Mungkin boleh jika kite telah pun berusaha untuk mendapatkan perkara yang kite rasa hak kite tu, tapi apabila setelah sampai ke satu tahap mungkin adalah lebih wajar kite berhenti seketika dan… redha.
Mungkin ke aku terlalu redha je dengan apa yang berlaku maka semua perkara yang aku rasa macam hak aku tu semua berlalu pergi… menjadi hak orang lain yang aku rasa lebih berhak? Berhak ke mereka?

Hmmm…
Bukan aku yang memutuskan siapa yang berhak atas perkara yang mereka rasa mereka berhak…
Yang aku tahu, aku cuba dan berusaha… Andai ada bahagian untuk ku… Dapatlah aku merasanya… Andai bukan ditakdirkan untuk aku, elok biarkan saja ia pergi…
Tapi takdir ku, aku yang ubah… Maka, persoalannya sekali lagi perlu ke aku sehabis mampu, sedaya upaya dan bermati-matian mendapatkan perkara yang aku rasa hak aku?
Sehingga mungkin menerbitkan simpati dalam hati orang lain atau meloyakan mata yang melihat atau mencebikkan mulut mereka yang mendengar?
Aku risau,…
Jika aku berpuas hati dengan apa yang aku miliki, adakah Allah akan berpuas hati?
Jika aku mendapat apa yang aku rasa aku berhak, mungkin akan ada mereka yang terlepas hak mereka dek kerana aku?

Hmmmm…
Perlu ke aku fikir semua ni?
Boleh ke aku teruskan saja hidup ku, sebagaimana yang aku rasa aku nak dan berhak…
Boleh kot…
Ngeeeee….

Thursday, October 7, 2010

30@071080

Semoga aku lebih tabah dan tenang menghadapi hidup ini...
Dan semoga hidup yang aku cuba lalui ini berhasil...
Lalu menempatkan aku di kalangan hamba-Nya yang solehah...amin...
...

Monday, October 4, 2010

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

Tak Pernah Aku Membayangkannya

Bila Insan Sedang Patah Hati

Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya

Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam

Inikah Yang Dinamakan Patah Hati

Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang

Kumau Kau Tetap Disisiku

Siang Hariku Bagaikan Malam

Pelangipun Berwarnakan Kelam


--Afgan--

Dalam setiap bicara terselit perasaan yang sangat indah
Dalam tiap pandangan tersirat cinta yang kian menebal...
Dalam sekuntum senyuman terkandung rindu yang terlalu mendalam...
Kamu yang di situ bukan untukku...
Nyatanya luka ini mengalir darah yang membawa pergi sebuah harapan...
Kamu berlalu...
Biarpun kelihatan,
Namun terlalu sukar digapai...
Ku harap hadirku di sini dirasai...
Biarlah aku di tempatku...
Menatap Kamu...
Merasa wujudnya Kamu...
Pun begitu bukan untuk mengganggu...
Maafkan aku yang akan selalu merindui Kamu...
Dan sentiasa menyayangi Kamu...
Cahaya Hidupku...
Matahariku...