..................

trying 2bsimsucb4

Monday, December 27, 2010

disember2010...

Disember 2010 adalah sangat menyebokkan...
hujung minggu ni aku habeskan bersama aqil...
dan berfikir...
dan merenung sekejap ke belakang...
dan aku terperasan....
bulan ini aku sangat sibuk...rupanya...
sibuk dengan hal-hal yang tak lansung aku rancang sebelum ini...
Anugerah Inovasi - SMANRE, konvensyen 5S-dikir, malam apresiasi- zapin, perhimpunan bulanan - pelancaran aplikasi, outstation - johor, balik kampung - perak, sekolah baru aqil - CIC dan Bowling NRE...
aku buat semua tu dalam bulan ni?
patutla aku terasa macam kekurangan tenaga dan sekaligus menimbulkan kekurangan motivasi untuk berfikir...
aku buat ikut dan jer ni ha...
seb baek penang menyelamatkan aku...
memberi aku ruang untuk diri sendiri...
membuatkan masa terhenti seketika dan membiarkan aku menikmati setiap saat yang berlalu untuk diriku...
dan aku di sebalik aku...
gosh...how i need that a long time ago....finally...
dan tika ini...
aku sedang tune balik keadaan yang aku rasa telah terlepas dari pemantauanku...
aku tak mahu mulakan hari esok dengan kekeliruan...
aku mahu semuanya berada di jangkauanku...
biar mudah aku kendalikan diri ini...
senang untukku menyulam semua perkara menjadi satu...
dan tumpuanku tidak lari terlalu jauh...
maka tidaklah aku terkejar-kejar selarikan diri dengan situasi...

i'm on my own...
n the funny part is...i own nothing...hahaha...

jalan

berdiri di sini menghadap tabir...
dengan dibuai sepoian angin...
aku dialun irama sunyi...
keriuhan yang melanda nyata hanya bisu...
meronta-ronta menarik perhatianku...
namun, kekal ia kaku di situ...
tatkala aku mula berpaling dari sepi...
langkahku tercantas dek sapaan keliru...
kanankah atau kirikah?
aku jelas dengan denai yang sedang aku lalui....
duri dan onak silih berganti...
aku terjah jua...
aku sedar simpang yang sepatutnya aku pusing sudah jauh terlepas...
cuma...
aku berharap akan ada belahan jalan yang bakal memanduku ke hujung yang benar...
yang benar sangat...dan tiada yang sebenar-benarnya...
jalan ini...
hujung yang benar aku tuju...
aku harap...

Tuesday, December 21, 2010

penghujung 2010

Hmmm….


Macam ader banyak perkara ingin dicoret di sini…

Namun, tiap kali menjenguk ke sini pasti tumpuan ku dilarikan ntah ke mana ntah…

Tak tawu kenapa?

Sungguhpun begitu…

Banyak sudah yang telah terpampang di sini…

Cuma ada sebahagian sahaja yang masih terselit di fikiran dan sengaja aku biar untuk serabutkan kepala hotak….

Hehehehe…

Tapi ader satu cite yang agak menyentuh hati…

Kisah sahabat yang cukup buat aku teringat kisah dolu dolu….

(Pergh..hampehnya kisah dolu-dolu tuh sampai xleh nak hengat…mencik!!)

Tapi Alhamdulillah isu tu setel…

Cuma aku kadang pelik, bagaimana seorang lelaki yang punya jisim kekuatan sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan pompuan (yang secara stereotaip dikatakan lemah) boleh melayan perasaan sehingga melampaukan tindakan yang diambil? Faham tak? Huhuhuhu…

Macam hilang semua yang pernah dilakukan bersama...semua yang pernah disusahkan bersama atau yang menyusahkan...semua yang manis-manis...semua yang indah-indah...takley ke fikir dulu sebelum bertindak?

Klau aku seorang lelaki... apa aku buat ek? Aku harap aku tak buat perangai tak semenggah yang lelaki-lelaki yang pernah aku kenal/jumpa/ ingat telah buat kat aku atau mereka-mereka di sekeliling ku...nauzubillah...

Mengingatkan aku pada seseorang juga…

Dia menyakiti kerana hati kecilnya (yang diakui tidak sesensitif aku-pompuan) disakiti….

Dengan hal apa nak tawu? Apabila ada seorang mamat mana ntah tegur awex dia (yang takla berapa nak cun macam aku) dan bertanya pasal perkara am jer…

Orang ni punyalah hangen satu badan dan terus dengan kerasionalan yang dia claimed as logic, keluar dating ngan minah mana ntah untuk sakitkan hati awex dia yang tak brapa nak cun tu… adoiyaiiiii…

Cemburu? Mungkin jugak…tapi apa nak buat??? tanpa mereka-mereka ni…maka aku takkan tua dengan bermakna… ader banyak perkara aku belajar dari setiap orang yang aku kenal, kawan-kawan yang aku kawan, keluarga dan sahabat…

Aku yakin, sekiranya aku masih berupaya mengekalkan tahap positif yang macam positif ni, aku masih akan menjadi seorang tua yang punya pengalaman bermakna dan bernilai estetika….ngeeee…

Cite lain?

Aqil la… dia baru masuk tadika baru.. apa yang boleh aku harapkan? Aku dah berusaha untuk cari tempat yang aku rasa antara yang terbaek, oleh yang demikian tawakal dan bantu sikit-sikit mana yang boleh sahaja mampu aku lakukan sekarang…

Aku akan sentiasa doakan dia menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, ameeennn…

Lain?

Hmmm…

Kamu?

Aku rasa biarlah aku barada di garisan neutral… no offense… Cuma sekadar..biarlahhhh…ngeeee…

Aku nak habeskan 2010...dan aku telah habeskan sebahagian masa ujung 1431H... untuk aku memulakan langkah yang lebih baek...lebih bermakna...lebih maneeeessssss....ngeeee...insyaAllah....

Sunday, December 12, 2010

Andai dapat ku undur masa..

Andai dapat ku undur masa..
Macam ada banyak perkara yang ingin aku ubah..
Dengan harapan setiap perkara yang menyakitkan tidak berlaku dan pasti keadaanku bukan begini..
Namun,
Aku tak mahu kehilangan semua yang aku ada sekarang meskipun bukan milikku..
Apa yang aku ada kala ini sangat bernilai dan pastinya untuk berada dalam keadaan ini bukanlah percuma..
Aku tak mungkin berdaya nak membayarnya..
Dan apa yang diberi adalah lebih banyak dari yang diambil..
Semua ini sudah mencukupi.
Lalu,
Jika semua ini bakal diambil kembali tiadalah dayaku menahan..
Begitupun,aku tetap rasa tidak perlu ku undur masa..
Kerana Dia lebih tahu akan setiap yang berlaku..
Dan tidaklah Dia menganiaya hambaNya kecuali diriku sendiri..


p/s:ada budak kecik ingat aku sebaya dia..pergh! Aku tak mahu kembali ke masa itu. Sungguh!

Tuesday, December 7, 2010

ada sesuatu...

ada sesuatu yang aku rasa aku telah hilang...
sesuatu yang aku sendiri tak berapa nak pasti apa dia???
sesuatu yang buat aku sentiasa terfikir, 'apa lagi ni yer?'...
sesuatu yang punya kesan yang agak mendalam....
tapi apa sesuatu itu???
adakah ini juga bermakna aku bakal kehilangan sesuatu?
sesuatu yang aku mahu, tapi aku sendiri tak tahu apakah sesuatu itu?

yang pasti aku sangat keliru dengan keadaan yang tak berapa nak stabil...
dan seolah-olah semua berlaku di luar jangkaanku...
dan aku masih belum mampu mengawalnya...
fuhh...
ini bakal mendatangkan keletihan!!!