..................

trying 2bsimsucb4

Sunday, March 30, 2014

Cuti persekolahan kali ini...

Cuti persekolah selama seminggu telah berakhir hari ini, esok bakal bermula semula sesi persekolahn dan rutin biasa...
Petang ini aku membawa Aqil ke kedai gunting rambut. Kenapa baru petang ini nak pergi gunting rambut? Kerana Aqil pergi mengikuti ayah dia balik ke Melaka dan tinggal di sana sepanjang cuti persekolahan ini. Pada asalnya ayah dia memaklumkan akan mengambilnya pada hari ke-4 cuti sekolah, tapi tahu-tahu tiba mesej memaklumkan dia telah mengambil Aqil di sekolah pada hari Jumaat hari akhir sekolah???!!!!
Marah, bengang, geram dan sedih!!
Namun, aku tetap mendoakan agar apa yang berlaku ini adalah yang terbaek buat Aqil. Aku berharap agar Aqil gembira di sana. Setiap hari aku telefon Aqil, dua hari selepas itu baru aku berpelunag bercakap dengannya. Sebelum itu samada ayah dia memberi alasan Aqil tidur ataupun dia lansung tak jawab panggilan dan mesej yang aku hantar. %^&*&^%##%^&*&*&!!!!
Ayah Aqil berjanji akan menghantarnya pulang pada hari Khamis (hari yang sepatutnya dia ambil Aqil on the first place)... Tahu-tahu, dia mesej katanya Aqil tak nak balik dan dia tak boleh nak paksa Aqil sebab Aqil dah besar...???*(&^%$#%%$&*(&%@@(*^!!!
Hari ini, hari ahad... Janjinya lagi akan sampai dalam jam 11.30 pagi... tapi akhirnya Aqil muncul di muka pintu pada jam 12 lebih...
Seperti biasa, Aqil dibekalkan dengan mainan berkotak-kotak (mainan lego murah jer pun)... tak pelah... kemudian, yang membuat aku sentap dan tak dapat menahan perasaan ialah bila topik Aqil akan bersekolah di Melaka semasa darjah 3 tahun depan...
 %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*& %^&*&^%##%^&*&*&
Maka, aku luangkan sejam di dalam kereta dengan Aqil di tempat letak kereta sebelum naik ke rumah. Semua aku luahkan... Termasuklah kata-kata ayah dia yang tak mengaku dia dah berkahwin dan ada anak gara-gara sibuk menggatal dengan perempuan di tempat kerjanya semasa di Sabah dulu.
Aku cerita betapa susah payahnya aku mengandungkan dia sampai keluar darah... Kemudian melahirkannya, kena belah perut dan sakit berbulan-bulan... Aku cerita aku yang menjaganya dari kecil sampai besar... Ayahnya pula selalu tiada di rumah dan tak kisah lansung tentang kami. Aku yang hantar ke sekolah, jaga dia, didik dia, ajar dia macam-macam supaya dia jadi macam sekarang, beli macam-macam, simpankan duit untuk dia, beli mainan mahal, baju elok-elok... Dan aku katakan bahawa Aqil adalah budak pandai dan hebat... kerana pada umur 8 tahun Aqil dah pandai buat macam-macam...
Semua Aqil dah boleh buat sendiri, boleh basuh kasut sendiri, siap ke sekolah sendiri, kemas baju sendiri, kemas buku sekolah sendiri, pandai solat, pandai mengaji, pandai belajar dan macam-macam lagi... Kebanyakkan budak sebayanya pun tak reti buat semua tu dan masih mak bapak yang buatkan...
Aku katakan yang aku sayangkan dia. Aku jaga dia macam aku jaga Asfa Nadha, malah lebih lagi sebab dia seorang dan aku tidak bekerja.
Aqil kata aku ada Asfa dan bakal ada anak tidak lama lagi... Tapi aku betah katanya dengan berkata, Aqil juga anak ibu. Ibu sayangkan Aqil jugak walaupun ibu ada 10 orang anak lain. Mana boleh ibu bagi anak kepada orang lain suka-suka hati jer? Kalau macam tu baek ibu tak payah ada anak. Ada Asfa Nadha dan adik baru bolehlah buat jadi kawan Aqil.
Aku bertanya adakah dia sudah membenci aku? Dah tak suka melihat dan mendengar kata-kata aku? Dah nak sangat tinggal dengan ayahnya kat Melaka? Dia berdiam diri...
Entahlah... Mungkin dia nak berkata "Ya, Aqil dah benci ibu dan Aqil tak nak tinggal dengan ibu lagi!" tapi mungkin dia tak sampai hati nak cakap semua tu sebab Aqil memang sedari kecil pandai menjaga hati dan dia faham jika seseorang berasa sedih dengan sesuatu perkara...
Entahlah... Apa jerlah yang boleh aku harapkan dari semua ini?
Perlukah aku melepaskan Aqil dan membiarkan dia bersama ayahnya yang  %^&*&^%##%^&*&*& tu? Demi kebahagiaan Aqil? Akan bahagiakah dia? Aku? Perasaan aku akan hancur luluh!!!
Berkecai... Kerana anak yang selama ini seolah-olah aku bergantung untuk meneruskan hidup selepas kesakitan menjalani perkahwinan yang gagal hendak pergi meninggalkan aku dan pergi dengan lelaki yang menyusahkan hidup aku dulu. Aku jaga, aku didik dia agar dia menjadi seorang anak yang berguna dan boleh diharap suatu hari nanti... Agar tatkala aku sudah tiada lagi di dunia ini, dia tidaklah menyusahkan dan membebankan sangat mereka-mereka yang bakal memeliharanya nanti.
Apakan daya aku?
Aku tidak akan maafkan lelaki  %^&*&^%##%^&*&*& itu... dan aku harap sangat agar dia mati cepat!!!! (boleh ke kalau aku bunuh dia esok?)

Saturday, March 15, 2014

Iman, ilmu dan akal.

Selama 33 tahun hidup ni... Aku rasa macam setakat apa yang aku dah belajar, jalani dan lalui selama ini... Hanya iman, ilmu dan akal yang boleh membezakan seseorang...
Kalau setakat beriman tapi ilmu yang dia ingat dan amalkan hanya yang dia belajar setakat darjah 6 je, takkan meningkat pon keimanan dia...
Kalau setakat belajar habes degree, master atau PhD tapi tak beriman, tak guna jugak... Ilmu akan disalah guna dan hasil yang diperoleh mungkin cukup untuk dia bawa ke neraka je...
Kalau setakat berakal tapi xde ilmu dan tak beriman, maka jadinya hanya ikut pandai dia je la... Tak ke mana juga akhirnya...

Entahlah...
Kalau dah bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...
Hiduplah korang dengan cara korang, berkawanlah korang dengan kawan yang sama macam korang, bergaul lah korang dengan keturunan korang, berseronoklah korang dengan kaum kerabat korang... Bergembiralah!
Biar aku dengan hidup dan cara hidup aku... Kalau susah, sempit, tercekik, sedih dan sesak datanglah cari aku... Memang itu je fungsi aku di sisi korang kan?

Aku dah rasa yang aku bukan jenis yang sesuai untuk kamu... So not my type either!

Thursday, March 13, 2014

Diam

Bila dicerita tak perlu komen...
Bila diberitahu tak perlu bertanya...
Bila diminta tak perlu betah...
Cuma dengar, terima dan ikut saja.

Biarpun ada pendapat yang ingin diberi...
Biarpun ada ketidakpuasan hati yang ingin di nyata...
Biarpun ada kesedihan yang ingin diluah...
Akur... Tak perlu betah... Tak payah peduli...

Tak sangka diri ini telah terjebak semula ke zaman itu...
Zaman yang boleh bersuara hanya dia...
Yang boleh berkehendak cuma dia...
Yang boleh perasaan hanya dia...
Yang boleh bersedih hanya dia...
Yang boleh berfikir hanya dia...
Yang pandai hanya dia...
Yang boleh meluahkan hanya dia...

Fikiran, pendapat, luahan, perasaan dan kemahuan orang lain simpan sajalah untuk diri sendiri... Tak perlu luahkan, tak perlu nyatakan, tak perlu ceritakan dan tak perlu dibincangkan...
Semua itu hanya menyesakkan otak dan membebankan...

Lalu, apa beza Kamu dengan si Gila yang masih menjadi duri dalam daging yang terlekat dan cuma akan hilang tatkala nyawa bercerai dengan badan...?

Tak mengapalah... Jika itu yang perlu dilalui... Melangkah lah... Moga tidak tersungkur dan tersembam ke tanah hingga tak upaya untuk bangun semula. Moga moga tidaklah...
Tolonglah aku, ya Allah.

dari KAMU - Dua

ANTARA SENDU DAN TERTAWA...

April 22, 2009 at 8:47pm
khusus buat jiwa yang berbicara..

ketawa itu bicara hati yang gembira..
sendu pula merupakan penghayatan kepada duka nestapa..

hari ini..
ramai ketawa agar dapat menelangkup rasa hiba dan duka...
menjaga insan-insan yang ketawa... demi menghayati rasa gembira... semata-mata..

Namun,
jauh di lubuk kalbu insan ini.. putik-putik sugul... menghurung sepal remuk redam hampa..
bahana leluasa sang kudrat pembawa binasa.. pendukung kewibawaan yang berhalakan matlamat punca tiada asa..

Apa lagi yang mampu daku pinta...
Jika, Secebis nota di atasnya berarak warna tinta.. ku persembahkan dengan penuh wibawa..
namun alasan getik ku terima.. gejala kuasa yang bermuka-muka..
durjana pemutus bicara.. antara hiba dan tertawa.. terawang-awang aku tiada punca..

Salahkah aku ingin mencuba..
Untungkah nasib sabutku timbul di air muka..
atau terselamkah batuku diragut arus dan mampat berat di dasar sana...?
Cuma yang pasti.. sabutku hampir tenggelam.. bongkah batuku hanyut tanpa tujuan..

Hari ini,
Sendu ku selubungi dengan pecah pencil halus tawa..
menghiburkan khalayak kecil yang meminta..
bahkan diri tiada berkuasa... mengatur mengintai apa yang dirasa..

____

KAMU
Jalan Duta
22 April 2009

dari KAMU - Satu

UFUK CITA

June 25, 2009 at 11:03am
haluan
semakin meranjau
cabang dan lorong
semakin mencapah
seolah bersekutu
menjauhkan destinasi
ditujui
endorsement
endorsement

Pesona
sekadar untaian mimpi
kemelut
pasak realiti
prinsip
wujud semata
di ufuk hati

harapan
pernah mekar
dikelopak azam
kian terlerai
drentap nafsu
merosak segala cita
terkulai
menanti binasa..

____________________

KAMU
kkpa, jalan duta
19 Jun 2009

Keluarga (Amaran: Pembacaan hanya disyorkan kepada Family Type of Person SAHAJA!!!) - Part 2

Keluarga?

Bila pemusatan fikiran dan kepuasan hidup hanya pada diri sendiri-
apa aku nak buat hari ni? 
ke mana aku nak habiskan masa aku lepas kerja nanti?
siapa aku nak bersenda gurau dan mencari perhatian musim ini?
macam mana aku nak tingkatkan hidup aku ni?
Lalu jawapannya hanya berkisar dan berhasil untuk diri sendiri sahaja.

Tidak mengapalah jika KAMU hanyalah seorang tua sebatang kara hidup tanpa tanggungjawab dan kepentingan terhadap pasangan, anak-anak dan keluarga... tidak mengapalah jika begitu.

Tapi bila KAMU seorang isteri/suami, emak/ayah, anak, abang/ kakak dan adik kepada sekurang-kurangnya seseorang...KAMU punya tanggungjawab dan peranan dalam hidup mereka. KAMU tidak boleh hanya berada di tempat yang sama tapi hanya memikirkan diri KAMU, kepuasan KAMU, kegembiraan KAMU, hidup KAMU, masa KAMU, keseronokan KAMU, kesedihan KAMU dan masalah KAMU SAHAJA!!!

Namun begitu, ia cuma boleh dilakukan dan KAMU mungkin boleh dimaafkan jika tujuan asal KAMU bersama DIA hanyalah untuk kepuasan diri KAMU tanpa memikirkan DIA, arah hidup KAMU hanya untuk kejayaan diri KAMU sendiri SAHAJA, KAMU tak perlukan orang lain untuk KAMU hidup...cukuplah sekadar DIA dan MEREKA ada bila KAMU perlukan, KAMU tidak mahu berperanan sebagai insan yang diperlukan, KAMU hidup untuk diri sendiri sahaja...bila nak carilah, bila taknak buanglah, dan KAMU sememangnya TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN UNTUK MEMBINA SEBUAH KELUARGA YANG AKAN BERSAMA-SAMA KAMU HINGGA KE AKHIR HAYAT. Jika benar begitu, AKU harap KAMU ketemu dengan DIA yang selayaknya dilayan begitu dan tolonglah relakan semua tanggungan yang KAMU anggap cuma sebagai watak-watak kecil, sampingan dan gangguan dalam hidup KAMU pergi mencari sesorang yang boleh diharap untuk dunia dan akhirat mereka.



Wednesday, March 12, 2014

Keluarga (Amaran, Pembacaan hanya disyorkan kepada Family Type of Person SAHAJA!!!) - Part 1

Kenapa sesebuah perhubungan mahu diteruskan?
Kenapa sesebuah pertalian perlu dimeterai?
Kenapa sesebuah keluarga ingin dibina?
Kenapa?
Subjektif dan terpulang kepada individu, pasangan dan keluarga.
Apa yang difahami mengenai membina sebuah keluarga, kenapa pembentukan sesebuah keluarga perlunya begitu dan begini, bagaimana suasana kekeluargaan yang dimahukan...
Semuanya terpulang kepada nilai individu itu sendiri...
Jika nilai sebuah keluarga yang ingin dibina hanyalah sekadar memenuhi tuntutan akal, fizikal, adat, permintaan dan turutan peringkat hidup...maka hanya begitulah tampaknya keluarga itu.
Jika KAMU punya harapan dan masa depan yang ingin dikejar, dibina dan direalisasikan...maka lainlah mungkin jadinya...walaupun KITA hanya merancang tapi Allah yang tentukan, tapi ke akhirnya sebuah perjalanan jika tiada perancangan sebelum memulakannya?
Sememangnya jika menoleh ke belakang, KITA akan nampak siapa KITA dan bagaimana terjadinya KITA sekarang...
Tetapi...
Adakah KITA mahu meneruskan saja apa yang dijalani dulu dan membiarkan ia berulang?
Jika ada yang kurang bukankah patut KITA lebihkan?
Jika ada yang lebih sepatutnya KITA kurangkan?
Tidaklah pula hingga mahu dan berkeras untuk membalas dendam atas apa yang telah menimpa KITA dulu...cuma, untuk menjadikan hidup KITA dan MEREKA lebih baek dari sebelumnya...
Tidak perlukah semua itu?

Jika dulu KITA melihat kehidupan sebuah keluarga hanya pada nama, hanya pada zahir yang dipertontonkan dan hanya pada apa yang diceritakan...
Kini ia adalah perkara yang sedang dijalani dan menjadi TANGGUNGJAWAB kepada diri yang akan dituntut di akhirat kelak...bukankah begitu?
Tak menjadikan pentingkah sebuah keluarga itu dibentuk dan dirancang masa depannya?
Bukanlah perlu hingga membuat Gantt Chart, carta alir dan carta perbatuan untuk membina sebuah keluarga...rasanya...
Hanya jika mempunyai inisiatif untuk berfikir agar keluarga mengikut acuan dan arah yang betul serta terancang perjalanannya pun sudah memadai...
Bagaimana seorang ahli perniagaan merancang untuk perniagaannya berkembang maju...begitulah juga perlunya ia kepada perkembangan sebuah keluarga...
Bagaimana seorang pegawai tinggi merancang perihal tugasan hakiki, ad hoc, SKT, KPI dan kemajuan kerjayanya...begitulah juga penting perancangan sebegitu untuk keluarganya...
KENAPA hal yang hanya melibatkan diri sendiri diberi perhatian sedangkan keluarga yang terdiri dari jiwa-jiwa yang memerlukan dan dipertanggungjawabkan kepada KITA diabaikan dan dibiar sahaja mengikut arus?

Sangat mudah mencipta perhubungan...
Sangat mudah menjalin ikatan...
Sangat mudah membina kekeluargaan...hanya jika KITA punya rasa tanggungjawab terhadap pembinaannya!
Kamu ada?