Mungkin dah terlalu lama ia dijalin, maka kini timbul kemeluatan yang amat sangat.
Untuk sesuatu yang bernilai, pasti difikir cara dan jalan untuk mencantikkan, untuk dihiasi, untuk dibesarkan, untuk dipelihara dengan lebih lebih lebih lagi.
Bagi sesuatu yang tidak bernilai pula... Sumbang dan sumbing dek akibat perbuatan kita hanya berkesudahan di bakul sampah.
Keperluan terhadap orang lain bukan umpama kain buruk...
Bila perlu dicari, selesai mengelap dibuang.
Akan dicari semula bila perlu.
Tak dipeduli, tak dihirau... Malah diletakkan di tempat yang tak siapa pun mahu.
Namun, andai sudah begitu jalan yang perlu diteruskan.
Melangkah la juga.
Moga bertemu simpang keluar...
Atau...
Penghujung jalan.
No comments:
Post a Comment