..................

trying 2bsimsucb4

Saturday, January 26, 2013

5 tahun je lagi

Masa kekadang terasa cepat berlalu dan kekadang terasa lambat...
Tatkala ada sesuatu yang dinantikan pasti detikan itu seakan sengaja dilambatkan dan penantian menjadi satu penyeksaan...
Namun bila sedang menikmati sesuatu keadaan pasti masa seakan mencemburui dan bergerak selaju yang boleh hinggakan tidak puas menghabiskannya.
Bagi perkara yang telah berlalu masa masa itu tidak akan kembali lagi...
Dan buat perkara yang sedang dilalui masa ini harapnya aku tidak leka dan mensia siakannya...
Begitu juga untuk masa yang bakal melalui aku...semoga ia bermanfaat dan berakhirnya sesuatu yang dikerjakan itu dengan sebaik baiknya...

Lagi 5 tahun sahaja...
Aku pasti boleh bertahan...
Aku pasti boleh bersabar...
Hingga tiba masa itu nanti, ku harap berlalulah semua ini dengan jayanya dan aku takkan paling untuk melihatnya lagi...
Hanya 5 tahun je lagi...
Aku akan bertahan...
Aku akan bersabar...
Kerana adanya mereka bersama aku...
Mereka pasti boleh membuatkan aku tabah untuk seketika...
Sehingga tiba masa itu nanti...
Lagi 5 tahun saja...

Lalu kamu bebaslah dengan cara hidup kamu...
Biarlah aku dengan cara hidup aku...

5 tahun dari saat ini!

No comments:

Post a Comment