..................

trying 2bsimsucb4

Monday, January 11, 2010

Katakanlah...

Katakanlah...
Kiranya ia sudah melangkah pergi..
Menjauh kini dari sanubari..

Katakanlah...
Semuanya tidak berbisa lagi..
Yang tinggal hanya kesan sahaja..

Katakanlah...
Mendung yang menyelubungi kini sudah tiada lagi..
Mentari mula bersinar kembali..

Katakanlah...
Kakimu kini sudah tegap berdiri..
Tidak akan goyah dengan terjahan rindu ini..

Katakanlah...
Kerana aku ingin mendengarnya..
Agar aku tahu kau baik sahaja di sana..

Dan aku katakan...
Aku masih seperti yang kau tinggalkan..
Masih aku yang terkedu saat melihat kau berlalu..
Masih seperti dulu..
Aku yang termangu-mangu tatkala bayangan wajahmu dan kisah kita berlagu..

No comments:

Post a Comment