Seolah ada batu batu besar di bahuku..
Berat sungguh!
Ramai yang melewatiku,
Mereka bersimpati,
Mereka tersenyum sambil meringankan bebanku,
Mereka memerhati dengan kehairanan bagai ada 1008 persoalan ingin ditanya,
Ada ramai mereka dengan pelbagai reaksi.
Aku tak mahu apa-apa lagi..
Pintaku Tuhan,
Hadiahi aku sebuah eskavator..
Untuk membantuku mengangkat semua batu yang bakal diletakkan di bahuku..
Untuk membantuku mengaut dan mengalihkan aral yang melintang di sepanjang perjalananku,
Untuk membantuku melenyek onak duri yang sering menyucuk dan membuatkan aku menangis kesakitan,
Untuk membuatkan aku kebal dilewati angin ribut yang hadir bersama hujan batu..
Aku mahu eskavator!
Aku pasti nampak hebat dengannya..
No comments:
Post a Comment