..................

trying 2bsimsucb4

Monday, March 21, 2011

sunyi dan sepi

pandangan jatuh ke hujung langit...
entahkan hujung entahkan tidak...
lalu nafas kuhembus menongkah arus...
entahkan bernafas entahkan tidak...
aku berdiri lagi bersama sepi...
kali ini erat sungguh jemariku digenggam...
bagai tidak mahu melepaskan...
namun, tidak pula aku melangkah untuk berlalu...
aku diam di situ...
kaku bersama waktu yang semakin meninggalkan aku...
apa yang ada untukku di depan sana?
aku seakan rela berada di sebalik tembok ini...
biar tiada gamitan yang membawa aku melangkah...
biar aku kekal di sini...
biarpun bersama sepi...
sunyi?
jika mahu turut serta pun tidak mengapa...
fikirku, apa daya ku menidakkan kehadirannya?
biarlah sunyi dan sepi menemaniku...
setidak-tidaknya masih ada sesuatu untukku...

No comments:

Post a Comment