..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, August 31, 2011

Eksperimen Raya 1432H


Syawal 1432H...
Sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya...
Kali ini aku bereksperimen raya.
Banyak juga teori yang dijana dan analisa-analisa yang terhasil...
Namun masih ada juga perkara yang masih belum selesai...
Seperti biasa, penyelesaian sesuatu masalah bukan boleh diambil mudah dan terlaksana dalam masa yang singkat.
Aku berperisai dengan ketiadaan Aqil...
Alasan yang agak kukuh pada luaran...
Namun di sebalik kejadian ini, hanya aku yang tahu apa yang aku alami.
Pun begitu, masih terlalu awal untuk aku katakan ini adalah jawapan bagi persoalanku...
Kerana aku masih diselubungi emosi yang tak berapa nak stabil... yang memungkinkan aku berpatah balik ke jalan yang telah aku lalui dan tak mustahil aku akan berkeadaan dan berperasaan begini lagi nanti.
Cuma yang jelas, aku tidak hadap untuk bersedih bersendirian mendengar takbir dan marah dengan jalan hidup yang aku pilih ini. Apatah lagi untuk biar insan lain merasainya...jauh panggang dari api dan memang aku harap ia tidak terbakar!
Adakah aku dikatakan takut berdepan dengan risiko kehidupan bila memilih untuk berada dalam zon selesa yang aku ada sekarang dan menolak tawaran penghijrahan ke alam itu?
Kerana aku tahu di situ ada dia dan mereka...
Dan aku amat pasti perkongsian hidup ini bukanlah yang aku impikan dan aku idamkan. Walaupun bersama dia memungkinkan aku bahagia...
Sungguhpun dia menawarkan kebersamaan dalam apa jua situasi, namun... lumrah kehidupan, setiap insan ada kepentingan sendiri yang perlu dijaga... yang bakal menolak kepentingan aku jika dirasakan tidak penting baginya. Normal.
Oleh yang demiakian, selagi ada ruang selagi itu aku bereksperimen... memang ini adalah aku...
Aku tidak akan menerima sesuatu itu begitu sahaja...apa lagi jika ia melibatkan percaturan hidup dan matiku.
Padaku, eksperimen ini makin sampai ke penghujungnya... dan aku akan dapat jawapan yang aku cari...
Kerana teori yang aku jana amat berbeza dengan keputusan yang terhasil.
Maka, analisa yang dilaporkan sangat banyak unsur negatif yang tidak memungkinkan kebersamaan itu...
Lalu, aku ingin ‘berehat’... bertenang dan bersama diriku semula...
Adalah sangat tidak wajar jika aku menolak mentah-mentah ramuan tanpa cuba mengadunkannya...kerana aku suka aromanya...teruja mengadunnya..menikmati keindahannya...dan aku sangat mengharapkan adunan yang paling lazat dengan ramuan yang menyelerakan, namun jika teknik dan praktiknya tidak sesuai...maka akan terbazirlah semua itu dan ke lautlah aku campakkan semuanya nanti...
Aku ingin hidup...
Namun perasaan ini acap kali dicalar dan diguris.
Aku terima...kerana aku sedar dengan kehadiran aku di ruang ini telah banyak mencalarkan dan mengguris dia dan mereka. Namun apa dayaku? Aku bagai kumbang yang tertarik menghurungi lampu...dan bila ia terpadam, lalu jatuhlah aku dan penyek dipijak-pijak.
Aku perlu ‘berehat’...
Ini hidup aku...aku bertanggungjawab untuk jadikan ia lebih baik dari apa yang aku ada sekarang...
Sebelum tanggungjawab itu diberi kepada lampu yang akan terpadam bila tiba masanya.

cukuplah dengan apa yang telah aku lalui ini...
pada setiap persinggahan yang aku lewati, aku tinggalkan dengan kenangan...
dan sangat pasti, aku tidak akan kembali...
hiduplah kamu dengan caramu...dan aku dengan caraku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

No comments:

Post a Comment