4 hari lepas Aqil dengan bangganya memberitahuku yang dia dah pandai lukis orang...
wow!!! kataku...dan meminta dia melukis untukku...
aku bertanya gambar siapa dia nak lukis, Aqil jawab "Aqil nak lukis gambar ibu, Aqil dan Ayah"
terkedu sekejap bial dengar perkataan "Ayah"...hmmmm...
namun begitu, Aqil telah menghasilkan 4 orang lidi...dia kata itu orang lain...
agak mengejutkan bila ditanya siapa nama orang lain tu...tapi aku ejakan juga...
adoiyaiiii....
kemudian, dia melukis lagi...
katanya dia nak lukis gambar kawan ibu...
bila ditanya siapa nama kawan ibu tu?
Aqil jawab, "Kakak Wani" dan lagi seorang Kak Izah (itu pun sebab dia br dapat sample biskut raya yang aku bawa balik)
Biar siapapun Aqil nanti, aku harap dia akan sentiasa menghargai setiap jiwa yang hadir dalam hidupnya...
Kerana tak kira siapapun kamu, kamu adalah sangat istimewa dan unik...
Terima kasih kerana sudi menjengah ke dunia kami... Sayang kamu!!
No comments:
Post a Comment