..................

trying 2bsimsucb4

Wednesday, December 16, 2009

Ceritaku...




Aku punya seseorang yang aku gelarnya sebagai kawan baek...
Pada mulanya...
Aku gembira mengenalinya..
Bila dah kenal...
Aku cukup menghormatinya...
Aku letak kepercayaan yang tinggi padanya kerana aku yakin akan tiap buah fikirannya...
Kami bercerita tentang semua perkara tanpa batasan...
Setiap masa...
Aku sentiasa pasti dia akan ada di situ tatkala aku memerlukan dia...
Ya.. Dia memang di situ.
Lama kelamaan...
Perasaanku beralih...
Aku jadi tak sabar menanti pagi Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat untuk menyapanya...kataku ' Salam dan selamat pagi  :) '...
Sudah menjadi rutinku...
Seandainya ia tidak aku lakukan, pasti menimbulkan rasa aneh di hatiku...
Ketaranya...
Laju tanganku membalas mesej dia...
Paling nyata...
Terusik hatiku apabila dia menghantar kata-kata istimewa...
Tragisnya...
Tiap kali hendak berjumpa,
Debaran yang melanda pasti membuat tidurku tidak lena.
Tak sabar menanti detiknya!
Paling berkesan...
Apabila berada dekat dengannya aku rasa bahagia...
Rasa sungguh selesa...
Rasa tenang...
Rasa sangat istimewa...
Makin parah perasaan ini...
Apabila mata bertemu,
Jantung bagai mahu gugur...
Apabila dia senyum,
Seluruh tubuhku seakan bergetar...
Dan apabila dia memegang tanganku,
Aku terasa melayang ke udara tak jejak di tanah...
Yang pedihnya...
Dia hanya boleh menjadi kawan baek...
Hanya kawan baek...
Kerana dia tak mungkin dapat menjadi lebih dari itu...
Kebahagiaan yang telah dia miliki tak berbaloi untuk dirisiko demi aku...
Dia adalah yang terbaik!
Oleh itu, aku mahu yang terbaik untuknya...
Jadi, aku lafazkan juga kata perpisahan pada hari ini 15122009..
Sedangkan bibirku ingin mengucapkan betapa aku amat menyayanginya...
Meluahkan perasaan yang telah berbunga di hati ini...
Tapi, mungkin ini adalah yang sepatutnya...
Dia akan tetap dalam ingatanku, kekal mengisi ruang hatiku..

Menjadi satu-satunya matahari yang sentiasa aku nantikan sinarannya.

Teman,
Andai tiba suatu masa...
Kau keseorangan...
Bingung mencari arah tujuan...
Terduduk dek tamparan keadaan...
Palinglah ke sini...
Aku akan tetap di sini...
Bersedia menghulur tangan...
Membantumu dengan seluruh kemampuanku...
Biarpun ia cuma sekejap...

Dan...
Aku akan terus bertahan...
Berpegang pada kekuatanmu untuk berdiri semula...

Salam perpisahan...

1 comment: