..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, November 3, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 3

Apa betul kah kehadiran seorang anak bakal mengukuhkan tali ikatan kedua ibu bapanya?
Pada aku itu hanya teori...praktikalnya hanya berjaya jika pasangan itu benar2 menghargai dan mahukan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
Jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha dan mencuba untuk menjadi yang terbaek bagi pasangannya tapi sebelah pihak lagi hanya sibuk mencari kebaikan untuk diri sendiri sahaja...kemungkinan besar, perjalanan hidup sebagai pasangan bakal terbengkalai dan mungkin juga diteruskan tapi dipenuhi onak dan duri hingga kesudahannya adalah mengecewakan juga.
Aku masih skeptikal dengan perkahwinan pada zaman sekarang...
Melihat kegembiraan di ulas senyuman mereka tetapi kedukaan di mata jelas terpancar...
Apa yang boleh diharapkan dari seorang yang telah berikrar untuk menjadi pasangan kita sehidup semati, hingga ke akhir nyawa, hingga ke pintu syurga, hingga menutup mata...hmmm...
Bolehkah diwujudkan harapan jika di saat kita berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang menyentuh hidup kita, kesihatan kita, keluarga kita, anak kita, perasaan kita, keperluan adanya sokongan untuk kita bertahan dari rasa takut dengan sesuatu perkara...akan tetapi kita hanya sendirian mencuba untuk berdepan dengan semua itu tanpa dia yang amat diperlukan?
Nilai setiap orang tidak sama...
Mungkin kesusahan orang lain dianggap kecik berbanding kesenangan kita...
Mungkin kesedihan orang lain dianggap mudah berbanding kegembiraan kita...
Mungkin kesakitan orang lain dianggap remeh berbanding kebahagiaan kita...
Mungkin menyelesaikan tugasan kerja lebih penting berbanding berada di samping pasangan yang ditahan wad dek masalah kesihatan...
Mungkin minat dan cita-cita lebih bermakna dari keluarga yang bergantung harap...
Mungkin diri sendiri lebih penting dari mereka yang dicari dan dikejar untuk dijadikan keluarga.
Lumrah... Kalau tidak masakan boleh ada pepatah melayu...
Sudah dapat gading bertuah tanduk pula dilupakan...(ye ke?)
Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...
Kadang mungkin kita lupa atau tak tahu tujuan kita hidup dan mempunyai keluarga...
Untuk apa?
Apa perlunya semua yang kita cari di dunia ini untuk hidup kita di sana nanti?
Adakah duit setinggi gunung yang dicari untuk bahagiakan keluarga kita berupaya menjamin kebahagiaan kita sekeluarga di akhirat sana?
Adakah pencapaian cita-cita dan minat kita hingga sanggup meninggalkan keluarga bakal menjamin kehidupan kita di dunia dan akhirat?
Adakah mendapatkan penghormatan orang lain hingga tak peduli perasaan keluarga sendiri bakal menjanjikan penghormatan di akhirat nanti?
Apa perlunya usaha kita yang bermacam-macam ini hingga tak kenal batas dan had serta mengabaikan hak mereka yang patut didahulukan?
Hidup bukan selamanya dan keluarga juga ada tempoh masa mereka...
Mungkin tak salah sangat jika silap menghargai... Tapi mungkin menjadi sangat kesal jika tidak sempat menghargai kesempatan yang diberi...

No comments:

Post a Comment