Entah kenapa rasa sebak sangat malam ni...
Semasa tidurkan Aqil tadi aku tak sanggup nak pandang wajahnya...
Aku tahu dia pun rasa tak seronok kerana kena tido sorang2 dalam biliknya...
Alasan yang digunapakai ialah malam ini Aqil dah 7 tahun...
Pun memang dah lama aku janjikan sebuah bilik untuknya bila Aqil dah 7 tahun dan masuk sekolah baru...
Terasa macam aku yang terlebih emosi berdepan dengan situasi ini...
Perasaan aku pada Aqil sangat kuat...
Dari awal kehadirannya dalam hidup aku, Aqil merupakan perkara yang sangat aku harapkan dan nantikan.
Aqil adalah sebab aku bertahan dan bangun untuk hidup semula.
Aqil adalah semangat dan ketabahanku.
Aqil adalah permata hatiku.
Melihat Aqil susah, nyatanya hatiku akan lebih susah...
Melihat Aqil sakit, aku akan lebih sakit...
Entahlah sampai bila aku akan berperasaan begini...
Aku sentiasa mendoakan agar Aqil sentiasa gembira dan dirahmati...
..................
trying 2bsimsucb4
Tuesday, January 1, 2013
7 tahun...yang lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment