..................

trying 2bsimsucb4

Monday, December 19, 2016

Rindu

Kadang tak sedar airmata mengalir... Sembab mata dah tiada beza...
Makin hari makin sayu...
Makin sebak dan sesak nafas ini merindu.
Menyesali perkara yang tak mungkin dapat diputar kembali.
Menangisi pemergian yang mendadak, tanpa pesan, tanpa sebab...
Menjauhi seakan benci...
Berpaling seolah tiada lagi rasa di hati.
Sedih dan gundah gulana.

Jika begini rasa kehilangan, aku harap tidak memiliki...
Jika begini rasa dikhianati, aku harap tidak mengenali...
Jika begini rasa dibenci, aku harap tidak pernah menyayangi.

Semoga gelita hati ini kian terang...
Semoga kesakitan hati ini kian pulih...

Berikan aku kekuatan... Agar aku mampu bangkit.
Berikan aku keyakinan... Agar aku mampu melangkah.
Berikan aku ketabahan... Agar aku mampu menolak emosi.
Berikan aku kesabaran... Agar aku mampu tersenyum lagi.

Kali ini paling sakit...
Kali ini paling perit...
Kali ini paling Sedih...
Kali ini paling pedih...

Aku sudah rebah tersembam ke bumi. Sedang cuba untuk bangkit bertongkat dagu.

Hampir saja aku mengalah, menyerahkan semua... Namun, kasihNya masih ada.
Dia alihkan pandangan ke luasnya alam... Buat aku sedar masih ada yang berpaut pada ku, makanya aku perlu bertahan. Aku perlu untuk bangun... Walau pun kini seinci aku cuba bangkit, seinci juga aku tergelincir dek kenangan. Malah, tika ini... Airmata ini bergenangan dan mengaburi penulisanku.
Tuhan, bantulah aku.

Saturday, December 17, 2016

Curi

Atas apa juga alasan, yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram.
Mencuri adalah salah, biar pun niatnya murni. Kenapa perlu pilih nak mencuri? Kenapa nak juga buat perkara yang salah? Kurang pelajaran? Itu adalah pengetahuan am kut?! Mencuri dosa. Semua mak mesti pernah beritahu kat anak bahawa mencuri berdosa, nanti kena potong tangan! Kalau budak hingusan yang mencuri mungkin masih boleh diberi muka, hukumlah sikit. Tapi ni bila dah tua bangka, nak mampus... Masuk bilik orang, selongkar laci dan curi duit RM200... Apa agaknya yang ada dalam kepala otak si tua bangka tu ek? Adehlaaaaa... Solat tonggang tonggek, kupiah atas kepala 25jam pun tak menjamin hati tu bersih! Nak nak duit banyak diperabih ke judi, tengok nombor 27jam!
Mujurlah orang tua... Kalau tidak, entahlah...
Jangan jangan... Duit yang selama ni asik hilang je, adalah angkara si tua bangka tu!