..................

trying 2bsimsucb4

Tuesday, November 27, 2012

Suami, isteri dan anak... Part 4

Adakala satu perkara yang tidak kita minta dan duga telah berlaku lalu menimbulkan akibat-akibat serta kesan yang berbeza-beza bergantung kepada situasi dan perasaan semasa kejadian.

Contohnya, suatu hari kita nampak seorang anak kecil sedang membersihkan kasut abah dia.

Mungkin bagi kita...
Bagusnya budak kecik ni, kecik-kecik dah pandai menolong dan buat sesuatu untuk orang tuanya. Mesti bangga ibu dan abah dia,kan?

Mungkin bagi kamu...
Bersihkan? Kenapa pulak? Tu ada la yang dia nak bodek tu... Apa jerla yang dia nak?

Mungkin bagi dia... Ada ke patut suruh anak kecil macam tu bersihkan kasut? Dera ke hapa?!

Mungkin bagi mereka... Apalah sangat nak diharap kudrat budak kecil tu sampai kasut pun nak suruh bersihkan? Teruk betul! Malaslah tu,semua nak harap orang buatkan!

Mungkin bagi makcik tu... Hmm... Eloklah tu dari asik main je...

Mungkin bagi pakcik sebelah rumah... Nanti ko tolong acik bersihkan kasut acik, abang dan akak ko yer... Senang keje aku lepas ni...

Persepsi...

Tapi siapa yang tahu hakikat sebenar di sebalik inisiatif yang anak kecil itu ambil sebenarnya hanya bermula dari niat dan keinginan untuk membantu dan membuat sesuatu untuk abah dia... Tanda dia suka dan sayang kepada abah dia dan mungkin...mungkin anak kecil itu cuma mengharapkan ucapan terima kasih dan usapan serta pelukan mesra tanda menghargai usahanya.

Penghargaan yang diberi oleh ibu dan abah kepada anak adalah perkara yang sangat besar ertinya dan mampu menaikkan tahap keyakinan diri anak tersebut. Tak kisahlah anak itu masih kecil atau telah menjadi abah kepada anak kecil sekalipun- kata pakar lah...

Nyata perbezaan antara anak kecil dengan orang dewasa ialah...

Anak kecil selalunya melakukan sesuatu terus dari hati dan akal yang masih bersih dan naif...

Orang dewasa pula punya banyak agenda dan tanggapan serta mudah dikaburi dengan Corak pemikiran yang dididik dari kecil hingga dewasa juga dari pengalaman silam lalu cenderung membuat kesimpulan negatif biarpun perkara itu positif...

Bagi aku...
Setiap perkara yang dilakukan untuk aku oleh sesiapa pun adalah sangat wajar dihargai...
Biarpun sekadar menyediakan ruang untuk aku berbaring dengan selesa di sisinya.
Kerana kita tak jangka bahawa mungkin itu adalah perkara yang terakhir dilakukan buat kita dan ia adalah yang paling ikhlas dan bermakna dari dia. Walaupun tiada kata yang lahir dari bibirku mengucapkan penghargaan, dalam hatiku sentiasa berdetik agar dia sentiasa menyayangi dan mengasihiku serta aku akan sentiasa menyanyangi dan mengasihi dia hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah memberkati dan merahmati kami hingga ke syurga. Amin.

No comments:

Post a Comment