..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, June 22, 2013

Perubahan

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2012 - 2013 ni...
Kebanyakannya adalah perkara yang tak terjangkakan dan perkara yang sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...
Hingga kini ia masih berlanjutan dan aku masih tercari cari upaya untuk aku kekal berdiri mengharungi hidup yang entah kan lama entah kan kejap ini...
Kekadang tu aku rasa penaaaaat sangat... Dan yang aku mahu cuma ruang untuk aku bertenang dan berfikir dengan lebih rasional atas permasalahan yang ditimbulkan...
Aku sangat tak harap ada lagi perkara lain muncul!
Aku penat dan lesu...
Aqil...
Zaman persekolahan baru saja bermula, di sebalik kepenatan... Kegembiraan dan keseronokan berada di alam sekolah kian bertambah...
Aku tak harap Aqil menjadi best student, yang aku mahu ialah bila Aqil bersekolah, dia berupaya mengenal perkara perkara asas untuk menjadi seorang pelajar yg tahu kemampuan dan minat dalam pelajaran, hamba yg taat dan bertakwa, anak yang soleh dan manusia yang berguna...
Asfa...
Makin hari makin bijak dan lincah...
Comey dan besar...
Dah pandai main, guling2 dan buat macam2 bunyi...
Semoga Asfa membesar dengan sihat, kuat dan bijak.
Insya Allah, semoga aku, kamu, Aqil, Asfa dan seluruh ahli keluarga dilindungi Allah dari kejahatan dan kelemahan mereka yang berada di sekeliling kami... Amin.
Nyatanya, memang banyak yang lain dan berubah. Diri sendiri... Baik dari fizikal, cara hidup, persekitaran dan kerja...
Apa yang boleh aku harap dari semua ini ialah agar di mana berdirinya aku kini, jika tak mampu menyenangkan janganlah aku menyusahkan.

No comments:

Post a Comment