Tiap kali hati ini terguris, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku bersedih, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali berasa sunyi, pasti aku mahu kamu...
Dan setiap kali itulah aku harap sangat kamu ada di situ menantikan aku untuk berlari mendapatkan kamu, memeluk kamu dan menangis sepuas-puasnya agar hilang semua kesakitan, kepedihan dan kesunyian ini...
Tanpa kamu perlu berbuat apa-apa...
Tanpa perlu kamu berkata apa-apa...
Tanpa perlu kamu berfikir apa-apa...
Cukuplah sekadar kamu membuatkan aku berasa kamu sentiasa di situ tiap kali aku perlukan kamu.
Tiap kali aku berasa gembira, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku berasa teruja, pasti aku mahu kamu...
Tiap kali aku berasa bahagia, pasti aku mahu kamu...
Dan setiap kali itulah aku harap kamu ada di situ menantikan aku untuk berlari mendapatkan kamu, memeluk kamu dan ketawa sepuas-puasnya agar kamu turut merasakan kegembiraan, keterujaan dan kebahagiaan ini...
Tanpa kamu perlu berbuat apa-apa...
Tanpa perlu kamu berkata apa-apa...
Tanpa perlu kamu berfikir apa-apa...
Cukuplah sekadar kamu membuatkan aku berasa kamu sentiasa di situ tiap kali aku perlukan kamu.
Aku sangat perlukan kamu saat ini!
No comments:
Post a Comment