mungkin sepatutnya sedari dulu aku berperasaan begini...
agar ia tiada lagi di sini...
mungkin sepatutnya aku berhenti berfikiran begitu...
agar ia tidak terganggu...
mungkin sepatutnya semua ini tidak berlaku...
agar tiada lagi yang menyakitiku...
namun,
aku telah membiarkan...
dan sekali lagi...malah berkali-kali aku dicalari...
terguris dan menangis....
adakah kerana sayang,
maka kamu masih bersamaku?
benarkah kerana kamu rindu,
mungkinkah nyata perasaan itu?
jika benar...
kenapa aku akan terasa pedih dengan kata-katamu?
mengapa hati ini bagai diguris dengan tindakanmu?
bagaimana perasaan ini masih tersentap dengan usikanmu?
adakah ia disebabkan perasaanku sendiri?
entah kenapa aku baru terfikir...
kenapa sampai ke tahap ini aku bersama kamu?
dan tak semena-mena...
tetiba aku dikejutkan dengan satu perasaan...
siapa sebenarnya aku di hati kamu?
sekadar teman meluang masa...
sekadar kawan untuk kamu bercerita?
sekadar rakan untuk bergelak ketawa?
dan sekadar aku untuk kamu melepaskan perasaan yang dipendam?
nyatanya aku bukan siapa-siapa pada kamu...
macam mana aku boleh biarkan semua ini berlaku?
kerana aku terlalu sayangkan kamu?
kenapa aku begitu terasa dengan tingkah kamu?
kerana kamu terlalu dekat di hatiku?
bagaimana aku tanpa kamu?
aku akan lemah dan hilang arah?
aku tanpa kamu...
hilang teman berbicara...
hilang pengisi kekosongan hati...
hilang ria berganti sepi...
bagaimana kamu tanpa aku?
akan ada kah perbezaan dalam hidup kamu?
kamu tanpa aku...
masih ada dia di sisi kamu...
masih ada bahagia di hati kamu...
masih ada sesuatu untuk segalanya...
dan mungkin kerana itu kamu berulang kali mencalari perasaan ini...
berulang kali menyakiti...
berulang kali membuatkan aku ingin pergi....
mungkinkan terputus di tengah jalan...
ReplyDeletemungkinkan terlerai tanpa ikatan...
usah ragu dengan takdir...
mungkin kita kan berbeza haluan...
berakhirnya cerita percintaan...
segalanya ketentuan, Tuhan...