Aku melihat dia di bangku itu..
Berbaju belang, berseluar jeans..
Diakah itu?
Betapa rindunya aku padanya..
Terus aku menapak menghampirinya..
Aku gusar akan tindakbalasnya nanti..
Jejariku mengusap pipi mungilnya..
Dia menoleh..
Seakan terpaku..
Lalu aku menyebut namanya..
Dia tersenyum..
Lega..
Ku dakap kemas tubuh itu..
Kucium-cium seluruh wajahnya..
Tangannya ku genggam erat..
Tak sanggupku lepaskan lagi..
Betapa kerinduan ini sangat berbisa...
Tujahannya memudarkan hariku..
Menyekat pernafasanku..
Menyiat halus hatiku..
Mengosongkan perasaanku..
Mengaburi fikiranku..
Aku lemah, lemas, resah dan gelisah..
Kini..
Dia di sisiku semula..
Jejari kecil itu memegang jemariku..
Dia tak mahu melepaskannya..
Bahagia sungguh saat itu..
Lihat semua..
Dia tetap milikku...
Dia adalah kesayanganku..
Dan dia merinduiku sebagaimana aku merindukannya..
Sejauh mana kau membawanya..
Selama mana kau memisahkan kami..
Sekuat mana tarikan yang kau ada..
Pertalian kami lebih utuh..
Lebih ketat...
Hahahaha…
Aku mohon Ya Tuhan..
Jangan pisahkan kami…
Aku mohon…
@nuha
@nuha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUntuk nikmati rasa kerinduan adalah dengan perpisahan, untuk nikmati rasa kasih sayang adalah dengan penderitaan.
ReplyDeleteItulah hikmah disebalik setiap kejadian..
Bersyukurlah dengan pengalaman hari lepas!