..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, January 19, 2010

Lari...

Something wrong somewhere..
Aku punya perasaan itu..
Namun semuanya masih kabur..
Kekaburan itu cukup merimaskan dan ia membawaku ke jalan yang tak sepatutnya aku jejak..
Menjangkakan satu situasi yang akan berlaku tak semudah berdepan dengannya..
Dan kini aku sedang menghadap keadaan itu..
Kamu tahu?
Aku mungkin berdaya menahan pukulan bertubi-tubi yang akan menyakitkan tubuhku..
Tapi..
Aku kian lemah berdepan dengan pandangan dan kata-kata yang hanya singgah di corong telingaku..
Makin lemah..
Situasi itu cukup membuatkan aku gelisah tak tentu pasal..
Lalu yang keluar dari bibirku adalah kata-kata yang tidak berasas.. Penuh emosi dan tidak bersifat logik..
Manakala tindakanku pula bersaing longlai dan menampakkan kelemahanku..
Aku memilih untuk tidak berada di situ..
Tapi aku sedar ia hanya sementara..
Aku umpama lari dari kenyataan..
Ya, memang aku ingin lari..
Biar hanya sekejap..
Asalkan aku tiada di situ..
Dan..
Berada di khalayak yang sesak dengan mereka yang tidak aku kenali..
Meluangkan masa dengan perjalanan yang memenatkan sepasang kakiku..
Memeras otak dengan ilmu yang tak lansung menerbitkan minatku..
Aku masih tak pasti adakah ini yang aku mahu..
Berkesankah tindakan ku ini?
Namun syukur aku masih punya teman2 yang sentiasa buat aku lupa seketika pada kenyataan..
Walaupun luahan tidak diucap,
Namun ia sudah memadai..
Kini aku sedang berlari..
Mengejar LRT..

Tuesday, January 12, 2010

Dan aku menangis lagi...

Mungkin kerana peratus kesihatan yang sedang menurun sekarang..
Mungkin kerana kepenatan badan yang masih belum hilang..
Mungkin kerana keadaan di pejabat yang merimaskan..
Mungkin kerana terdapat pandangan dan kata-kata dari mereka yang mengguris hatiku..
Mungkin..
Mungkin juga kerana semua sebab-sebab itu malam ku jadi begitu berat..
Dan aku menangis lagi..
Atau mungkin detik 18:20 yang aku tunggu-tunggu tapi tak kunjung tiba..
Lalu seperti baru disedarkan jam 22:10 bahawa detik itu telah berlalu..
Lalu kesedaran ini buat aku tersentak..
Dan aku menangis lagi.. Tapi aku dapat rasakan..
Mungkin kerana peratus kesihatan yang sedang menurun sekarang..
Mungkin kerana kepenatan badan yang masih belum hilang..
Mungkin kerana keadaan di pejabat yang merimaskan..
Mungkin kerana terdapat pandangan dan kata-kata dari mereka yang mengguris hatiku..
Dan aku menangis lagi..

Monday, January 11, 2010

Keadaan ini

Dalam keadaan inilah aku memerlukannya.
Keadaan yang membuatkan aku tidak berdaya,
Keadaan yang membuatkan aku rasa tertekan,
Keadaan yang membuatkan aku hilang punca..

Keadaan tatkala aku melihat sekujur tubuh lemah terbaring,
Bernafas dengan begitu deras,
Degup jantung yang seakan berlari,
Dan mata yang tertutup kejap..

Dadaku seakan memberat,
Tarikan nafasku seakan sempit,
Dan aku cuba bertenang..

Keadaan inilah yang aku tidak mahu hadapi..
Nafasku makin payah..
Dada kiriku terasa sakit..
Aku perlu bertenang..

Ya, aku akan bertenang berdepan dengan keadaan ini..
Keadaan yang buat aku teringat kepada kamu..

Katakanlah...

Katakanlah...
Kiranya ia sudah melangkah pergi..
Menjauh kini dari sanubari..

Katakanlah...
Semuanya tidak berbisa lagi..
Yang tinggal hanya kesan sahaja..

Katakanlah...
Mendung yang menyelubungi kini sudah tiada lagi..
Mentari mula bersinar kembali..

Katakanlah...
Kakimu kini sudah tegap berdiri..
Tidak akan goyah dengan terjahan rindu ini..

Katakanlah...
Kerana aku ingin mendengarnya..
Agar aku tahu kau baik sahaja di sana..

Dan aku katakan...
Aku masih seperti yang kau tinggalkan..
Masih aku yang terkedu saat melihat kau berlalu..
Masih seperti dulu..
Aku yang termangu-mangu tatkala bayangan wajahmu dan kisah kita berlagu..

Thursday, January 7, 2010

nak tau??


Its hurts but it works.




Monday, January 4, 2010

Pernah ker?

Pernah berasa seperti hendak menangis tapi air mata tak keluar?
Pernah berasa seperti hendak ketawa tapi senyum pun tak terukir?

Pernah? Pernah ker?

Pelik? aku masih menunggu tiap kali tiba detik 18:20....

Aku Melihat...

Aku melihat dia di bangku itu..
Berbaju belang, berseluar jeans..
Diakah itu?
Betapa rindunya aku padanya..
Terus aku menapak menghampirinya..
Aku gusar akan tindakbalasnya nanti..
Jejariku mengusap pipi mungilnya..
Dia menoleh..
Seakan terpaku..
Lalu aku menyebut namanya..
Dia tersenyum..
Lega..
Ku dakap kemas tubuh itu..
Kucium-cium seluruh wajahnya..
Tangannya ku genggam erat..
Tak sanggupku lepaskan lagi..
Betapa kerinduan ini sangat berbisa...
Tujahannya memudarkan hariku..
Menyekat pernafasanku..
Menyiat halus hatiku..
Mengosongkan perasaanku..
Mengaburi fikiranku..
Aku lemah, lemas, resah dan gelisah..
Kini..
Dia di sisiku semula..
Jejari kecil itu memegang jemariku..
Dia tak mahu melepaskannya..
Bahagia sungguh saat itu..
Lihat semua..
Dia tetap milikku...
Dia adalah kesayanganku..
Dan dia merinduiku sebagaimana aku merindukannya..
Sejauh mana kau membawanya..
Selama mana kau memisahkan kami..
Sekuat mana tarikan yang kau ada..
Pertalian kami lebih utuh..
Lebih ketat...
Lebih tebal..




Hahahaha…

Aku mohon Ya Tuhan..
Jangan pisahkan kami…
Aku mohon…

@nuha

Friday, January 1, 2010

Azam...

Tahun 2010...
Tak sangka aku kini telah pun melewati umur 20-an dan memasuki era 30-an..
Bila merenung ke belakang, apa yang telah aku tinggalkan?
Baaanyaaaakk sangat!
Dan apa yang aku bawa bersama hari ini?
Hanya sebahagian sahaja..
Lalu, apa yang bakal tinggal untuk bekalan masa depan?
Hmm..harapan tu memang ada...

Azam?
Sejak dari 1 Muharram 1431H lagi aku terfikir2 apa yang nak diazamkan tahun ni...?
Hari ini aku dicetuskan dengan 1 idea yang agak bernas...
'AKU INGIN MEMBANTU AQIL AHNAF PANDAI MEMBACA, MENGAJI DAN MENGIRA, DAN AKU AKAN PASTIKAN DIA SEBAHAGIA RAKAN SEBAYANYA'

Aku tahu sebagai single parent ada banyak perkara yang akan buat aku rasa down..
Tapi dengan adanya Aqil Ahnaf, keluarga dan kawan2 yang memahami.. Aku yakin aku dapat melangkah bagi meneruskan hidup menjadi sebaik yang aku boleh dan berdiri setegap yang aku mampu agar Aqil boleh berpaut padaku tak kira dalam apa juga situasi.
Tapi aku akan didik dia agar berdikari dan cekal kerana kekuatan fizikal sahaja takkan mampu menahan dugaan yang mendatang. Dia harus tabah, bersemangat,ceria dan bertenang.
Doaku akan sentiasa bersama Aqil..

Untuk aku?
Kebahagiaanku adalah kebahagiaan Aqil Ahnaf... Hanya dia yang aku ada... Dan hanya pada dia aku curahkan segalanya...
Ibu sayang Aqil...mmmmuuaaahhh..

@nuha