Ini adalah apa yang pernah ku coret dulu….
Pada 5 Julai 2010, bertajuk Batas…
aku seakan terlupa akan batas dalam persahabatan..
setelah sekian lama baru aku tersentak...
aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,
mereka juga akan sama seperti aku...
rupanya meleset...
berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...
tapi entah kenapa aku seakan leka...
dan kini...
sekali lagi aku diingatkan...
dan aku mula terfikir...
benarkah dalam erti sebuah persahabatan
masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?
berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?
berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?
berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?
berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?
jika benar ia begitu...
aku silap kerana menganggap mereka sebagai sahabat...
aku tersilap lagi....
namun...
aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?
Dan kini ia seakan ingin aku ulangi lagi….
Dengan penambahan…
Telah ku belikan sebotol minyak wangi kecil…
Harumannya adalah yang pernah dia sebut-sebutkan dulu…
Sangat harum dan aku sukakannya…
Dalam hati ku berdetik, ‘ mesti dia suka ni… dah lama kot dia mahukannya…’
Lalu sekeping Rupiah10,000 ku hulurkan tanda berganti nilai dengan barangan…
Namun entah kenapa semacam sayu pula bila aku teringat apa yang sudah berlaku…
Lalu ku ulang lagi puisi yang pernah ku karang itu…
Aku mungkin tidak sedar dan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya…
Lalu telah aku taipkan kata maaf…
Aku mungkin telah terlanjur menganggap dia punya perasaan yang sama seperti ku…
Mungkin benar apa yang dia taipkan untuk ku…
Pun begitu, aku telah terlebih awal membawa hati ini jauh dari dia…
Kerana serik tiap kali ingin bersahabat pasti aku diketepikan...
Sahabatku tidak ramai, kerana aku tak mahu antara isi dengan kuku terselit sekeping kaca halus yang mengalirkan darah merah menjarakkan aku dan sahabatku....
Dia tak perlu disakiti lagi…
Dia tidak perlu mencari aku untuk dipersalahkan lagi...
Dia tidak perlu menghadiahkan kemarahannya pada aku...
Dia tidak perlu rasa terancam dengan kehadiran ku...
Dia tidak perlu jadi yang dia tak sepatutnya jadi disebabkan aku...
Oleh yang demikian, dia tidak perlu memperlihatkan lagi bahagian hitam dalam dirinya yang pernah disingkap oleh sikap ku yang sungguh menjengkelkan...
Kerana aku masih menganggapnya sahabat yang pernah berkongsi saat suka dan duka ...
Walaupun dari kejauhan…
p/s:semua yang aku cari untuk dia adalah yang terbaik aku rasakan... namun begitu, minyak wangi itu aku pakai sendiri je kerana ia akan membuatkan aku mengingati keharuman budi bahasanya dan melupakan aroma yang tidak enak untuk dihadam oleh benakku. b gud, girl...
sedihnya bila kita ikhlas berkawan tapi tak dihargai keikhlasan tu..
ReplyDeletexperla...dah bukan rezeki kite... :,(
ReplyDeleteMasih barukah minyak wangi itu... nak nak nak... ihiih... gurau je le.
ReplyDeletedlam dunia ini.. masih ramai yang menghargai kita..
Sudip... hadiahkan satu ketukan... ihihih..