Dalam keadaan inilah aku memerlukannya.
Keadaan yang membuatkan aku tidak berdaya,
Keadaan yang membuatkan aku rasa tertekan,
Keadaan yang membuatkan aku hilang punca..
Keadaan tatkala aku melihat sekujur tubuh lemah terbaring,
Bernafas dengan begitu deras,
Degup jantung yang seakan berlari,
Dan mata yang tertutup kejap..
Dadaku seakan memberat,
Tarikan nafasku seakan sempit,
Dan aku cuba bertenang..
Keadaan inilah yang aku tidak mahu hadapi..
Nafasku makin payah..
Dada kiriku terasa sakit..
Aku perlu bertenang..
Ya, aku akan bertenang berdepan dengan keadaan ini..
Keadaan yang buat aku teringat kepada kamu..
No comments:
Post a Comment