..................

trying 2bsimsucb4

Sunday, April 28, 2013

Perihal orang berbisnes...


Kenapa aku skeptikel sket pasal bisnes?
Bukan masalah pada jenis bisnes tu sebenarnya… buatlah bisnes jual kepok ke, jual kain ke, direct selling, indirect selling ke, MLM ke, siangLM ke…semua tu adalah sebagai rezeki yang kite cari untuk teruskan hidup dan kununnya nak bahagiakan diri sendiri serta keluarga…kan?
Yang menjadi isu pada aku sekarang ini ialah cara orang yang menjalankan bisnes tu… hmmm… tu yang buat aku rasa menyampah, meluat dan paling boleh aku buat ialah mengeluh jer… yerlah siapa aku nak kata lebih2 dan tanya lebih2, kan? Walaupun boleh dikatakan sejak aku sudah mampu menggunakan akal dan fikiran untuk berfikir ni aku dah terlibat dengan mereka-mereka yang berbisnes… dan dari pengalaman itulah yang membuatkan aku berfikiran dan berperasaan > aku tak suka berbisnes!!
Kerana aku nampak pengabaian...
Mereka yang berbisnes selalu meletakkan keutamaan kepada bisnes sahaja!
Macam mana aku boleh kata begitu?
Kerana… selalunya akan terkeluar ayat-ayat seperti…
“ bagilah masa 2 tahun untuk aku buat bisnes ni betul2… hal-hal lain aku tak boleh nak fikir sangat dalam tempoh ni… 2 tahun jer pon yang aku nak…” atau ayat cenggini
“aku buat bisnes ni pon sebab nak bagi kau makan jugak… nak belikan barang2 kau jugak… nak bayar untuk anak2 kau jugak… jadi hal2 personal pasal kau dan anak2 kau ni, kau uruslah sendiri tak yah lah nak libatkan aku…boleh tak tolong faham dan jangan dok sebok kalau aku asek kuar untuk berbisnes?” ataupun mereka akan guna ayat macam ni…
“kalau aku tak kuar buat bisnes alamatnya tak merasalah nak senang sket… duit gaji aku mana cukup nak tampung semua2 ni?” atau jugak ayat begini…
“aku kuar buat bisnes jer, bukan pergi joli2… yang kau ni asek sebok nak tanya itu tanya ini kenapa? Bisnes ni dah sama penting macam kerja aku dah!”…
hmmm…
sedangkan mereka yang berbisnes selalu terlupa masa, ruang dan kefahaman yang mereka minta tu selalunya dan kebanyakkannya adalah dari isteri, anak2, mak, ayah, adik beradik dan sedara mara… iaitu dari mereka yang dipanggil keluarga…
walhal, dalam apa saja aspek…tanggungjawab terhadap keluarga tu lebih penting dan kat situlah yang menjamin rezeki di akhirat kelak…
mereka yang berbisnes akan melebihkan masa untuk kununnya fokus pada bajet bisnes, plan bisnes, hala tuju bisnes dan pulangan bisnes… lalu selalunya…selalunya lah… mereka kurangkan masa untuk fokus pada bajet keluarga, plan keluarga, hala tuju keluarga dan pulangan keluarga… mereka anggap, jika bisnes mereka berjaya maka akan berjaya jugaklah keluarga mereka…
kah kah kah… ye ke?
Mereka mungkin…mungkin… dah terlupa bahawa yang mereka kejar sangat dalam bisnes tu Cuma benda… Cuma duit… Cuma nama… Cuma kesenangan yang bersifat objek… benda nak digunapakai… duit nak membeli… nama nak terkenal supaya boleh lebarkan sayap bisnes… kesenangan untuk berbelanja lebih dari keperluan…
Dan perkara yang mereka tinggal2 kan… perkara yang mereka kurangkan untuk dilebihkan kepada bisnes… masa yang mereka singkatkan untuk beri kepada bisnes… adalah hak keluarga…tanggungjawab yang besar dan lebih penting…yang sepatutnya mereka lebihkan dan cari ruang untuk banyakkan peluang bersama…bukan dipotong2…bukan disingkat2…dan bukan disuruh faham demi berkehendak yang lebih dari perkara yang perlu…
Mereka mungkin tak sedar…keluarga ni mempunyai masa yang terhad… ada tarikh matang dan tarikh mati yang tak mungkin boleh diulangi dan diganti…kecuali isteri…hehehehe…
Tapi yang ini jugaklah yang nak diminta korban…
anak2 yang tengah membesar ni jugaklah yang nak diminta faham… sedangkan bila dah besar diorang dah tak jadi kecil semula… sedangkan mereka2 ni la yang kite kene bagi lebih perhatian dan lentur dari kecik…sebab doa anak2 jugaklah bekal untuk kite bawak masuk kubur nanti…bukan bisnes plan yang mantop gile tu nak tolong luaskan plan kubur kite nanti… apa yang kite nak harapkan jika dari kecik sampai besar kite dok sebok ke sana ke mari dan menjenguk sekadar melepas batuk kat lif pastu kite semat dalam sanubari kite ‘nanti kau dah besar kau pasti boleh fikir sendiri pasal abah dan mama kau ni…aku cari dan bagi duit untuk kau sekolah agar kau boleh belajar, kerja elok2 dan jadi orang…kira lepaslah tanggungjawab aku…yang lain kau fikir sendiri…aku cakap sekarang pon bukan kau boleh faham…kau tu kecik lagi!’… lalu kite pon biarlah si anak tu terkonteng2 membesar, bersekolah, berkawan dan belajar sendiri soal hidup…kununnya kite sendiri pon diajar macam tu… boleh ke kite nak samakan anak2 dengan kite? Walhal bila orang nak samakan hidup dia dengan hidup kite pon kite dah melenting setengah batu boleh dengar!!
Pasangan yang mengharapkan perhatian dan perkongsian hidup ni jugaklah yang nak diminta faham… padahal, kite tak sedar yang masa diorang muda, kuat dan bertenanga ni jugak singkat… pasangan ni bukan objek keras dan kalau hempuk pun takkan pecah…dan paling nyata pasangan bukan seumpama tilam… bila nak kite boleh lenjan dan ia akan kekal macam tu sampai bila2… tilam pun lama2 dah tak seperti masa mula2 beli… spring pon boleh terjojol sana sini, boleh terlembik dah tak sedap nak digunakan lagi dan boleh berubah dari bentuk asal…sama macam pasangan kite lah…ditambah pulak jika pasangan kite tu manusia bernyawa, berakal dan berperasaan… siapa nak jaga pasangan kite tu kalau bukan kite yang gatal nak jadikan dia pasangan hidup kite? Nak dia jadi pakaian hidup kite? Takkan nak guna masa elok jer? Bukankah bila besar kite kene kecikkan, bila kecik kite kene besarkan, bila koyak kite tampalkan dan kena perbaiki supaya jadi elok untuk kite pakai? Nak jadi amal soleh kite yang dinilai masa kat Padang Masyhar nanti? Kalau buruk pasangan kite tu nanti tak pasal2 menarik kite ke neraka pulak… adoiyaiii… tak ke jenuh nanti?
Mak, ayah, adik beradik dan sedara mara juga terlibat untuk faham kite… mungkin kite sangat-sangat dah terlupa yang semua2 mereka ni adalah bernyawa dan makin hari makin dekat dengan kematian…
Begitu juga dengan keperluan diri sendiri… yang ni bagi orang2 bisnes memang selalu lupa… lupa diri sendiri perlu dijaga, perlu dipelihara dan perlu dititikberatkan… bab makan, minum, rehat dan hiburan mungkin tak kan diabaikan…tapi bab di SANA nanti tu yang selalu diabaikan…kalau itupon nak diminta faham agar bisnes boleh dijalankan dan hasil diraih dengan kencang… man, you are totally LOSER!
Mereka yang berbisnes ni anggap apa yang diorang kerjakan dan usahakan ni akan diberi kepada siapa? Adakah kepada anak, isteri dan keluarga?
Atau sebenarnya hanya untuk kepuasan diri sendiri supaya boleh miliki apa yang diidamkan…? Tampak hebat dengan barang2 yang boleh dibeli? Dikagumi orang ramai kerana berjaya menjalankan bisnes berbilion ringgit?
Aku tak faham… jika benarlah ia untuk keluarga… kenapa bahagian keluarga yang banyak diambil untuk urusan bisnes?
Masa berbisnes bukan boleh lama2…
kalau kata nak cerita produk pon orang tak nak dengar lama2, paling lama orang boleh dengar pon had 20 minit jer (ikut kajian profesor mana ntah)…
kalau nak bermesyuarat pasal bisnes pon tahan ke nak fikir dan dengar sampai 2-3 jam? Apa yang dibincangkan sebenarnya? Pastu kene ker ader meeting after meeting? Tambah lagi 2-3 jam dok kat kedai kopi kununnya nak cerita bisnes…padahal dok ngumpat sana, keji sini, usha sana, jeling sini…  
kalau kata nak bincang untuk cari lubang bisnes… cari kat mana? Macam mana cara? Apa peluangnya? Dengan siapa kite ajak berbincang? Bila masa kite patut ajak berbincang nak gi gali lubang?
Hmm….
It’s just a matter of thinking, planning, organizing and makes it done… jer pon…
Tak perlu ambil masa keluar berjam-jam dok kat Old Town White Coffee dengan kawan2 untuk berbincang sedangkan jika pengisiannya Cuma makan, minum dan berkhayal!
Tak perlu surfing ngadap komputer sampai pagi kununnya cari bahan dan jalan nak majukan bisnes padahal dok selak baju artis dan dok fikir strategi nak hapuskan musuh dalam game jer…!
Tak perlu keluar duit untuk ke sana ke mari dengan tajuk nak cari peluang bisnes sedangkan hanya melepak kat Sungei Wang berborak kisah2 terlampau sambil bergelak2…
Bila dikira-kira, masa nak berbisnes tu bukannya lama pon… masih ada banyak masa nak dihabiskan bersama mereka2 yang sepatutnya diberi lebih perhatian dan perancangan hidup untuk jaminan kesenangan di akhirat… that’s is the ultimate dream, isn’t it?
Tapi kalau dah masa tak nak rancang betul2, main terjah sana terjah sini, jalan sana, jalan sini, cakap sana, cakap sini… budak universiti yang buat bisnes bolehlah berjaya…kerana dia hidup seorang diri… tapi kite yang dah berdua, bertiga, berempat dan berlima ni…lain corak dan cara nak berbisnes hakak, woiiii!!! Dah berkahwin buat cara dah berkahwin… dah ada anak, buat cara ada anak…
Pulak tu boleh kata, nak masa untuk diri sendiri jugaklah…sebab tu nak kuar jumpa kawan2, nak g bercuti dengan kawan2, nak sembang pon dengan kawan2… sedangkan masa bersama kawan2 tu la yang sepatutnya dikorban! Kite pon bukan muda lagi… kite pon bukan dok sorang2 lagi… ada pasangan sekadar buat hiasan dan pemenuh keperluan yang wajib je ke? Ada anak nak buat menyara masa dah nanti je ke? Ada mak dan ayah nak tunggu depa mati je ke? Ader adik beradik nak buat apa ek? Selagi bergelar manusia, tanggungjawab tu bukan hanya kepada diri sendiri sahaja… keperluan kena dipenuhi…tapi dengan cara bagaimana?
Tidaklah salah jika nak berbisnes juta2… kedai 2-3 buah… kilang bersepah2… tapi… untuk apa semua yang kite kejar jika yang kite kata nak beri kesenangan dek hasil titik peluh tu terbiar dan tak lansung dapat menerima apa yang kite cuba lakukan buat mereka?
Sebenarnya kite buat untuk siapa? Cuba duduk dan muhasabah diri sekejap… kalau sememangnya untuk keluarga, sila korban masa yang dilewa2 untuk bersama kawan2 bersembang dan bercerita hal tak sepatutnya… sila hadkan masa untuk membuat hal yang boleh mencuri dan menyimpangkan kite dari keutamaan kite iaitu keluarga… itupon jika keluarga adalah keutamaan kite…
Jika tidak…
Well, one day… you’ll be sitting there…alone…thinking and regretting on all the times you’ve been wasting just to fulfill your own needs by negleting those who relying, depending and loving you.
Janganlah sampai yang dikejar tak dapat…yang dikendong berciciran…
Kalau pon dapat yang dikejar…yang dikendong tak ada nak dibuat pengagihan nak buat apa, kan? Kan? Kan? Kalau masih diberi kesempatan untuk perbetulkan kesilapan, alhamdulillah... tapi kalau tak sempat...nauzubillah...
jadi...aku sangat anti dengan orang yang berbisnes tapi main semberono jer buat bisnes, tak fikir keluarga dan tak reti2 nak plan elok2!!!

Kah kah kah!!! itu je aku nak cerita...

No comments:

Post a Comment