"Lelaki yang gagal adalah lelaki yang tak mampu menjaga pandangan dan melihat perempuan dengan menggunakan nafsu semata...
Perempuan yang gagal ialah perempuan yang tidak mampu mengawal emosi dan membiarkan hati membunuh diri..."
Bermula dengan mendengar cerita seorang teman tentang lelaki lelaki yang asyik sibuk dengan pembesaran dan ketahanan alat yang selalu mendatangkan kesulitan kepada perempuan...hmmm...
Baek yang masih bujang tapi telah menebuk seperti tupai hinggalah yang telah berbini 3-4 orang...hmmmm...
Topik perbualan mereka 90% berkisar pasal perempuan...artis perempuan yang seksilah...staff perempuan yang geli geli gediklah...makcik cleaner yang melentik lentik badannya bila vakum karpet ofis lah...pelayan restoran yang muka macam w.a.w.a.z.a.i.n.a.l lah...dan semuanya pasal perempuan lah...hmmmm...
Tak kurang dari itu, bercerita pulak pasal kisah kisah masa belajar, masa di maktab, masa di kolej, masa di universiti, masa di tempat keje lama, masa sebelum kawin ngan minah ni, masa dah kawen ngan minah ni, masa dah ada anak 5, masa gi p.h.n.o.m.p.e.n.h., masa gi buat bisnes dan pendek kata setiap masa pasti ada cerita pasal melenjan perempuan ntah mana mana dan berbangga pulak tu...hmmm...
Kemudian siap boleh nak bandingkan perempuan i.n.d.o.n lagi best lah, pinoy pon sedaplah, sabah.a.n pon mantaplah, akak po.li.s pon hebatlah, pengiring menteri pon hornilah...hmmm...
Tak berhenti setakat itu, kadang ada jugak yang zahirnya nampak hebat, bercakap berdegar degar...tapi batinnya udah longlai dimakan masa, tabiat dan umur...hmmmm...
Yang paling tak boley blah ialah bila pilihannya melangit indah...nak kene kulit halus putih melepak lah, ukuran kene 36 26 36 lah, badan kene melentik lentik lah, bau kene wangi lah, yang itu kene besar lah, yang ini kene besar lah, bibir nak yang seksi lah, nak yang chinesse look pakai spek mata lah, nak yang keje swasta dan bukan kejaan lah dan macam macam kriteria kriteria hebat dimahukan laksana puteri kayangan dalam cerita dongeng! hmmm...
Tapi bila melihatkan si lelaki pengata tu...hmmm...alahai...kasihan...aduh kasihan...entah mana dia letak mata bila bercermin menyikat rambut setiap pagi, sehari sekali...hmmm...
Mungkin ini terjadi kerana kekurangan pada perempuan yang dinikahi...serba serbi tak mencukupi dan terlari ukuran dek pertambahan anak serta umur...ditambah pula tenaga kian hari kian berkurangan kerana makin hari makin bertambah tugasan dan benda nak difikir termasuklah sang suami yang perangai macam harem...
Ataupun mungkin kerana pengaruh rakan sebaya yang sama sama tak menyedari kaki berpijak di bumi tiada apa milik kekal abadi...
Dan mungkin jugak kerana tidak berapa cerdik otak disebabkan selalu membiarkan ia bergelek gelek dengan bisikan setan!
lalu mungkin jugak di fikirannya nanti tau buat taulah taubat...
hahahaha....
kata aku...itupun kalau Allah bukakan pintu dan ruang untuk dia bertaubat...hmmm...
kasihan sungguh perempuan yang memilihnya sebagai suami...kununnya nak buat menjadi imam solat, pembimbing ke jalan yang diredhai, teman berbicara dan hero buat anak-anak...tapi sudahnya lelaki itu hanyalah jantan bertuan dan bertuhankan p*** perempuan semata!!
nauzubillah!!!
kemudian terkeluarlah kisah kenapa kawan aku ni masih solo...
takut dengan cerita alam perkahwinan rupanya...hmmm...
zaman sekarang ni siapa yang tak takot woiii!!!
spesis lelaki yang beriman dan menjaga pandangan dah kepupusan...
yang ramai dan sentiasa berlegar legar serupa biawak komodo yang kelaparan ader la...bersepah sepah...hmmm...
jadinya terkeluarlah cerita pasal seorang kawan yang baru saja kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas...
beberapa hari sebelum kematiannya, dia dimaklumkan bahawa suaminya telah dengan sengaja meniduri seorang pegawai menteri yang sama sama ke Phonm Penh atas urusan kerja...yang menjadikan kisah tu diketahui ialah suaminya tak mahu menjawab panggilan pegawai perempuan tu...dengan alasan perempuan tu nak cari pasal nak menggatal dan dia tak nak layan...si isteri yang kunun percaya dan nak pertahankan suami pon sibuklah nak setelkan perempuan tu...tanya punya tanya,rupanya perempuan tu nak suruh sang suami tu gi buat pemeriksaan kesihatan je kerana dia sendiri telah disahkan ada HIV...hmmm...
macam macamlah keluar dari mulut suami bila dikhabarkan hal tersebut...
antara alasan yang bongok ialah perempuan tu yang horni dan ajak dia, dia cuma nak buat sekali tu je dan tak nak buat dah dan perempuan tu patutnya bersih sebab bukan pelacur!!!
hahaha...memanglah kalau dah dasar jantan otak letak kat k***...
isteri yang terkejut dengan cerita tu jadi sangat sangat sedih dan marah bukan kepalang...beberapa hari bermenung tak nak jumpa sesiapa dan tak mahu bergerak dari perbaringan...
suami tu agaknya dah menyesal lalu sanggup je terima herdik dan tampar dari keluarga isterinya...
tapi semua tu dah terlambat malah yang menambah sadis kisah ini ialah bila perempuan yang tidur dengan sang suami tu datang ke rumah dan bercerita hal setelah ditanya... motif??? tak tahulah...
lalu mungkin kerana teramat sedih isteri yang malang tu jatuh pengsan, keguguran, mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia...
kasihankan?
namun begitu, aku rasa lega dan syukur derita si isteri cuma beberapa hari... berbanding sang suami yang kena tanggung malu dan penyakit akibat perbuatan bodohnya itu...
PADAN MUKA!!!
semoga Allah mengampunkan dosa kamu!
Ya Allah,
ampunkan dosaku...
peliharalah ahli keluargaku terutama sekali anak-anak ku dari menjadi hamba nafsu dan syaitan yang direjam.
amiiinnn...
No comments:
Post a Comment