..................

trying 2bsimsucb4

Monday, July 5, 2010

batas...

aku seakan terlupa akan batas dalam persabatan..
setelah sekian lama baru aku tersentak...
aku sangka bila aku tidak meletakkan garis dan perbezaan,
mereka juga akan sama seperti aku...
rupanya meleset...
berulang kali aku diingatkan mengenai batas itu...
tapi entah kenapa aku seakan leka...
dan kini...
sekali lagi aku diingatkan...
dan aku mula terfikir...
benarkah dalam erti sebuah persahabatan
masih terdapat sejalur garis yang membezakan kita?
berbezakah erti sahabat mengikut pangkat?
berbezakah erti sahabat mengikut keturunan?
berbezakah erti sahabat mengikut kekayaan?
berbezakah erti sahabat mengikut rupa paras?

jika benar ia begitu...
aku silap kerana mengaggap mereka sebagai sahabat...
aku tersilap lagi....

namun...
aku hairan, mengapa perlu ada perbezaan itu?

3 comments:

  1. tiada garis perbezaan dalam nilai persahabatan dik...

    ReplyDelete
  2. mungkin tersilap bersahabat kot...bersahabat dengan orang yang tak perlu dijadikan sahabat dan dia tak anggap kite sahabat dia... hmmm...

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu... orang itu tidak layak digelar SAHABAT... sahabat adalah mereka-mereka yang tidak pernah meletakkan garis-garis sempadan.. tidak pernah meletakkan syarat... tidak pernah meletakkan darjat atau pangkat sebagai jurang perbezaan...

    ReplyDelete