semalam aku tercicir sekeping duit RM10 di lobi tingkat 7,
aku tak menyedarinya dan aku cuma tahu aku kehilangannya bila ada ternampak sekeping duit RM10 bersama nota makluman di meja punch card...
pada mulanya aku ingat nak sedekahkan jer duit tu kat tabung kelab, tp bila dah petang tu aku tanya jugak pasal duit tu kat CC...
pagi ni aku dapat balik duit RM10 yang aku niat nak sedekah tu...
tengahari ni, entah macam mana semasa nak keluar lunch...
aku tercicir lagi duit RM10...
tapi kali ni tempat kejadian tak dapat dikesan...
kemungkinan besar ia berlaku semasa perjalan ke KBS...
lalu aku duduk di meja makan dan terfikir...
'klau dah tak de rezeki tu, buat macam mana sekalipun insyaAllah takkan dapat'
hmmmm...redha je la...
kalau bukan milik kita, makanan dimulut pun terlepas jua..
ReplyDeleteRedha aje dengan ketentuannya.