..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, January 19, 2010

Lari...

Something wrong somewhere..
Aku punya perasaan itu..
Namun semuanya masih kabur..
Kekaburan itu cukup merimaskan dan ia membawaku ke jalan yang tak sepatutnya aku jejak..
Menjangkakan satu situasi yang akan berlaku tak semudah berdepan dengannya..
Dan kini aku sedang menghadap keadaan itu..
Kamu tahu?
Aku mungkin berdaya menahan pukulan bertubi-tubi yang akan menyakitkan tubuhku..
Tapi..
Aku kian lemah berdepan dengan pandangan dan kata-kata yang hanya singgah di corong telingaku..
Makin lemah..
Situasi itu cukup membuatkan aku gelisah tak tentu pasal..
Lalu yang keluar dari bibirku adalah kata-kata yang tidak berasas.. Penuh emosi dan tidak bersifat logik..
Manakala tindakanku pula bersaing longlai dan menampakkan kelemahanku..
Aku memilih untuk tidak berada di situ..
Tapi aku sedar ia hanya sementara..
Aku umpama lari dari kenyataan..
Ya, memang aku ingin lari..
Biar hanya sekejap..
Asalkan aku tiada di situ..
Dan..
Berada di khalayak yang sesak dengan mereka yang tidak aku kenali..
Meluangkan masa dengan perjalanan yang memenatkan sepasang kakiku..
Memeras otak dengan ilmu yang tak lansung menerbitkan minatku..
Aku masih tak pasti adakah ini yang aku mahu..
Berkesankah tindakan ku ini?
Namun syukur aku masih punya teman2 yang sentiasa buat aku lupa seketika pada kenyataan..
Walaupun luahan tidak diucap,
Namun ia sudah memadai..
Kini aku sedang berlari..
Mengejar LRT..

No comments:

Post a Comment