..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, October 11, 2011

Bila emosi hati melebihi kewarasan akal...

Resipi : Mencencang Air.

Bahan:

Versi 1(Kejam): Pisau/ Parang/ Pedang Samurai/ Sabit/ Apa saja yang tajam.

Atau...

Versi 2 (Agak Kejam tapi memerlukan usaha yang lebih sikit): Kayu/ Pembaris/ Besi Paip/ Dahan pokok/ Apa saja jenis benda yang panjang, yang mudah di angkat dan diayun.

Cara:

1- Dapatkan salah satu bahan yang tersenarai, jika perlu...jika perlu...sediakan semua pun boleh juga...

2- Bersedia untuk mengayun berserta tenaga yang berkuasa tinggi.

3- Jika difikirkan perlu, senaraikan juga perkataan atau ayat-ayat kurang sopan. Kalau sempat, bolehlah diasapkan barang-barang yang terpilih itu sehari/ beberapa hari sebelum. Lagi lama lagi mujarab. Tetapi sekiranya tidak sempat, bolehlah diucapkan semasa hari kejadian itu nanti.

4- Halakan langkah mengikut sedap hati merasa menuju ke tempat yang telah diketahui adanya air untuk dicencang itu.

5- Apabila cukup jarak yang dirasakan wajar, bolehlah dengan daya yang sehabis kuat (untuk kesan yang cepat) ayunkan benda yang dipilih tadi terus ke bahagian yang dirasakan lemah dan sedap untuk benda itu hinggap. Kalau kena gayanya, bahagian yang dituju itu seeloknya terputus terus. Kemudian, bolehlah dituju ke bahagian lain yang dirasakan patut dan best. Tika itu, secara zahirnya tercencanglah air itu.........

Nota:

Jika resepi di atas dirasakan agak remeh, bolehlah cuba resepi berikut:

Bahan:

Handphone yang masih berbaki kredit dan bateri masih penuh; dan

Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan hati dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang.

Cara:

1- Handphone tersebut jangan didail nombor yang dirasakan mempunyai kaitan dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang.

2- Bila nombor yang berkait dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang menelefon/ menghantar sms kepada anda, jangan dijawab/ dibalas. Biarkan sahaja dan kalau suka bolehlah berkata-kata dengan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang dengan ayat seperti ini “padan muka kau! Kau ingat aku hadap sangat nak cakap ngan kau?! Ada aku peduli fasal kau?”.

3- Dan buatlah selalu kemudian biarkanlah ia berlalu selagi belum tiba saat-saat yang memerlukan Hati yang agak penuh dengan ketidakpuasan hati dan dendam kesumat yang melebihi kasih sayang itu menyedari hakikat air dicencang itu takkan putus...walaupun ditutup paip. Dalam longkang/sungai/laut/dalam tanah pun akan bercantum juga...dan memang takkan putus!

Ko tak faham? Hahahaha...aku pon sebenarnya tak faham-dengan perangai ko!!!

Abstrak:

Kenapa kelemahan dari sesebuah perhubungan sahaja terlihat tatkala muncul konflik? Kenapa tidak dirasakan kehangatan kasih sayang yang tersemai sejak terciptanya hubungan itu?

Kenapa rasa hati sahaja yang diletakkan di depan segala rasional pemikiran semasa berdepan dengan serangan emosi?

Kenapa kata-kata yang dulu menjadi dodoian perasaan dibiarkan berlalu tanpa singgah dan dibiarkan masuk untuk menyejukkan amarah?

Kenapa?

Tidak bernilai kah apa yang telah dianyam bersama?

Saat2 yang telah dilalui bersama... bila senyuman menjadi garisan di bibir mu...bila air mata menjadi basahan di pipi mu... tiada nilai kah dia yang menjadi peneman di kala kau memerlukan? Yang bertanya dan memikirkan keadaan mu?

Di mana letak semua itu? Ke mana kau campakkan kurniaan itu?

Apa sebenarnya nilai yang ada dalam hatimu?

No comments:

Post a Comment