Ceramah Ustaz pagi tadi...
Amal ibadat seorang isteri adalah menjadi tanggungjawab suami untuk perbetulkan dan memastikan mereka sentiasa dan memperbaiki amalan mereka.
Kerana nanti di akhirat kelak, lelaki akan ditanya mengenai tanggungjawab mereka terhadap 4 perempuan:
Isterinya, ibunya, saudara perempuannya dan anak perempuannya.
Untung suami zaman sekarang ni, perempuan kebanyakannya pandai berdikari dan ada pendapatan sendiri. Tak perlu nak harap pada suami semata mata.
Tapi...
Rugilah juga suami itu bila lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka dan meletakkan semuanya atas bahu isteri.
Makan, pakai dan keperluan zahir isteri adalah tanggungjawab suami. Mungkin mudah nak diberi dan mungkin terlebih lebih pula...
Tapi...
Makan, pakai dan keperluan batin isteri sering terabai. Perhatian pun kadang suami terlupa nak beri tapi asyik meminta saja.
Kita kadang lupa, apa yang kita beri, kita akan dapat semula...
Jika mahu dilayan hebat, kita kena terlebih dahulu layan orang lain dengan hebat.
Jika mahu disayangi dengan sepenuh hati, kita perlulah menyayangi orang dengan sepenuh hati.
Kadang suami mungkin terlupa bahawa isterinya adalah manusia berjantina perempuan yang fitrahnya sedia lemah. Baik dari segi fizikal mahupun mental. Kerana Allah ciptakan perempuan itu sifatnya lembut, penyayang dan mudah tersentuh.
Dan suaminyalah yang bertanggungjawab untuk melindungi dan membela mereka.
Situasi sekarang sudah mula menunjukkan bahawa suami kian leka dan mengabaikan tanggungjawab mereka.
Mereka tidak memberi nafkah yang sepatutnya dan mengambil sambil lewa terhadap keperluan isteri.
Ya, memang benar isteri sudah ada duit sendiri dan boleh menggunakannya sesuka hati. Tapi bukan untuk membayar sewa rumah, pinjaman kenderaan, duit sekolah anak, duit dapur, bil api air, beli itu ini tanpa suami peduli!
Mereka tidak peduli keselamatan dan kesihatan isteri.
Ya, isteri bukan budak budak yang perlu dijaga selalu tapi janganlah sampai tak tahu langsung di mana isteri berada dan dengan siapa mereka berurusan. Hinggakan isteri nak balik kampung pun dibiarkan sendirian malah lebih teruk bila terpaksa memandu/menaiki bas dengan anak2!
Apa tujuan isteri bekerja?
Kononnya untuk membantu suami? Sudahnya yang bayar hutang, bil, duit sekolah anak adalah isteri. Pulak tu kerja rumah isteri jugak kena tolong selesaikan... Padahal bukankah urusan rumah dan anak2 adalah tugas suami? Isteri nak tolong pon dah kira bernasib baik, tahu?! Ade suami kisah?
Kononnya untuk menambah pendapatan keluarga? Akhirnya, bila dah senang suami lupa kesusahan bersama isteri dan mula mencari kepuasan diri. Duit dah berlebih sikit mulalah nak ke sana, ke sini, jalan sana, jalan sini, makan kt luar, beli itu ini tapi semuanya hanya untuk diri sendiri jer...
Kononnya nak cari duit untuk beli barang keperluan sendiri? Nyatanya bukan untuk diri sendiri tapi kepada anak dan keluarga juga. Tambah2 bila suami tak de duit, duit isteri jugak di kebasmya!
Peranan suami?
Bertanggungjawab menjaga isteri, anak anak dan ahli keluarga.
Bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makan, minum dan persekitaran yang cukup serta selamat buat ahli keluarganya.
Bertanggungjawab mendidik dan memastikan isteri cukup bekalan agamanya serta elok amal ibadatnya.
Ingat senang ke nak jadi suami?
Silap hari bulan syurga dunia yang dikecapi, neraka akhirat tempat bersemadi. Jika neraka jatuhnya isteri kamu, berkemungkinan neraka jualah tertiarapnya kamu!
No comments:
Post a Comment