Tahun 2010...
Tak sangka aku kini telah pun melewati umur 20-an dan memasuki era 30-an..
Bila merenung ke belakang, apa yang telah aku tinggalkan?
Baaanyaaaakk sangat!
Dan apa yang aku bawa bersama hari ini?
Hanya sebahagian sahaja..
Lalu, apa yang bakal tinggal untuk bekalan masa depan?
Hmm..harapan tu memang ada...
Azam?
Sejak dari 1 Muharram 1431H lagi aku terfikir2 apa yang nak diazamkan tahun ni...?
Hari ini aku dicetuskan dengan 1 idea yang agak bernas...
'AKU INGIN MEMBANTU AQIL AHNAF PANDAI MEMBACA, MENGAJI DAN MENGIRA, DAN AKU AKAN PASTIKAN DIA SEBAHAGIA RAKAN SEBAYANYA'
Aku tahu sebagai single parent ada banyak perkara yang akan buat aku rasa down..
Tapi dengan adanya Aqil Ahnaf, keluarga dan kawan2 yang memahami.. Aku yakin aku dapat melangkah bagi meneruskan hidup menjadi sebaik yang aku boleh dan berdiri setegap yang aku mampu agar Aqil boleh berpaut padaku tak kira dalam apa juga situasi.
Tapi aku akan didik dia agar berdikari dan cekal kerana kekuatan fizikal sahaja takkan mampu menahan dugaan yang mendatang. Dia harus tabah, bersemangat,ceria dan bertenang.
Doaku akan sentiasa bersama Aqil..
Untuk aku?
Kebahagiaanku adalah kebahagiaan Aqil Ahnaf... Hanya dia yang aku ada... Dan hanya pada dia aku curahkan segalanya...
Ibu sayang Aqil...mmmmuuaaahhh..
@nuha
@nuha
kita pun sayang aqil gak...ummuahhhh!!!..(teringat makan biskut ngn aqil smlm..owhh..romantiknyee kita..)
ReplyDelete