Hmmm….
Macam ader banyak perkara ingin dicoret di sini…
Namun, tiap kali menjenguk ke sini pasti tumpuan ku dilarikan ntah ke mana ntah…
Tak tawu kenapa?
Sungguhpun begitu…
Banyak sudah yang telah terpampang di sini…
Cuma ada sebahagian sahaja yang masih terselit di fikiran dan sengaja aku biar untuk serabutkan kepala hotak….
Hehehehe…
Tapi ader satu cite yang agak menyentuh hati…
Kisah sahabat yang cukup buat aku teringat kisah dolu dolu….
(Pergh..hampehnya kisah dolu-dolu tuh sampai xleh nak hengat…mencik!!)
Tapi Alhamdulillah isu tu setel…
Cuma aku kadang pelik, bagaimana seorang lelaki yang punya jisim kekuatan sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan pompuan (yang secara stereotaip dikatakan lemah) boleh melayan perasaan sehingga melampaukan tindakan yang diambil? Faham tak? Huhuhuhu…
Macam hilang semua yang pernah dilakukan bersama...semua yang pernah disusahkan bersama atau yang menyusahkan...semua yang manis-manis...semua yang indah-indah...takley ke fikir dulu sebelum bertindak?
Klau aku seorang lelaki... apa aku buat ek? Aku harap aku tak buat perangai tak semenggah yang lelaki-lelaki yang pernah aku kenal/jumpa/ ingat telah buat kat aku atau mereka-mereka di sekeliling ku...nauzubillah...
Mengingatkan aku pada seseorang juga…
Dia menyakiti kerana hati kecilnya (yang diakui tidak sesensitif aku-pompuan) disakiti….
Dengan hal apa nak tawu? Apabila ada seorang mamat mana ntah tegur awex dia (yang takla berapa nak cun macam aku) dan bertanya pasal perkara am jer…
Orang ni punyalah hangen satu badan dan terus dengan kerasionalan yang dia claimed as logic, keluar dating ngan minah mana ntah untuk sakitkan hati awex dia yang tak brapa nak cun tu… adoiyaiiiii…
Cemburu? Mungkin jugak…tapi apa nak buat??? tanpa mereka-mereka ni…maka aku takkan tua dengan bermakna… ader banyak perkara aku belajar dari setiap orang yang aku kenal, kawan-kawan yang aku kawan, keluarga dan sahabat…
Aku yakin, sekiranya aku masih berupaya mengekalkan tahap positif yang macam positif ni, aku masih akan menjadi seorang tua yang punya pengalaman bermakna dan bernilai estetika….ngeeee…
Cite lain?
Aqil la… dia baru masuk tadika baru.. apa yang boleh aku harapkan? Aku dah berusaha untuk cari tempat yang aku rasa antara yang terbaek, oleh yang demikian tawakal dan bantu sikit-sikit mana yang boleh sahaja mampu aku lakukan sekarang…
Aku akan sentiasa doakan dia menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, ameeennn…
Lain?
Hmmm…
Kamu?
Aku rasa biarlah aku barada di garisan neutral… no offense… Cuma sekadar..biarlahhhh…ngeeee…
Aku nak habeskan 2010...dan aku telah habeskan sebahagian masa ujung 1431H... untuk aku memulakan langkah yang lebih baek...lebih bermakna...lebih maneeeessssss....ngeeee...insyaAllah....
No comments:
Post a Comment