..................

trying 2bsimsucb4

Friday, November 9, 2012

Hanya itu...

Jika dulu semasa akalku belum kenal erti perhubungan...belum kenal erti kasih sayang...belum kenal erti bahagia...dan belum kenal erti keluarga...
Aku impikan dia yang punya kerja hebat...
Aku impikan dia yang dikenali ramai...
Aku impikan rutin yang lain dari biasa...
Aku impikan sesuatu yang kompleks dan sofistikated...
Lalu kini...
Selepas tangga rapuh yang menjatuhkan aku...
Selepas cerun licin yang menggelonsorkan aku...
Selepas laluan berduri yang melukakan aku...
Selepas aku bangkit dari kesakitan yang tak pernah hilang...
Kini aku punya pengharapan untuk diri ku..
Aku harap kamu biasa-biasa saja...
Aku harap hidupku biasa-biasa saja...
Aku harap perjalanan seharianku biasa-biasa saja...
Kerana aku hanya mahu yang biasa...
Yang sederhana...
Yang ringkas...
Yang normal...
Aku tak perlukan kamu yang punya dan asyik dengan minat dan aktiviti...
Aku tak perlukan kamu yang berjawatan tinggi dan sering ke luar negara...
Aku tak perlukan kamu yang punya bisnes berjuta...
Aku tak perlukan kamu yang popular dan disukai ramai...
Harian ku biarlah ringkas...
Bangun dari tidur di samping kamu selepas menghabiskan malam yang rutin di minggu kerja...
Makan malam bersama, menonton tv atau bermain permainan video atau membaca buku bersama aku dan anak-anak...
Bersarapan bersama dan keluar ke pejabat untuk tugasan demi rezeki untuk keluarga...
Berhujung minggu dengan perancangan atau tanpa perancangan bersama aku dan anak-anak...
Walaupun mungkin akan ada yang berbeza dari rutin itu, namun tidaklah kerap dan yang paling penting...
Kamu ada di sisi setiap hari dan setiap kali aku memerlukan kamu...
Tanpa perlu aku kisahkan sesuatu yang kamu anggap lebih penting dari aku dan anak-anak...
Tanpa perlu jadual pembahagian masa yang kamu ada setiap minggu...
Tanpa perlu ada keperluan lain untuk kamu penuhi...
Itu saja yang aku mahukan...
Seorang teman yang biasa-biasa saja, dengan rutin harian yang ringkas, tanpa kompromi dan sentiasa aku dan anak-anak diutamakan...
Itu saja...
Dan hanya itu.

No comments:

Post a Comment