Kenapa sesebuah perhubungan mahu diteruskan?
Kenapa sesebuah pertalian perlu dimeterai?
Kenapa sesebuah keluarga ingin dibina?
Kenapa?
Subjektif dan terpulang kepada individu, pasangan dan keluarga.
Apa yang difahami mengenai membina sebuah keluarga, kenapa pembentukan sesebuah keluarga perlunya begitu dan begini, bagaimana suasana kekeluargaan yang dimahukan...
Semuanya terpulang kepada nilai individu itu sendiri...
Jika nilai sebuah keluarga yang ingin dibina hanyalah sekadar memenuhi tuntutan akal, fizikal, adat, permintaan dan turutan peringkat hidup...maka hanya begitulah tampaknya keluarga itu.
Jika KAMU punya harapan dan masa depan yang ingin dikejar, dibina dan direalisasikan...maka lainlah mungkin jadinya...walaupun KITA hanya merancang tapi Allah yang tentukan, tapi ke akhirnya sebuah perjalanan jika tiada perancangan sebelum memulakannya?
Sememangnya jika menoleh ke belakang, KITA akan nampak siapa KITA dan bagaimana terjadinya KITA sekarang...
Tetapi...
Adakah KITA mahu meneruskan saja apa yang dijalani dulu dan membiarkan ia berulang?
Jika ada yang kurang bukankah patut KITA lebihkan?
Jika ada yang lebih sepatutnya KITA kurangkan?
Tidaklah pula hingga mahu dan berkeras untuk membalas dendam atas apa yang telah menimpa KITA dulu...cuma, untuk menjadikan hidup KITA dan MEREKA lebih baek dari sebelumnya...
Tidak perlukah semua itu?
Jika dulu KITA melihat kehidupan sebuah keluarga hanya pada nama, hanya pada zahir yang dipertontonkan dan hanya pada apa yang diceritakan...
Kini ia adalah perkara yang sedang dijalani dan menjadi TANGGUNGJAWAB kepada diri yang akan dituntut di akhirat kelak...bukankah begitu?
Tak menjadikan pentingkah sebuah keluarga itu dibentuk dan dirancang masa depannya?
Bukanlah perlu hingga membuat Gantt Chart, carta alir dan carta perbatuan untuk membina sebuah keluarga...rasanya...
Hanya jika mempunyai inisiatif untuk berfikir agar keluarga mengikut acuan dan arah yang betul serta terancang perjalanannya pun sudah memadai...
Bagaimana seorang ahli perniagaan merancang untuk perniagaannya berkembang maju...begitulah juga perlunya ia kepada perkembangan sebuah keluarga...
Bagaimana seorang pegawai tinggi merancang perihal tugasan hakiki, ad hoc, SKT, KPI dan kemajuan kerjayanya...begitulah juga penting perancangan sebegitu untuk keluarganya...
KENAPA hal yang hanya melibatkan diri sendiri diberi perhatian sedangkan keluarga yang terdiri dari jiwa-jiwa yang memerlukan dan dipertanggungjawabkan kepada KITA diabaikan dan dibiar sahaja mengikut arus?
Sangat mudah mencipta perhubungan...
Sangat mudah menjalin ikatan...
Sangat mudah membina kekeluargaan...hanya jika KITA punya rasa tanggungjawab terhadap pembinaannya!
Kamu ada?
No comments:
Post a Comment