..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, August 24, 2010

Masak...

Semalam Aqil demam, jadi aku amek EL..
Seharian di rumah banyak jugaklah perkara yang aku langsaikan...
Pergi pasar, kemas rumah, basuh toilet, gosok baju dan masak...masak??!!
Semenjak tinggal bersama mak ni, aku jarang ke dapur... Bukan sebab aku tak reti masak, tapi aku memang tak suka!!! Masa dok umah sendiri dulu tiap2 hari aku masak, sampai mati akal sebab tak tahu menu apa nak dimasak...
Memang bukan aktiviti pilihan...!
Nak dijadikan cerita, mak tak berapa sihat, Aqil nak kena makan, adik keje dan hanya aku yang jadi harapan keluarga untuk menyediakan makan tengahari merangkap juadah berbuka...
Menu yang paling senang dan yang paling aku suka ialah Nasi Ayam Madu...Wow!!!
Senang sebab, aku cuma perlu masak sup ayam untuk makan tengahari Aqil, pastu boleh sedia terus untuk juadah berbuka...
Apa yang cuba aku sampaikan kat sini bukanlah nak bagitau Aqil demam/ aku EL/ kemas rumah/ basuh toilet/ aku tahu masak/ aku suka dan tahu masak nasi ayam....
Yang aku nak cerita ialah, Aqil boleh tanya aku dua kali soalan yang sama iaitu...
"Ibu, ibu dah pandai masak ker?" perghhh.... Kalau bukan anak aku yang tanya, dah lama dah aku secara diam2 menyekeh budak tu...
Tapi respon aku dengan Aqil, biasalah...
Aku tarik nafas dalam2 n pastu ketawa....
Aku pon jawab, "Ibu memang pandai la masak, sayang"
Pastu kuar lagi soalan, "Tapi nape dulu-dulu Ibu tak pernah masak pon?"
Jawabku, "Sebab, hari ini ibu cuti..."
Dia tanya lagiiiiiii..." Dulu-dulu pon ibu cuti tapi Aqil tak nampak pon Ibu masak..."
Aku pon tarik nafas lagiiiiii...dan jawab, "Selalu ada mak yang (adik pompuan aku yang sgt suka masak). Jadi Ibu tak yah la masak."
Barula dia diam...tapi senyuman di bibirnya yang buat aku maaaakkkiiiinnnn geram...
Budak ini ke!!! Sabo jerla...
Tak sangka aku pemerhatian Aqil sampai macam tu sekali...ataupun aku yang seakan terlupa dengan apa yang sedang aku lakukan akan sentiasa diperhatikan...

1 comment: