Terbaca sebuah emel yang dikirim secara terbuka dan melalui perbualan bersama kakak Nani, lalu terpanggil nak mencoret sesuatu di sini..
Balasan yang kite terima akibat dari perbuatan kite kekadang bukanlah secara nyata dan hanya kepada kite.. Tak mahu bercerita tentang azab (nanti kite fikir2kan dan renung2kan), jom tengok dari segi nikmat..
Hasil dari keikhlasan kite bekerja selain dari mendapat gaji yang walaupun macam tak berapa nak cukup tapi kekadang kite boleh terfikir..eh,ada lagi duit aku ni?..tak pun..hutang dibayar..dapat ehsan orang melalui anak..orang belanja makan..dapat gi mesyuarat ke Pulau Redang..bos bawak bercuti ke Medan..tu kan rezeki..
Nikmat boleh datang dalam pelbagai bentuk! Dan senario yang agak jelas dan semua pun tahu.. Bagaimana anak2 seorang peneroka felda boleh berjaya? Itu kan dikira sebagai nikmat atau secara tak sedar sebagai balasan dari keikhlasan, ketekunan dia bekerja serta wang halal yang digunakan untuk menyara keluarga.. Memang balasan dari kerja yang dia buat tak dapat bulat2 ke dia.. Tapi kejayaan anak2 adalah lebih penting dari wang ringgit! Lama mana wang yang ada boleh kekal dalam bank? Anak yang berjaya bersama iman pasti akan menyenangkan di hari tua dan boleh menyejukan kite yang bakal diam kat bawah sana.. Kontra dari senario tersebut, dalam drama kat tv ada banyak.
Tapi bila kite sedar 1 perkara, kadang dugaan yang kite terima bukan sekadar datang sebagai ujian menajamkan iman tapi berkemungkinan ia adalah salah satu bentuk balasan akibat dari perbuatan kite. Bila diselidik mungkin kite akan tersedar bahawa kite terlupa kite sebenarnya telah melanggar hak kite sebagai hamba. Dan kesusahan yang kite hadapi tika ini hanyalah isyarat membangunkan kite dari kelalaian berteman khayalan semata..
Oleh yang demikian, masih belum terlambat jika kesedaran telah mengetuk pintu hati.. Selagi pintu taubat masih terbuka..
|Sekadar cetusan mengingatkan diri dan cubaan berpesan ke arah kebaikan. Tiada kaitan dengan mana2 individu mahupun pakcik peneroka felda yang kacak bergaya.. Trying 2bsimsucb4|
huhuhuuuuhhh.. saspen je. ingat bincang psl apa tadi.
ReplyDelete